CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9376|Reply: 68

Video Kanak-Kanak Tu Bukan Lucu, Tapi Biadab - Netizen Kecam

  [Copy link]
Post time 18-9-2018 03:28 PM | Show all posts |Read mode







Keletah anak-anak adalah satu kegembiraan kepada ibu bapa. Apatah lagi tatkala melihat ragam mereka terutamanya yang baru pandai bercakap dan dapat kaki, semuanya terasa mahu dirakam dan dikongsikan di media sosial. Sementelah melihatkan insta famous cilik, Fattah Anas yang semakin murah rezeki hingga mendapat peluang muncul di kaca televisyen dan radio, ramailah pula yang merakamkan video anak sendiri.



Namun begitu, ada juga video yang menjengkelkan netizen kerana bahasa yang digunakan oleh si cilik tidak sesuai ketika bercakap dengan bapanya sendiri. Mungkin ia kelihatan cute kepada ibu bapanya namun bagi netizen ia seakan barah yang akan merebak hingga mempengaruhi masa depan budak itu sendiri.





Kredit foto: Twitter










Ramai yang tidak bersetuju dengan bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak tersebut. Malahan video tersebut jelas menunjukkan kebiadaban bercakap dengan bapanya sendiri.








Kredit foto: Google




Bagi netizen, jika ketika kecil pun kanak-kanak itu sudah boleh bercakap biadab dengan bapanya sendiri, bagaimana pula ketika dia menjelang remaja atau dewasa? Jadi, ketika itu hendak salahkan siapa, remaja tersebut yang sepatutnya sudah boleh bertindak sendiri atau pun ibu bapanya yang sudah tua?















Bagaimanapun, ada juga yang memberi pendapat bahawa banyak faktor  yang menyebabkan hal ini terjadi, antaranya ialah pengaruh gajet itu sendiri. Maklumlah, apabila ibu bapa mahukan anak mereka diam, lalu diberinya telefon pintar atau tablet yang memungkinkan mereka bermain permainan video atau saluran yang tidak sesuai dengan tahap pemikiran mereka.



Maka, ramai yang berpendapat bahawa remaja sekarang tidak boleh ditegur kerana telah dimanjakan sejak kecil. Ia membuatkan kanak-kanak ini juga turut biadab dengan orang luar hatta di tempat-tempat terbuka.













Kredit foto: Carian Internet




"Aku kalau cakap begini dengan ayah, mau kena tali pinggang sampai kulit terkoyak."



Betul juga, kanak-kanak zaman dahulu lebih beradab kerana sudah dipasak dengan apa yang boleh dan tidak boleh sedari kecil. Sangat jauh berbeza dengan kanak-kanak siber ini.



"




Akan tetapi, ada juga yang merasakan bahasa yang digunakan oleh pengadu ini tidak sesuai kerana menggunakan perkataan mencarut.








Kredit foto: Carian Internet




Bagaimanapun, masih ada peluang untuk membaiki kanak-kanak dibawah lima tahun ini kerana mereka masih menjadikan ibu bapa sebagai ikon terbaik. Jadi, kepada ibu bapa di luar sana, bercakap yang baik-baik dengan anak serta selalu menimba ilmu keibubapaan supaya dapat mendidik anak-anak menjadi khalifah yang terbaik kepada umat sejagat. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg biadap pun. Kluarga low class siap rakam dan viralkan lgi anak kecik tu ckp cmtu. Bangga eh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols xdpt.tgk.video.tu
Apakah.yang dikatakan oleh budak.tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi pendapat iolls cara budak ni biadap..I xtahu lah bagi orang lain tapi I dibesarkan oleh makpak iolls ,sebut aku kau pon xbole dalam adik beradik..sebut bodoh pon dah kena cubit.lagi lah nak menjawab dengan orang tua camtu.kalau makpak panggil, weolls kena balas iyea,saya.. instead of apa..

But masuk lam family husband..omg, pening kepala..yg dah tua pon cakap dengan cucu kecik2 pon aku kau..biasa je membodohkan orang.atuk ko ni bodoh la,mak ko lah bodoh,bla3...etc.i tak boleh nak kata apa sebab cara memasing,cuma husband faham I xsuka bahasa carut so he slowdown dengan I. Cuma kalau anak sendiri memang a big no nak mencarut and menjawab kurang ajar gini.langsung xlawak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:16 PM | Show all posts
kekecik mmg nampak comel tp sok akan bawa sampai ke besar.  masa tu xde comel dah, biadap and payah lah ko nak betulkan dah.  and trust me, budak tu perangai camtu pon konfem ikut makpak yg perangai camtu.

children hear/see, children do.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:17 PM | Show all posts
memang biadap pun..
kecik-kecik dah takde adap gini ko bayangkan bila besar esok..
masa kecik boleh la ko gelak-gelak anak gitu..
dah besar nanti ko rasa la bila anak menjawap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2018 04:19 PM | Show all posts
shernazz replied at 18-9-2018 03:59 PM
Iols xdpt.tgk.video.tu
Apakah.yang dikatakan oleh budak.tu?

something bapak dia cakap pasal bersepah ke apa..
anak dia jawap, banyak hal la daddy ni, dua kali..
pastu apa ntah bapak dia cakap and anaknya jawap, eh apa masalah daddy ni..
disahut gelak ketawa maknya kot..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak hal la daddy ni. Omg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-9-2018 04:19 PM
something bapak dia cakap pasal bersepah ke apa..
anak dia jawap, banyak hal la daddy ni, dua kal ...

I see...gitu ek
Bebudak biasanya ikut perbuatan parents..sebab tu kita kena alert..
Iols.kekadang tercakap oi pon anak.iols.dh ikut...kena jaga jaga aje perbuatan kita ni...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:28 PM | Show all posts
mak pak pun bangga rakam tunjuk kat org. igt anak kau comel? muka dan perangai seiring tak comel.
kat rumah makpak ajar cakap kurang ajar. esok pegi sekolah, kau ajar anak orang lain jadi kurang ajar macam kau pulak.
ramai je budak2 kecik2 cakap elok je sopan, dah sekolah, dah pandai cakap bodoh, bangang, sial. belajar dari kawan2 la tu. kawan2 pulak belajar dari makpak derang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-9-2018 04:19 PM
something bapak dia cakap pasal bersepah ke apa..
anak dia jawap, banyak hal la daddy ni, dua kal ...

Kalau baca uols.taip.ni..nampak cm.tone biadap juga...
Boleh.mak.gelak gelak..
Uish..kalau iols malu wei nak up video ni...nampakmkita.fail dlm didik budak
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:32 PM | Show all posts
goss79 replied at 18-9-2018 08:16 AM
kekecik mmg nampak comel tp sok akan bawa sampai ke besar.  masa tu xde comel dah, biadap and payah  ...

Kecik pun tak comel, rasa nak cilikan aje mulut dia.
Tapi sebetulnya bukan salah budak tu, mak bapak wichet yang hari2 bercakap gaya gitu yang jadi ikutan.

CHILDREN LEARN WHAT THEY LIVE.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:50 PM | Show all posts
lucu? nahhhh. usually budak-budak akan copy apa parents cakap, cara communicate
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 05:01 PM | Show all posts
sekali dua cute la..
org takkan selamanya nak layan kecutean budak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 05:30 PM | Show all posts
Kalau dari kecik dah dibiasakan berkata sebegitu bukan senang nak membetulkannya semula bila dah makin dewasa nanti.  Kadang perpatah lama ada betulnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia punya tone tu,mana dia dengar agaknya pastu dia  repeat je la kan.dah dia budak siapa yang sogok didikan kat dia since lahir and hari2 kan. Memang biadap sebab nada suara dia tu dgn memek muka dia.nak husnuzon bukan parents yang sebut/ajar but maybe byk tengok drama swasta yg tak sesuai umur? Tu pun still salah parents tak pantau.anak2 ni masa kecik memang cerminan parents. Dah dewasa tu ye la sendiri tanggung sebab pergaulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 05:52 PM | Show all posts
dah biasa dengar mak bapaknye cakap camtu tetiap hari la tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mak bapak sangap popularity tak kesah anak biadap. geram pulak tengok muka n dengar mulutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg..tunggu sepuluh tahun lagi, baru tau lawak ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mak ayah dia selalu ckp camtu
Sebab tu mak ayh dia tak rasa tu biadap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.093901 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list