Bukan netizen sahaja yang terpukau dengan 'six pack' Fezrul Khan, rakan artis juga memuji perubahan tubuh badan Fezrul yang dimuat naik dalam Instagram.
 Foto: IG Fezrul Khan Dipuji
Lelaki mana yang tidak mahu badan begitu bukan? Pasti Fezrul juga menjadi idola lelaki di luar sana untuk bekerja keras mendapatkan bentuk badan sepertinya.
Banyak juga netizen termasuk rakan artis bertanyakan rahsia pemakanan namun tidak pula dikongsikan Fezrul melalui ruangan komen. Tapi rasanya pasti mencabar diet dan senaman yang dilakukan.
Dia juga merendah diri apabila tidak henti-henti mendapat pujian akan tubuhnya yang makin seksi itu.
Adakah Fezrul akan keluar dalam filem terbaru tidak lama lagi? Kita nantikan. - CARI
|