CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2514|Reply: 4

Kajian Buktikan Bulu Roma Meremang Petanda Anda Lebih Sihat Dan Kaya?

  [Copy link]
Post time 12-9-2018 05:18 PM | Show all posts |Read mode




Seorang penyelidik dari Universiti Ofxord, Matthew Sach telah menemukan satu hasil kajian yang amat pelik. Dr Matthew mempunyai perasaan ingin tahu yang amat kuat berkenaan kaitan emosi dan tubuh manusia serta apakah yang menyebabkan berlakunya goosebumps (meremang bulu roma).


Dengan menggunakan 100 orang sebagai sampel kajian, dia meletakkan kesemua peserta untuk mendengar satu persembahan muzik secara lansung.


Dr Matthew bersama-sama Profesor Robin Murphy yang juga dari Universiti Oxford, kemudian memasang peranti pemantauan pada peserta terbabit ketika festival muzik berlangsung.





Foto: Metro UK




Mereka mengukur beberapa tindak balas fisiologi termasuk denyutan jantung, pergerakan tubuh dan ketika mana tubuh mereka meremang.


Mereka kemudian mendapati 55 peratus daripada peserta mengalami 'goosebumps' ketika pertunjukan muzik selama 45 minit itu berlangsung.


Menurut mereka, wanita lebih mudah mengalaminya berbanding lelaki, sekali gus menunjukkan bahawa mereka mempunyai hubungan yang lebih mendalam dengan muzik.


Selepas itu, para peserta ditanya mengenai pandangan mereka terhadap kehidupan, bagaimana perasaan mereka, serta persepsi tentang kesihatan mental dan fizikal mereka sendiri.


Hasil menunjukkan tahap kesihatan fizikal dan mental mereka yang mengalami bulu roma meremang lebih baik berbanding orang lain.





Foto: Metro UK





Selain itu, hasil soal selidik juga mendapati 43 peratus daripada peserta memiliki ijazah dan mempunyai pendapatan 12 peratus lebih tinggi berbanding meraka yang tidak mengalami goosebumps.


Daniel Mathieson, ketua bahagian pemasaran Barcklaycard kemudian merumuskan bahawa muzik dan hiburan secara langsung memberikan kesan positif dalam kehidupan sama ada kepada kesihatan mahupun kebahagiaan dalam kehidupan.


Jadi, pernah tak anda meremang setiap kali mendengar atau melihat sesuatu yang boleh membuat anda berasa teruja? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2018 11:08 AM | Show all posts
laki aku cepat no meremang
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh wow..  Kayenye pak benggali tu sume..  Kelen mabok todi pon bulu meremang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 01:47 PM | Show all posts
jdnye rajin la pergi melawat rumah2 antu.. anda akn sihat selalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.076755 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list