CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3131|Reply: 12

Kongsi Cerita Seram Saat Kelahiran, Punca Wanita Fobia Untuk Mengandung

[Copy link]
Post time 14-9-2018 05:30 PM | Show all posts |Read mode


Catriona Jones, seorang penyelidik kanan di University of Hull menimbulkan kebimbangan mengenai perkongsian kisah-kisah kengerian ketika bersalin di dalam talian menyebabkan semakin ramai wanita takut melahirkan anak. Keadaan ini dipanggil tocophobia, dan menurut kajian oleh Persekutuan Nordic Obstretrics dan Ginekologi, 14% wanita menderita dengan ketakutan itu di seluruh dunia. Angka itu semakin meningkat sejak awal 2000.


Dalam temu bual dengan Independent, Jones mendakwa bahawa media sosial adalah faktor utama, dengan adanya pengalaman negatif yang mempengaruhi ibu muda. Dia menyebutnya sebagai 'tsunami cerita seram'.



Foto: Metro UK



Juga dikenali sebagai maleusiophobia, parturiphobia dan lockiophobia, ia adalah gangguan psikologi yang terbahagi kepada dua jenis iaitu primer dan sekunder. Yang pertama adalah untuk mereka yang tidak pernah melahirkan sebelum ini, dan sering dikaitkan dengan masalah keluarga - seperti pengalaman ibu, sementara yang terakhir biasanya melalui beberapa bentuk pengalaman traumatik iaitu sama ada pernah melahirkan anak sebelum ini, kemurungan postpartum atau komplikasi kelahiran lain.


Tetapi berkongsi kisah kelahiran bukan isu baru. Soo Downe, seorang profesor dalam kajian kebidanan di University of Central Lancashire, memberitahu Metro Uk bahawa punca ketakutan itu apabila terlalu banyak kisah negatif berbanding positif.


“Wanita telah menceritakan kisah tentang pengalaman melahirkan anak kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat sejak dahulu lagi. Pada masa dahulu, setiap pengalaman traumatik yang dikongsikan diimbangi dengan cerita positif. Walau bagaimanapun, kini dengan kewujudan media sosial, pendedahan kepada kisah-kisah seram menjadi virus yang menyebabkan kisah positif menjadi terpencil.


Foto: Metro UK



“Selain daripada itu, kewujudan program televisyen dan dokumenteri popular yang menumpukan pada proses melahirkan anak juga menyumbang kepada ketakutan. Malahan  obsesi media dengan menggambarkan pengalaman traumatik telah memberikan gambaran terlalu negatif kepada proses semula jadi tersebut. Sedangkan proses sebenar tidak menakutkan, dan bakal ibu tidak perlu berasa terlalu risau.


Avni Trivedi, ostepath dan doula (jurulatih kelahiran) bersetuju bahawa bercakap mengenai kelahiran adalah penting, tetapi ia perlu dilakukan secara realistik dan tanpa sensasi.


Ada benarnya kata-kata pakar ini, media sosial memang baik dalam membantu membawa perbincangan ke arah lebih terbuka. Walau bagaimanapun, gaya penyampaian yang salah boleh menyebabkan maklumat yang disampaikan kurang tepat dan jauh dari gambaran sebenar.   -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2018 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok bil sepital masa nak discharge tu pun seram {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 04:59 AM | Show all posts
nak membesarkan anak zaman sekarang
agak menyeramkan..

kos makin tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lak x rasa seram.pun nak bersalin, excited je.. nak cepat2 tgk baby
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram nak bersalin tu tak rasa sangat, sebab eksaited nak pegang anak sendiri. Cuma takut saat nak bersalin jer. Dah laa dikelilingi oleh ramai nurse. Cuak dan malu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengandung dan bersalin masih ok..struggle sebenar selepas bersalin tu..yg dah jadi ibu mesti paham..bukan senang nak membesarkan anak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2018 03:29 PM | Show all posts
kalau me...enjoy time preggy sbb xde alah...
da dekat2 risau camana lah time nk bersalin
sbb semua anak pon tak sama rasa n cara huhuhu
and paling risau nak beranak ramai2 dgn expenses sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2018 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak.berjalan 10 langkah pon x larat ..
Dh 37weeks ni..alahai...
Nak gi kfc pon x larat..haha..tp teringin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 09:45 AM | Show all posts
believe me when i said that time mengandung dan bersalin tu dugaan skit je berbanding lps bersalin dan membesarkan anak2.. rasanya some people sanggup hadap alahan teruk drpd hadap karenah anak2 yg semakin membesar ni.. mencabar kesabaran weiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 10:40 AM | Show all posts
kalau i, x seram time bersalin. time dlm pantang tu yg seram, dgn susah nak bergerak nya, anak menangis mlm2, xde org jaga lagi dlm pantang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 10:41 AM | Show all posts
shernazz replied at 17-9-2018 05:21 PM
Iols nak.berjalan 10 langkah pon x larat ..
Dh 37weeks ni..alahai...
Nak gi kfc pon x larat..haha. ...

pakai kfc delivery jek u. x pun food panda/grab food.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
botol_tritan replied at 18-9-2018 10:41 AM
pakai kfc delivery jek u. x pun food panda/grab food.

Tempat iols ni terpencil la uols...
Atas bukit nun..
Foodpanda ek..nnt iols nak try
Sini dominos je yang nganto ..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan takat takut nak bersalin but dalam keadaan dunia dan manusia macam ni, takut lak nak membesarkan anak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.152901 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list