CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12424|Reply: 71

Seram Ya Ampun, Kisah-Kisah "Urban Legend" Yang Pernah Menggemparkan R

[Copy link]
Post time 14-9-2018 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Kredit: Carian Internet


Terdapat pelbagai urban legend yang sering kita dengar dari seluruh dunia bukan? Kisah drakula, Bloody Mary, dan sebagainya sangat sinonim dengan masyarakat terutamanya mereka yang meminati cerita-cerita paranormal. Kisah "urban legend" ini boleh dikategorikan sebagai cerita-cerita yang menjadi bualan ramai, samada kisah benar yang telah ditokok-tambahkan mahupun kisah-kisah yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Jom kita baca senarai "urban legend" di bawah yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia.




Makcik Karipap



Siapa yang pernah tinggal di asrama pasti tidak asing lagi dengan kisah hantu makcik karipap yang dikatakan sering berlegar di aras atas bangunan terutamanya di luar jendela. Hantu makcik karipap dikatakan akan memunculkan diri di luar tingkap asrama yang tinggi untuk menjual karipapnya pada waktu tengah malam dan akan mengacau sesiapa saja terutamanya mereka yang sedang leka menelaah pelajaran. Kesasihan hantu makcik karipap ini tidak dapat dipastikan. Mungkin ada sesiapa yang mempunyai pengalaman dikacau hantu ini boleh berkongsi pengalaman mereka di bahagian komen?




Rumah Sewa RM50




Kredit: Carian Internet



Kisah seram yang berlaku di Shah Alam ini merupakan kisah benar tetapi telah diolah menjadi pelbagai versi. Kononnya, tuan rumah kepada banglo berhantu yang terletak di Seksyen 2 ini hanya meminta RM50 sahaja sebagai sewa bulanan kerana tuan rumah yakin bahawa penghuni banglo tersebut tidak akan kekal untuk menginap di dalam rumah itu. Kisah ini menjadi inspirasi kepada filem seram tempatan yang berjudul Rumah Sewa RM50, diarah dan diterbitkan oleh M Jamil tetapi gagal mendapat sambutan yang memberangsangkan.




Hantu Purdah




Kredit: Filem Munafik 2



Pada tahun 1997, gempar satu Malaysia dengan khabar mengenai hantu purdah yang dikatakan mangsa ilmu hitam yang telah melanggar pantang lantas menjadikan wajahnya hodoh dan perlu memburu 44 gadis sunti untuk mengembalikan wajah asalnya. Mangsa dikatakan mencari mangsanya dari satu negeri ke negeri yang seterusnya dengan menutupi sebahagian wajahnya menggunakan purdah. Pelbagai cerita yang beredar dari mulut ke mulut. Ada yang mengatakan "hantu" tersebut menaiki kereta Kancil melewati seluruh Malaysia. Penulis juga masih ingat di mana pada waktu tersebut, ibu bapa juga melarang keras anak-anak mereka untuk membuka pintu rumah sekiranya terdapat ketukan disusuli dengan salam terutamanya dari perempuan, ketika waktu senja.


Kisah Suami Isteri Di Lebuhraya Karak



Siapa yang tidak pernah mendengar kisah popular mengenai sepasang suami isteri di lebuhraya ini? Mengisahkan tentang suami, isteri dan bayi mereka yang menggunakan lebuhraya Karak pada waktu malam, kereta yang dipandu sang suami mengalami kerosakan dan perlu mencari pondok telefon kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Ketika si suami keluar mencari bantuan, sang isteri telah dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat dari atap bumbung kereta mereka. Dentuman itu dikatakan datang dari kepala suaminya yang dicampakkan dari atas bukit. Juga mempunyai pelbagai versi, kisah mereka seringkali diceritakan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka terutamanya ketika menggunakan lebuhraya untuk memastikan anak-anak tidak beraksi nakal ketika di dalam perjalanan jauh.



Hantu Lilin




Kredit: Carian Internet



Mungkin ada di antara kita yang masih ingat tentang kisah Hantu Lilin yang pernah menggemparkan seantero Malaysia dengan tersebarnya berita yang pernah disiarkan Harian Metro pada tahun 1995? Gambar yang ditangkap di hadapan menara jam yang terletak di Dataran Bandar Raya Johor Bahru itu memaparkan kelibat hantu lilin yang "tumpang" bergambar seperti di dalam keratan akhbar di atas. Kejadian tersebut telah membuatkan bandar Johor Bahru sunyi sepi pada waktu malam untuk seketika di mana hampir keseluruhan penduduknya takut untuk keluar berjalan terutamanya berhampiran lokasi tersebut.




Volkswagen Kuning




Kredit: Carian Internet



Kisah ini masih hangat dibualkan terutamanya pengguna-penguna lebuhraya Karak dari dulu sampailah ke hari ini. Ramai yang pernah terserempak dengan kelibat kereta tanpa pemandu ini di lebuhraya tersebut. Malah, terdapat banyak laporan kemalangan yang dikaitkan dengan Volkswagen berwarna kuning ini sehingga ramai yang mengelak untuk menggunakan lebuhraya tersebut. Dikhabarkan, mereka yang bertembung dengan kereta ini dilarang untuk memotong sekiranya ingin mengelakkan kemalangan. Cerita ini juga turut menjadi inspirasi kepada banyak drama dan filem bergenre seram keluaran tempatan.


Terdapat puluhan lagi cerita "urban legend" yang sering diperkatakan di negara kita. Mungkin ada yang ingin menambah atau menceritakan pengalaman masing-masing berjumpa makhluk-makhluk di atas? Atau anda ingin berkongsi cerita sebenar mengenai kisah-kisah di atas? Kongsikan cerita anda di bawah ya! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak cik karipap tu i usik kawan i sebab dia cop nak dok katil tepi tingkap. Terus berdesup dia tukar katil. X sangka pulak dia termakan dengan kata2 i.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 02:06 PM | Show all posts
siyes lawak bile pk balik....

terutamanya pasal antu purdah tuh....kecoh satu taman woooo time tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 02:23 PM | Show all posts
hantu susu tak masuk list ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak igt...yg tau psl kete kuning tu je..mgkn sb. I dok kt kg je kot.....jd tak amik tau psl citer2 gini..tp dulu2 hantu apa ntah yg glemer kt kb sana...ku nyit ke ku chik..i dah lupa..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 03:38 PM | Show all posts
zameyla replied at 14-9-2018 02:23 PM
hantu susu tak masuk list ka?

yes...hantu susu tertinggal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2018 03:41 PM | Show all posts
Hantu purdah tue paling legend..aku punya ker takut sampai semua lubang angin rumah mak aku ,aku sumbat dengan surat khabar..bukan sikit tau lubang angin bnyk..mak aku pelik tgk aku pesal la anak dia mcm nie..kan deme ckp hantu purdah boleh masuk rumah ikut lubang angin.. Gigih tau aku dulu..pikir pikir balik bodoh Plop aku.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 03:44 PM | Show all posts
zameyla replied at 14-9-2018 02:23 PM
hantu susu tak masuk list ka?

Hantu susu tu hantu tetek besar ke?
Siapa budak main kat luar waktu maghrib kena sorok bawah tetek dia?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2018 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantu lilin tu rupa camne?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 03:58 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 14-9-2018 03:44 PM
Hantu susu tu hantu tetek besar ke?
Siapa budak main kat luar waktu maghrib kena sorok bawah tete ...

tu hantu kopek..Hantu susu yg kendong batu nisan, lepas tu ketuk pintu rumah org nak minta susu..
Bila org jenguk baby tu, batu nisan..


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 04:03 PM | Show all posts
zameyla replied at 14-9-2018 03:58 PM
tu hantu kopek..Hantu susu yg kendong batu nisan, lepas tu ketuk pintu rumah org nak minta su ...

Ohhh.... banyak betul jenis hantu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 04:33 PM | Show all posts
hantu purdah memang pernah berlaku kat sedara jauh saya. serammmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 04:54 PM | Show all posts
meisapoya replied at 14-9-2018 01:58 PM
Mak cik karipap tu i usik kawan i sebab dia cop nak dok katil tepi tingkap. Terus berdesup dia tukar ...

masa I kat Uitm..kat Jati..makcik ni juai karipap,,berhantu sedapnya karipap tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 04:54 PM | Show all posts
Hantu kum kum pun penah heboh dulu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 04:58 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 14-9-2018 03:44 PM
Hantu susu tu hantu tetek besar ke?
Siapa budak main kat luar waktu maghrib kena sorok bawah tete ...

masa kecik2 dolu ada anak jiran hilang..puas org kampung cari sekitar kg,dari senja sampai esok pukul 8 pagi baru jumpa tido kat tepi pondok sawah, padahal org kg dah lalu kat situ banyak kali tapi x ternampak pun..dia claim yg dia tengah main nyorok2 tepi sawah ngan adik..pas tu datang nenek tetek besar bagi dia makan mee goreng..uishhh apakah??cacing??
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu mak2 kat tmpat iols selalu ckpkat anak mereka jgn main sampai senja. Nanti kena tangkap dgn "keling sabit".. katanya lelaki india bersabit tu akan cari kepala kanak2 utk diletakkan di bawah jambatan supaya jambatan tu kukuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2018 05:23 PM | Show all posts
Hntu kum kum tu hantu purdah kan. meol is takot
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada sokabar lapor penampakan hantu banyak kepala. Sambil jalan kepala kepala yang kongsi satu badan itu bercakap sesama mereka
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantu purdah tu mmg sgt femes..btw baca part ni tetiba meremang bulu roma..ke sbb pic tu??wahhh takut
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 14-9-2018 05:15 PM
Dulu mak2 kat tmpat iols selalu ckpkat anak mereka jgn main sampai senja. Nanti kena tangkap dgn "ke ...

Ni aku pernah dgr.. Satu lg org tua2 juga selalu pesan jangan main kt luar time tgh hari nnt kena sembunyi dengan hantu ke cmna ntah..tp ada kena mengena dgn hantu laa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.469872 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list