View: 2392|Reply: 16
|
[Tempatan]
‘Jho Low pernah cuba hubungi saya’
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Tun Daim Zainuddin hari ini mendedahkan jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low pernah cuba untuk menghubunginya beberapa kali bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu berkata Jho Low pernah menelefonnya termasuk sebelum beliau ke China pada Julai lepas.
“Bila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nak hantar saya ke China, Jho Low ada berhubung, dia nak bercakap dengan saya tetapi saya tak mahu, dia ada telefon tetapi saya suruh beliau bercakap dengan wakil saya.
Dia (Jho Low) kata dia boleh tolong (dalam hal berkaitan 1MDB), (tetapi) sebelum ini saya dah kata dalam sidang media pertama bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), jika dia tak salah baliklah, malam itu pun dia telefon saya,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3 malam tadi.
Rancangan yang bersiaran selama sejam itu dikendalikan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai moderator.
Daim berkata sejak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara, mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB sanggup menjadi saksi untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.
“Sekarang belum habis kita siasat ni, tiap-tiap hari kita dapat bukti baharu, yang mengejutkan. Jho Low terlibat (untuk) kait dengan Abu Dhabi, kait dengan (Arab) Saudi, Amerika , Australia, Hong Kong, Singapura, Switzerland.
“Satu dunia tahu, CNN, BBC, media China tahu, Afrika pun tahu. Tetapi sini dalam Parlimen pun tak boleh cakap, tiada ketelusan, apa guna nak tipu nanti tahu juga, nak tutup dengan harapan kalau depa (Barisan Nasional) menang (Pilihan Raya Umum ke-14) dapat tutup,” katanya.
Sementara itu, menjawab soalan sama ada beliau berkonspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa sesetengah pihak, Daim berkata: “Saya dah tua, tak ada parti pun... Umno buang saya, kita tak terlibat dengan parti orang, orang tak tahu bahawa saya dengan Anwar dah berkawan lama.”
Daim melahirkan keyakinan bahawa Anwar akan mengambil alih tampuk pemerintahan seperti yang dirancang.
“Beliau (Anwar) ada kekuatan tersendiri… golongan yang tidak berpuas hati ini hanya mencari modal seperti mencipta cerita konon wujudnya konspirasi dan mencari pengaruh menggunakan isu tersebut (kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Anwar),” katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
You should told the fat fuck to "talk to the hand boyyyy"  |
|
|
|
|
|
|
|
entah apa-apa
takat sebut abu dhabi la, switzerland la dok ulang2 dari zaman
purba lagi
cakap je la dah tahap mana siasatan selesai (tu pun kalo betul ada progres)
tak pun mengaku je yang hang sendiri terlibat
konspirasi jatuhkan Najib guna isu 1MDB

|
|
|
|
|
|
|
|
Pi mati la orang2 politik ni. Mengata orang sundiri tak betol. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa tak ajak je jumpa..come back and meet me at my house..IN MALAYSIA.. senang, kan..dah tentu blh tangkap lepas tu.. eceh...senang je ckp aku ni kan...heeheh |
|
|
|
|
|
|
|
tak siapa pun kesah nak tanya jho low betul ke tidak labun daim ni.hantam saje la mahacai bongok tetap percaya. |
|
|
|
|
|
|
|
ko punya sembang gajah pun bleh terbang wak lain kali rakam wak jangan lupa |
|
|
|
|
|
|
|
i trust the old man with cane than fat pig with the $1 billion superyacht |
|
|
|
|
|
|
|
sembang geng PHundet
babi pun boleh terbang
council of elders konon |
|
|
|
|
|
|
|
ada orang kepanasan pulak bila tun daim sebut nama jho low class. pantanglah kan orang cuit sikit cina jho low class tu, berdedupppp depa mai mempertahankan buntut cina jho low class |
|
|
|
|
|
|
|
setakat cuba nak call
so what?
geng mahacai boleh la hang kelentong
kalau betul2 call lepas tu ada usaha selesaikan isu tahan jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 6-9-2018 02:45 PM
sembang geng PHundet
babi pun boleh terbang
So far apa yg Daim cakap betul, bila dia kata Umno kalah, betul kalah ..... korang lobaicai yg dok mencacai sampai terbarai @shamsadis |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 6-9-2018 10:49 AM
dah kenapa tak ajak je jumpa..come back and meet me at my house..IN MALAYSIA.. senang, kan..dah tent ...
Senang nau nangkap pencurik yer  |
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 6-9-2018 02:45 PM
sembang geng PHundet
babi pun boleh terbang
PH menang tu kira macam babi terebang lah kan, impossible .... so lobaicai, the babis do terbang, took place olredi . |
|
|
|
|
|
|
|
Panas hati UMNO kalah masih membara... |
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom replied at 6-9-2018 02:33 PM
i trust the old man with cane than fat pig with the $1 billion superyacht
That old man with cane have much more money than the fat pig with yatch. And your point here? |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...setakat ckp senang la kan...hihi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|