SALAH seorang anggota kumpulan muzik K-Pop terkenal di Korea Selatan kini disiasat polis selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.
Menurut laporan Allkpop, jabatan polis daerah Gyeonggi Namyang mendedahkan, individu tersebut melakukan perbuatan itu kepada seorang wanita 20-an.
"Wanita itu mendakwa individu itu melakukan perkara tersebut ketika sedang bercuti bersama-sama dengan dua orang lelaki dan dua wanita di sebuah rumah di Namyang.
"Situasi itu masih dalam siasatan dan kami tidak boleh memberikan maklumat secara terperincin," kata wakil polis. - mStar
|