Pernahkah anda selepas berkelah atau berkhemah memberi makanan lebihan kepada ikan di sungai atau air terjun dengan alasan memberi mereka makan? Tahukah anda bahawa perbuatan ini sebenarnya mengganggu kehidupan mereka hingga menjejaskan keseluruhan ekosistem haiwan yang semakin terancam ini?
Bagi pencinta alam semulajadi, segala yang mengubah ekosistem alam akan menjejaskan kitaran haiwan dan itu adalah perbuatan keji yang harus dihentikan segera. Perbuatan pemuda di dalam video ini yang menabur nasi ke dalam air terjun dilihat sebagai tidak beretika sekaligus mencemar alam.
Kredit foto: Twitter
Namun, penjelasan tersebut tidak diterima oleh individu yang juga rakan kepada pemuda yang menabur nasi itu tadi. Eros juga sekali lagi menjelaskan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut.
Kredit foto: Google
Menurut Eros, ia adalah ingatan kepada semua yang membacanya. Maklumlah tidak semua orang mengetahui bahawa memberi makanan sebegini akan menjejaskan ekosistem hidupan laut. Malahan perbuatan memberi roti kepada ikan juga sebenarnya boleh membuat ikan menjadi sembelit.
Bagaimanapun, Hannan tetap mempertahankan perbuatannya dengan menyatakan zat nasi adalah hampir sama dengan lumut yang menjadi makanan ikan. Lagi pula ia adalah ikan sangkar tetapi diletakkan di situ.
Bagi netizen yang mempunyai pengetahuan dalam hidupan laut pula menjelaskan yang habitat ikan herbivor akan memakan algae dan ini menyeimbangkan ekosistem laut. Tetapi apabila mereka diganggu diet, maka ia mendatangkan masalah kepada kesihatan ikan.
Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat ini kerana tidak semua orang yang belajar mengenai marin dan tahu itu adalah salah.
"Satu ja pantang larang bila masuk hutan atau sungai. Jangan tinggal apa-apa kecuali tapak kaki. Ia bukan setakat ganggu natural cycle tetapi sisa makanan luar boleh attract tikus datang yang boleh menyebabkan kencing tikus (lead lepto disease)."
Bergurau ada hadnya dan jangan pula bersikap bodoh sombong sampai tidak tahu membezakan mana benar dan salah.
Betul, tidak semua tahu mengenai habitat alam serta kesalahan memberi makanan kepada hidupan laut. Namun, setelah
penjelasan dibuat, kita haruslah mengambil iktibar dan cuba menyelamatkan alam sekitar sebaik mungkin. Usah jadi bodoh sombong dengan menegakkan benang basah pula. - CARI
|