CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4182|Reply: 5

Gadis 11 tahun belajar sampai keluar peluh darah

[Copy link]
Post time 12-9-2018 11:40 AM | Show all posts |Read mode



Mangsa mula mengeluarkan peluh darah tiga ke empat kali sehari ketika mengulang kaji untuk peperiksaan beberapa bulan lalu.





HANOI - VIETNAM. Selalu kita mendengar ayat 'menangis air mata darah' namun buat seorang kanak-kanak perempuan dari Vietnam, dia dikatakan mengeluarkan peluh darah ketika mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan.

Gadis berusia 11 tahun itu yang dirawat di Hospital Dermatologi Nasional Quy Hoa, pada mulanya didiagnosis menghidap masalah kulit.

Bagaimanapun, menurut pengarah hospital terbabit,  doktor Vu Tuan Anh, gadis itu menghidap hematidrosis, sejenis kondisi yang menjejaskan satu dari 10 juta orang.

"Kondisinya dikenal pasti melalui darah yang meleleh dari kulit. Pendarahan disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah yang sangat kecil pada kulit.

"Punca hematidrosis tidak diketahui, namun faktor terlibat termasuk peningkatan tekanan vaskular, keradangan pada kulit, gangguan pendarahan dan tekanan darah tinggi.

"Ketakutan dan tekanan emosi yang teruk juga boleh menyebabkan kondisi itu, dan gejala boleh berlaku secara spontan atau selepas tekanan emosi," kata Anh.

Dalam kes ini, mangsa mula mengeluarkan peluh darah tiga ke empat kali sehari ketika mengulang kaji untuk peperiksaan beberapa bulan lalu.

Dr Anh berkata, rawatan terbaik adalah menangani simptom dan mengurangkan tekanan sambil menambah hematidrosis tidak mengancam nyawa namun boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang.- Metro.co.uk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala cian adek ni.nak beriadah sure susah..peluh darah
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 01:03 PM | Show all posts
wow...……….sampi berdarah………...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2018 12:42 PM | Show all posts
Susah jugak kalau dia dalam situasi sebegitu takut ada yang salah faham je
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2018 05:39 PM | Show all posts
cemane la kalau jogging kat taman tu.. mesti orang ingat kene belasah ke apa sampai berdarah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia x boleh tertekan tu...kena relax je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.526995 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list