CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13691|Reply: 81

Meremang Bulu Roma! Patutlah Banyak Kejadian Aneh, Rupanya Filem-Filem Ini Disum

  [Copy link]
Post time 18-9-2018 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Menghasilkan karya seni boleh menjadi proses yang agak berbahaya walaupun hasilnya nanti membuatkan ramai yang terpesona. Mungkin ramai yang tidak tahu, terdapat pelakon dan kru telah meninggal dunia semasa filem kegemaran anda masih di dalam proses penggambaran. Dan berikut merupakan beberapa peristiwa yang sangat mengerikan berlaku sewaktu proses penggambaran sedang dijalankan. Jom kita baca!




The Crow

Foto: Carian Internet


Semasa penggambaran filem The Crow, pelakon Brandon Lee telah ditembak mati secara tiba-tiba apabila prop senapang yang digunakan di dalam filem itu dengan tidak sengajanya melepaskan serpihan peluru yang sebenar. Ada yang berpendapat bahawa peristiwa ini telah diramalkan oleh Brandon sendiri sebelum ini, yang pernah membuat kenyataan bahawa dia akan mati secara mengejut. Ada juga yang mengatakan bahawa Lee telah disumpah kerana bapanya, Bruce Lee sebelum ini telah menimbulkan kemarahan "semangat nenek moyang" mereka apabila membawa seni pertahanan diri dari timur ke barat.




The Exorcist

Foto: Carian Internet


Berdasarkan kisah benar, sumpahan yang menyelubungi filem ini mungkin sahaja kerana syaitan tidak mahu urusan mereka didedahkan kepada khalayak ramai. Pelbagai kes kematian, kebakaran, kecederaan dan sebagainya dilaporkan sepanjang berlangsungnya penggambaran filem tersebut. Krew filem juga percaya bahawa syaitanlah yang bertanggungjawab di atas segala ketegangan yang berlaku di kawasan set penggambaran, tetapi dia nampaknya tidak dapat menghentikan filem ini daripada menjadi filem kesembilan kutipan tertinggi sepanjang masa.





Rosemary's Baby

Foto: Carian Internet


Filem arahan pengarah kontroversi (juga pernah disabitkan sebagai pesalah pedofil) Roman Polanski, Rosemary's Baby telah mencetuskan kecelakaan berterusan yang dikaitkan dengan filem itu. Isteri Polanski yang hamil pada ketika itu, Sharon Tate, telah dibunuh oleh kumpulan ajaran sesat Charlie Manson setahun selepas filem itu ditayangkan. Penerbit filemnya, William Castle pula secara tiba-tiba mengalami kegagalan buah pinggang selepas menerima surat yang penuh kebencian mengenai filem itu. Manakala komposer untuk filem seram itu pula mati akibat pembekuan darah - sama seperti satu watak di dalam filem tersebut - secara tiba-tiba. Kejadian-kejadian aneh tersebut menjadikan Rosemary's Baby sebagai antara salah sebuah filem yang menerima sumpahan paling dasyat. Mungkin itulah akibatnya apabila mereka mengganggu kumpulan ajarat sesat yang menjadi plot utama untuk filem ini sehingga mereka bertindak menghantar syaitan untuk menghuru-harakan hidup mereka yang terlibat di dalam filem tersebut.




The Poltergeist

Foto: Carian Internet


Terdapat beberapa kejadian aneh dan menyeramkan yang berlaku semasa dan selepas filem ini ditayangkan. Salah satu perkara yang paling diingati ramai adalah sewaktu penerbit filem The Poltergeist, Steven Spielberg, memutuskan untuk menggunakan rangka sebenar untuk penggambaran di dalam kolam yang berlumpur kerana pada mereka, ia lebih menjimatkan dari segi kos daripada menggunakan rangka plastik. Ia berlaku tanpa pengetahuan para pelakon. Pelakon JoBeth Williams (yang memainkan watak Diane Freeling) mengesahkan kejadian terbabit. Sejak peristiwa itu, pelbagai insiden kemalangan aneh dan kematian dicatatkan. Kematian pelakon utamanya, Heather O' Rourke yang meninggal dunia pada usia 12 tahun sewaktu penggambaran filem ketiga untuk siri ini, juga dikatakan mempunyai kaitan dengan sumpahan dari filem pertama The Exorcist. Malah, beberapa pelakon utamanya juga dilaporkan kematian mereka turut dikaitkan dengan sumpahan filem ini.





The Omen

Foto: Carian Internet



The Omen mungkin merupakan salah satu filem yang paling banyak dibincangkan orang ramai, hanya kerana terlalu banyak kejadian misteri yang menyelubungi filem ini. Beberapa minggu sebelum penggambaran filem ini dimulakan, anak lelaki kepada pelakon utama, Gregory Peck, membunuh diri dengan menembak dirinya di kepala. Pada hari pertama penggambaran pula, beberapa krew filem telah mengalami kemalangan kereta. Nasib baik, tiada siapa yang maut di dalam kejadian ini. Filem ini juga dikatakan berkali-kali ditunda tarikh tayangannya akibat beberapa siri kejadian ngeri. Antaranya, pesawat yang dinaiki David Seltzer, penulis untuk filem ini telah disambar kilat dan mengakibatkan kecelakaan besar. Nasib yang sama juga dikatakan berjaya dielakkan oleh pelakon Gregory Peck, yang memainkan watak Duta Besar Amerika bernama Robert Thorn, iaitu bapa kepada Damien. Peck telah membatalkan tempahannya untuk penerbangan itu sebelum pesawat itu berlepas. Dan nasibnya begitu baik kerana pesawat itu telah terhempas dan membunuh semua penumpangnya. Hari ini, The Omen bukan sahaja popular sebagai salah sebuah filem seram terbaik, malahan untuk kejadian-kejadian seram yang menghantui filem itu yang juga dikenali sebagai "Sumpahan Omen".




Terdapat banyak lagi filem yang dikatakan telah disumpah di seluruh dunia. Mungkin pada masa akan datang, penulis akan membuat senarai filem yang mungkin mempunyai sumpahan edisi Malaysia atau Asia pula! Nantikan! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Brp CARI bayar chuols utk jd journalist eh?

Anyway, I loikeeee tiap kali chuols bukak benang baru lately. Informative n interesting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 18-9-2018 12:40 PM
Brp CARI bayar chuols utk jd journalist eh?

Anyway, I loikeeee tiap kali chuols bukak benang b ...

Ikut page views. Tq hehehe. Support smua thread iols k. I suka tulis benda2 list cmni. Tmbah2 lg klu bab misteri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 01:48 PM | Show all posts
Huhu ai mmg x berani la tengok filem2 tu. Level paling seram ai layan -  filem mcm The Others

Berani giler deyols wat filem camni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 01:56 PM | Show all posts
apa pulak sumpahan hantu kak limah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols.x.tgk.lagi rosemary baby tu
Nnt.nak.tgk.lah
Cite the exorcist tu iols.tgk masa.kecik...adoi la..berpusing kepala tu..sampai.ke sudah iols.takut patung yang boleh pusing kepala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2018 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy replied at 18-9-2018 12:50 PM
Ikut page views. Tq hehehe. Support smua thread iols k. I suka tulis benda2 list cmni. Tmbah2 lg k ...

Iols akan support okeh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 18-9-2018 02:08 PM
Iols akan support okeh...

Ur so sweet. TQ kaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy replied at 18-9-2018 02:19 PM
Ur so sweet. TQ kaka

Ur wc dek..hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 18-9-2018 01:56 PM
apa pulak sumpahan hantu kak limah?

Pasal pelakon die kebanyakan smua da xde. Agaknye. Sob3.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 18-9-2018 01:48 PM
Huhu ai mmg x berani la tengok filem2 tu. Level paling seram ai layan -  filem mcm The Others

...

The Others tu yg nicole Kidman berlakon ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak, typo. The Poltergeist tu Heather O Rourke dikaitkan dgn the Poltergeist, bkn Exorcist. Maaf ya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:03 PM | Show all posts
nice info! tetiba rse nk tgk semua filem2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:13 PM | Show all posts
wah seronok baca..xpernah tau pun ada misteri2 pasal filem2 ni n pernah tgk the crow je..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:30 PM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 18-9-2018 02:20 PM
The Others tu yg nicole Kidman berlakon ke

Yup. Ai ske filem tu coz endingnya plot twist sgt .

Filem mcm Ju on , baru tgk sket ai dah katup tv Dulu ai pnh alami kejadian mistik . Waktu tu ai sensorang gi asrama skolah. Pastu dengar bunyi seram. Trus ai lari lintang pukang



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 18-9-2018 03:03 PM
nice info! tetiba rse nk tgk semua filem2 ni

Tq chinta huhuhu. Jgn lupa tgk nanti k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2018 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
melodikasih replied at 18-9-2018 03:13 PM
wah seronok baca..xpernah tau pun ada misteri2 pasal filem2 ni n pernah tgk the crow je..huhu

The Crow yg scene last tu. Klu x silap, diorg truskan gak tp guna teknologi ape ntah sbb si hero tu da mati. Nasib baik dah nak habes.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 18-9-2018 03:30 PM
Yup. Ai ske filem tu coz endingnya plot twist sgt .

Filem mcm Ju on , baru tgk sket ai dah katu ...

Seram gak pengalaman u tu yer... XD Seb baik lari.. Klu x jeng3x.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:50 PM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 18-9-2018 03:43 PM
The Crow yg scene last tu. Klu x silap, diorg truskan gak tp guna teknologi ape ntah sbb si hero t ...

oh mati time shooting ke??ingat lps tu baru mati..tp pandai la production buat muka main cast sama..kiranya x tersengaja bunuh la kan??ke khianat??sorry bnyk tnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
melodikasih replied at 18-9-2018 03:50 PM
oh mati time shooting ke??ingat lps tu baru mati..tp pandai la production buat muka main cast sama ...

Aah time shooting. Tp babak tu dgr citer x masuk dlm filem. Diorg wat babak lain. Ade yg ckp kena khianat, ade yg ckp makhluk halus. Wallahualam. Gitu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.110236 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list