CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1331|Reply: 0

Budak Selamat Selepas Kepala Ditembusi Besi Pencucuk Daging

[Copy link]
Post time 12-9-2018 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bernasib baik apabila dia terselamat selepas sebatang pencucuk daging menembusi kepalanya.


Memetik METRO, kejadian berlaku apabila Xavier Cunningham diserang sekumpulan tebuan ketika memanjat tangga untuk ke rumah pokok menyebabkan dia tersembam ke tanah dari ketinggian empat kaki.


Mangsa bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila wajahnya kemudian tertusuk besi berkenaan hingga menembusi belakang kepalanya.








Difahamkan, doktor di Hospital Bandar Kansas, Kansas berjaya mengeluarkan besi sepanjang satu kaki itu, sekali gus menyelamatkan mangsa dalam satu operasi pembedahan pada Ahad lalu.


Keluarganya sangat bersyukur dengan keajaiban tersebut di mana Xavier dijangka pulih sepenuhnya daripada kecederaan mengerikan itu.




Kredit foto: WDAF




Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengapa pencucuk daging itu tercacak di tanah ketika kejadian. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053549 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list