CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4550|Reply: 4

Teknik menangani masalah cookies

[Copy link]
Post time 17-6-2004 11:02 AM | Show all posts |Read mode
KEBANYAKAN tapak Web dikendalikan badan komersial atau bukan komersial yang dibiayai menerusi iklan baner yang mesti ditayang. Apabila pengiklan mahu iklannya ditonton sebanyak mungkin, maka pemilik tapak Web perlu tahu profail pelawatnya - pelawat kali pertama, kedua atau seterusnya - supaya mereka boleh menayangkan iklan berlainan mengikut profail tersebut. Objektif ini cuba dipenuhi menerusi cookies yang dibina dan disimpan dalam PC anda, biasanya dalam bentuk: namaanda@tapakyangandakunjungi.txt.

  Jika anda temui cookies seperti "namaanda@pasaraya.txt", ini bermakna pelayan (server) "pasaraya" sahaja boleh meminta cookies tersebut. Jika PC anda tiada cookies yang sepadan dengan nama "domain" tersebut, maka anda ditafsirkan sebagai pelawat kali pertama dan cookies baru perlu dihantar kepada PC anda untuk disimpan (selalunya dalam direktori C:\WINDOWS\Cookies\). Jadi, setiap kali anda kembali ke tapak Web tersebut, cookies ini dibaca dan dikemaskini supaya tapak itu tahu anda adalah pengunjung tetap atau tidak.

  Sebenarnya, cookies hanya fail teks semata-mata yang terdiri daripada pasangan "nama-nilai" (name-value). Fail ini dibaca dalam pengkalan data tapak Web dan berfungsi berdasarkan kepada ID pengguna (user ID) - milik anda yang unik. Biasanya pasangan nama-nilai itu terdiri daripada ID pengguna yang berupa angka menokok atau rantaian aksara yang dihasilkan pelayan Web. Jika fail cookies itu dipadam, maka anda akan mendapat ID unik lain apabila anda mengakses tapak Web tersebut di lain ketika, dan begitulah seterusnya.

  Selain mengandungi data asas yang dinyatakan tadi, fail cookies - terutamanya yang melibatkan tapak Web beli belah dalam talian - mungkin menyimpan beberapa data tambahan. Antaranya: ID pengguna; penyedia perkhidmatan; sistem operasi (OS); jenis pelayar Web; resolusi dan warna skrin; jenis pemproses atau CPU; pelayan "proxy"; alamat IP anda; tapak Web terakhir yang dilawati (rujukan). Jika cookies dipadam, anda biasanya diminta "log on" semula bagi menerima salinan lain cookies dengan ID pengguna yang sama.

  Data dalam cookies yang ditulis pada pemacu keras hanya boleh diminta tapak Web berkenaan sahaja dan tapak Web lain tidak boleh meminta data tersebut. Tetapi dengan syarat, pilihan 憃nly allow cookies to be sent to originating server
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2004 11:26 PM | Show all posts
ish,ish,ish..panjang lebo hang punya xplanation, w/pun tak brapa paham, tapi akak pahamkan jugak dan akak memang tak larat ngan SPAM ni, penuh dlm junk e-mail akak. so, akak akan try petua yg hang bagi tu..selamat mencuba untuk akak n TQ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2004 08:55 PM | Show all posts

kalau Fly selalunyer kalau byk surfing
Fly delete offline cookies dulu
pastu select cookies maner nak buang
so yg tinggal cookies utk site yg selalu masuk ...
pastu Fly budget amount of space .. dlm 250mb

so takde masalah ......

kalau nak lagi senang ... delete all cookies .......

then extra stuff to do .. gune spyware s/ware utk detect unwanted spyware s/ware tertempel dlm hard disk
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2005 05:04 PM | Show all posts
aku guna Ad-Aware SE je untuk delete cookies yg tak berguna dan menyusahkan... boleh gak pakai Spy sweeper..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2005 09:48 PM | Show all posts
Pakai
Disk Cleaner... cepat, mudah dan berkesan.. bukan setakat cookies jek.. cekodok, kuih-muih dan yg sewaktu dgnnye..

Download kat sini:
http://www.xs4all.nl/~mp2004/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.088041 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list