CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3050|Reply: 10

Anjing Liar Berleluasa Di Malaysia: Sudah Sampai Masanya Untuk Kita Bertindak!

[Copy link]
Post time 5-9-2018 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Kelibat anjing-anjing jalanan yang berkeliaran di kawasan perumahan - di kampung mahupun di bandar, bukanlah pemandangan asing di negara kita. Baru-baru ini, terdapat laporan mengenai manusia yang telah digigit anjing liar ini yang menyebabkan jangkitan penyakit anjing gila (rabies) kepada mangsa dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada ahli keluarga mangsa yang lain, dilaporkan di Sarawak.

Sejauh mana kesedaran rakyat Malaysia terhadap penyakit anjing gila ini?


(sumber foto: Google)



Apa itu penyakit anjing gila?
Penyakit ini yang lebih popular dengan panggilan "rabies", adalah virus yang boleh menyebabkan radang otak pada manusia. Ia boleh dijangkiti melalui air liur kepada manusia dan mengakibatkan hilang kewarasan akal dan juga menyebabkan terjadinya sawan. Anjing merupakan penyebab utama jangkitan ini dan hampir 96% kes jangkitan virus ini dilaporkan di Asia Tenggara berasal dari haiwan tersebut.




Tetapi, jangkitan rabies ini juga boleh disebabkan oleh gigitan dari haiwan jenis karnivor yang lain misalnya kucing, musang, serigala dan sebagainya. Walaupun pesakit yang dijangkiti virus tersebut tidak mungkin dapat menggigit orang lain, kita perlu mengelakkan dari terdedah dengan air liur orang yang dijangkiti virus ini. Jangkitan rabies terhadap manusia 100% boleh menyebabkan kematian, dengan tiada rawatan khusus yang boleh didapati di mana-mana tempat.





(sumber foto: Google)



Malaysia, yang merupakan sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, masih memandang enteng mengenai anjing-anjing liar yang bebas berkeliaran di kawasan perumahan, padang permainan kanak-kanak, kawasan kilang, malahan di merata tempat awam lagi yang boleh membahayakan kesihatan dan menggugat kesejahteraan penduduk terutamanya kepada kanak-kanak.


Kes digigit anjing dilaporkan meningkat saban tahun di Malaysia tetapi, anjing-anjing liar ini juga dilihat semakin bertambah bilangannya di jalan raya. Di mana silapnya? Di manakah usaha pencegahan yang dilakukan kita?


Siapakah yang patut dipersalahkan?
Persoalan yang paling besar di dalam masalah ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Adakah rakyat Malaysia sendiri yang masih tidak prihatin terhadap isu ini atau pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya mampu memejamkan mata mereka? Adakah rakyat Malaysia masih tidak mengendahkan mengenai anjing-anjing ini? Adakah pihak berkuasa tempatan hanya boleh menangkap anjing-anjing liar ini sekiranya terdapat laporan sahaja?


Adakah rakyat Malaysia masih kurang pemahaman mengenai penyakit ini serta masih tidak sedar lagi betapa bahayanya kesan-kesan yang boleh diakibatkan dari anjing-anjing liar ini? Atau adakah masih ada pihak yang hanya tahu bergoyang kaki? Apabila ada laporan ataupun kematian, barulah mereka berfikir untuk bertindak. Mahu tunggu berapa ratus lagi kematian sebelum ada pihak yang betul-betul peka untuk menghentikan masalah ini?


Di kawasan perumahan juga, masih terdapat segelintir manusia yang membela anjing tetapi tidak peka dengan persekitaran dengan membebaskan anjing-anjing mereka begitu sahaja untuk bersiar-siar tanpa pengawasan. Malahan, ada yang membuang anjing mereka yang berkemungkinan berpenyakit, di jalanan begitu sahaja seterusnya merisikokan kita untuk digigit haiwan ini seterusnya mengakibatkan jangkitan virus ini.


Foto Carian internet


Di mana pihak berkuasa tempatan? Adakah hanya sekadar mampu menunggu laporan dari penduduk untuk bertindak menangkap anjing-anjing liar ini? Atau adakah rakyat Malaysia yang tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa?


Malaysia seharusnya menjadikan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Singapura dan sebagainya sebagai contoh. Di sana, tidak terdapat seekor anjing pun yang boleh didapati berkeliaran di jalanan. Apatah lagi di kawasan perumahan.


Sudah tiba masanya kita, sebagai negara membangun yang berwawasan tinggi untuk menjadi sebuah negara maju, bertindak seperti negara-negara maju tersebut. Sudah sampai waktunya kita menguatkuasakan undang-undang mengenai perkara ini dan bertindak lebih agresif untuk membendung masalah anjing liar di negara kita! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
nak PTS ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 06:13 PM | Show all posts
bese la...tgu ada yg mati dulu la baru bertindak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 06:14 PM | Show all posts
Kalau dah nampak makin banyak report ler ke majlis perbandaran kalau sekadar report kat media social mana nak selesai masaalah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Start hujung tahun lepas tetiba bnyk anjing liar kt kawasan apartment i duduk ni...pernah kena kejar plak tu..nasib x kena gigit..seriau
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa: Kalau dah nampak makin banyak report ler ke majlis perbandaran kalau sekadar report kat media social mana nak selesai masaalah


dulu sy penah bt report kt majlis perbaandaran kes anjing liar kt damansara perdana tu,tp still elok je melepak duk situ doggy2 tu,skrg da pindah tmpt lain,tgk ada jgk anjing2 berkeliaran..dah ler besar...scary ler jgk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2018 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
anjing antara haiwan yg menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kucing stray pun do somethinglah. Membiak takde control. Sakit terbiar. Biarlah kuantiti sikit asal terjaga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2018 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tembak saja sekor sekor semua. Sesiapa yang bantah...tangkap saja
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Scary tiba2 anjing meluru mcm nak terkam i, laju2 jalan menyorok belakang kereta. Cuak betul time tu. Padah keluar rumah pukul 4am, nak pegi kk mart punye pasal {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 11:36 AM | Show all posts
letakkan geng2 vietnam kt kawasan banyak anjing liar ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.210300 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list