CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52020|Reply: 415

[Edisi Autism Awareness] Azal Nak Kahwin

  [Copy link]
Post time 18-9-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by yuhuu at 19-9-2018 10:55 AM

Sempena minggu autism awareness innih, kendian minggu innih pun femes cerita lelaki autism dok raba nenen,  kak zarina kita tepek bideo pasal Azal nak kahwin.



Hari innih sheols tepek ada netizen katanya ada orang di kampung sheols dirogol anak autism.



Selalu acik porem asyik menggosip retis, hari nih mai la kita bukak thread ilmu pengetahuan. Boleh ke noks orang autism merogol? Depa masih bernafsu jugakah macam kita? Pandai ka depa jatuh cinta gittew? Tau tanggungjawabkah depa?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2018 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
La mana pegi links yang iols tepek?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 05:13 PM | Show all posts
tengok la tekya komen kat dalam tu apa tah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 05:19 PM | Show all posts
Remaja autisme ialah remaja berumur dalam lingkungan 12 hingga 21 tahun danmempunyai masalah kecelaruan perkembangan neurologi. Remaja autisme mempunyaiperlakuan yang sama dengan remaja normal apabila melalui peringkat remaja. Salahsatunya ialah perilaku seksual iaitu segala bentuk tingkah laku yang didorong oleh hasratseksual sama ada sesama jenis atau lawan jenis. Perilaku seksual ini bermula dengantingkah laku yang mendorong untuk bersentuhan iaitu berpegangan tangan sehinggaberpelukan antara satu sama lain, ciuman, cumbuan serta membawa kepada hubungankelamin yang boleh mendatangkan kemudaratan besar di kemudian hari. Remaja autismeyang tidak mengetahui tentang larangan tersebut turut melakukan.
Masalah perilaku seksual turut menimpa remaja autisme jika dibiarkan tanpapengawalan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak ibu bapa dan guru. 75% remaja autisme mempamerkan perilakuseksual tertentu dengan melakukan perbuatan masturbasi dan hiper-masturbasisebagai pilihan utama selain menunjukkan minat terhadap seks dan pelbagaiperbuatan perilaku seksual yang lain. Menurut Hellemans lagi, kemahiran sosialseksual yang betul diketahui oleh remaja autisme dari sudut amal masih sederhana.Tindakan mereka melakukan masturbasi ini adalah untuk melepaskan keinginanyang membuak-buak di dalam jiwa mereka.
Turut menyatakan terdapat perilaku seksual yang lain selaindaripada masturbasi, menyentuh orang lain secara tidak sopan, dan menunjukkankemaluan di khalayak ramai. Remaja autisme turut mengalami kecelaruan seksualyang utama iaitu objek dijadikan sandaran insentif sebagai rangsangan seksualseperti pakaian dalam yang kotor, pakaian perempuan dan sarung tangan getah.Remaja autisme mengambil secara sembunyi pakaian dalam guru-guru yang sudahlama diperhati dan diminatinya secara diam dan dengan itu mereka melakukanmasturbasi sambil memakai pakaian tersebut.


Masalah perilaku seksual autisme mungkin dapat diselesaikan jika wujudsokongan dan bantuan daripada masyarakat. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, masih tiada tatacara yang khusus untuk gurudalam mendidik dan membimbing remaja autisme yang bertindak di luar batasanapabila berada di sekolah. Malah, kesemua amalan atau penyelesaian yang dilakukanadalah berdasarkan pengalaman dan kaedah sendiri agar dapat menstabilkan kembalikeadaan gawat yang berlaku. Hal ini kerana, apabila seorang pelajar mencapai tahapseksual yang tinggi pada hari itu, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapatditeruskan dengan baik. Semua pelajar ketakutan dan terdapat juga guru-guru yangbersikap lepas tangan dalam menangani perihal perkara yang berlaku.

Oleh yang demikian, semua pihak yang terdiri daripada agensi kerajaan, swastadan orang perseorangan memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman dankesedaran kepada masyarakat tentang autisme. Remaja autisme tidak boleh dibiarsepi tanpa ada perhatian dan pengawalan terutamanya daripada sudut pendidikanagama. Peringkat keremajaan anak-anak merupakan satu peringkat masa yang palingpenting. Ibu bapa, guru dan orang sekeliling perlu menggunakan cara pendidikanmoden tanpa mengetepikan pendidikan agama yang bercirikan keimanan. Sekiranya remaja autisme dibiarkan bebas melayan dunia dan tiadadiajarkan kepada mereka tentang pendidikan agama, mereka dikhuatiri mengikutsesuatu perkara yang tidak baik dan bertentangan dengan Islam.


Sumber : journalarticle.ukm.my
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu kes tu anaknya autism. Dah remaja dan menunjukkan rangsangan seksual yg sangat kuat. Bila budak tu terangsang, mak dia akan mandikan dengan air sejuk yg sejuk gilaaa tu. Tapi kadang2 mak dia biar je anak dia masturbate. Tabahnya parents with autistic child
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau kawin boleh sah ke? Tgk mcm nak urus diri sendiri pun tak reti.. Ada sesiapa yg tahu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2018 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ade join group autisme di fb.. Memang anak2 autism ni bernafsu ye... Teringat ada sorang akak ni kawin dengan duda mati bini.. Duda tu ada sorang anak umur 20 tahun n autisme...  Dia tanya apa dia perlu buat sebab bila suami dia pergi kerja anak tiri yang autisme ni cuba sentuh dia sana sini..sampai tahap selak kain n  baju ye.. Dan selalunya dia berkurung dalam bilik sampai suami dia balik dari kerja...anak tiri dia ni tak puas hati bila dia menolak..sampai gendang pintu bilik dia, mengamuk2 suruh bukak.... Bila di adu pada suami, suami dia tak percaya..sebab budak tu oku, takkan nak buat macam tu... Kesian akak tu.. Dia siamese n takde sedara mara kat malaysia.. N op koz la lawa, gebu...sekarang tak tau apa cerita akak tu n anak tiri autisme dia ..harap2 selamat la
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 06:12 PM | Show all posts
Anak autisme: Hati Edrie Hashim direntap





Membesarkan anak sulung yang didagnosis sebagai penghidap autistik seawal usia setahun tiga bulan, pemuzik terkenal tanah air Edrie Hashim, 44, dan pasangannya yang juga vokalis kumpulan Candy, Nurul Nadira Patricia Robert, 43, reda dengan percaturan Ilahi.

Ibu bapa mana yang mahu melihat buah hati kesayangan memiliki kekurangan namun bagi mereka, kehadiran Darren Haikal, 14, memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga buat keluarga.

Biar tidak mudah membesarkan anak istimewa begini, namun bagi Edrie dan Patricia atau Pat setiap kesukaran yang mereka dihadapi memberikan satu pengajaran dan ilmu buat diri masing-masing.

Tabah mengharungi cabaran membesarkan seorang anak autisme yang memiliki sikap yang sukar diduga, baik Edrie mahupun Pat sentiasa memastikan berada di samping anak bujang mereka itu dalam keadaan susah mahupun senang.

Malah semakin meningkat usia Darren semakin banyak yang perlu dia belajar erti berdikari agar tidak terlalu mengharapkan pertolongan orang lain.

Selain Darren, Edrie dan Pat memiliki seorang lagi cahaya mata, Dylan Haidar yang kini berusia enam tahun.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya Edrie banyak meluangkan masa untuk anaknya itu, mendepani setiap kelakuannya yang tidak terduga tanpa mengira waktu.

“Tidak mudah terutama apabila berdepan dengan orang ramai yang masih kurang pengetahuan tentang autisme.

“Masih ramai yang tidak faham lebih-lebih lagi apabila melihat mereka mengamuk malah anggap kita tidak pandai jaga anak,” kata Edrie.

Menurut Edrie, Darren dilahirkan sempurna sifatnya dan amat comel sebelum hati dia dan isteri direntap dengan perkhabaran duka tentang masalah kecelaruan neurologi yang mengakibatkan gangguan perkembangan otak yang dihadapi anak kesayangan mereka.

Dia sendiri pada awalnya sukar menerima kenyataan apabila Darren didagnosis mild mental retardation malah lama dia memujuk hati untuk menerima takdir tersebut dan optimis membesarkan anak lelaki sulungnya itu.

“Rasa macam menonton filem bila anak saya disahkan penghidap autisme dan jadi orang kurang upaya (OKU). Berkali-kali saya persoal tentang kesahihan keputusan kesihatan Darren.

“Darren dilahirkan sempurna, apabila jadi begitu memang saya tak dapat bayangkan perasaan saya ketika itu. Lama saya pujuk hati untuk terima kenyataan,” luahnya.

Menerima hakikat perkembangan Darren berbeza dengan anak-anak lain bila dia dihantar ke tadika ketika usianya empat tahun, Edrie bersyukur apabila Allah hadirkan ujian buat dirinya dan isteri untuk membesar dan mendidik seorang anak istimewa.

“Semasa bayi, Darren memang menjadi kesayangan keluarga malah jiran tetangga pun sering memuji wajah comelnya. Apabila doktor kata anak saya cacat, memang rasa nak tumbuk muka doktor pada masa itu! Yalah, siapa tak sedih dan bengang apabila orang kata anak kita cacat, kan?

“Tapi pasti ada sebab kenapa Tuhan menduga saya. Saya tidaklah terlalu memikirkan tentang kesalahan apa yang sudah saya lakukan dulu hingga diduga sebegini hebat tapi pelbagai perkara bermain dalam otak ketika itu. Tertanya–tanya kenapa begitu?

“Namun saya percaya ujian itu untuk saya dan isteri bukan pada Darren. Dia sudah tentu masuk syurga. Saya kerap kali pujuk hati dan berkata, tak semua orang terpilih untuk diberi ujian begitu. Allah duga kita sebab Dia sayangkan kita. Ini yang saya selalu pegang dan kena kuatkan iman,” katanya.

Masyarakat rumitkan keadaan

Mengakui bahawa penerimaan dan keterbukaan masyarakat tentang autisme memberi cabaran buat ibu bapa yang memiliki anak autisme, Edrie berkata, dia dan isterinya sering dipandang serong apabila keluar dengan Darren.

“Kadang-kadang Darren mengamuk, orang sekeliling memandang seperti kita tak pandai jaga anak. Ya, saya kecewa dengan situasi itu tetapi saya juga faham kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada masyarakat seratus peratus.

“Pernah saya bawa dia naik kapal terbang, tiba-tiba ada seorang penumpang menyuruh Darren diam sambil menunjukkan isyarat senyap. Saya cuba kawal diri untuk tidak mengeruhkan keadaan. Cuma terkilan sebab dengan budak kecil pun tidak boleh lebih kurang,” katanya.

Edrie turut berkongsi perasaannya yang direntap dengan kata-kata yang sangat pedih sewaktu seluruh keluarganya ditahan di wad sebuah hospital swasta di ibu kota selepas disahkan mengalami demam Influenza A.

Ketika itu Darren hilang dari hospital akibat trauma dengan jarum suntikan sebelum ditemui di sebuah stesen minyak.

“Dia lari seorang diri berbelas-belas kilometer tanpa kami sedar sewaktu menunggu giliran untuk dirawat. Mujur pihak ambulans ada ketika itu dan ambil Darren di stesen minyak terbabit selepas ada pihak ternampak dia berada di sana.

“Keesokan harinya di dalam wad, saya terdengar perbualan antara kakitangan pihak hospital yang lebih kurang begini, ‘Itu siapa? Edrie Hashim eh, pengarah muzik? Anak dia lari hospital eh, itulah Tuhan itu Maha Kaya. Bapa pengarah muzik, anak dia bodoh macam itu. Tuhan adil.’

“Mungkin dia ingat saya sedang tidur tapi semua katanya saya dengar dan hanya Tuhan saja tahu betapa remuknya perasaan saya ketika itu.

“Sebagai pekerja di hospital tetapi kurang bijak fasal autistik dan menjatuhkan hukum dengan melulu kononnya saya pengarah muzik, maka anak saya jadi begitu. Ini bermakna ramai yang tak tahu tentang autisme meskipun kerja di pusat perubatan,” katanya dengan nada kesal.

Jangan kurung anak

SEMENTARA itu Patricia menasihati ibu bapa yang mempunyai anak autisme agar memberi ruang untuk mereka bergaul dengan dunia luar dan tidak menyekat aktiviti mereka.

“Anak autisme ini seperti yang kita tahu, dia dengan dunia dia sahaja. Dia tak pedulikan dunia luar, maka kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan dan membawa mereka kenal dengan dunia luar sebagai cara untuk membiasakan diri dengan orang ramai.

“Jangan panik apabila anak autisme mengamuk dengan tiba-tiba dan jangan pedulikan pandangan masyarakat luar yang memandang sinis kononnya kita tak pandai jaga anak.

“Juga jangan kurung anak di rumah kerana tidak bagus untuk perkembangan minda mereka,” katanya yang adakalanya terpaksa memohon maaf kepada orang ramai jika anaknya itu mengamuk di tempat terbuka.

Biarpun terbuka berbicara tentang keadaan anaknya, Patricia mengakui kekecewaannya apabila ada kalangan masyarakat yang membanding-bandingkan Darren dengan anak normal lain.

“Sudah tentulah saya sedih apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan itu disahkan autistik. Malah saya paling tidak suka bila orang bandingkan Darren dengan budak normal kerana tidak adil baginya. Dia tak minta dilahirkan begitu dan menjadi OKU. Tipulah kalau saya tak kecewa tapi itulah tiket saya dan suami ke syurga,” luahnya.

Jika ajal menjemput

Hidup tidak selamanya kekal, justeru ketika ditanya tentang soalan itu, Edrie akui takut mengenangkan bila satu hari nanti ajal menjemputnya lalu meninggalkan anak istimewanya itu.

Pun begitu, dia sentiasa menitipkan doa dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa untuk melindungi anaknya dan mempermudah setiap urusannya kelak.

Malah Edrie tidak kisah mengeluarkan sejumlah wang untuk memberikan pendidikan dan kemahiran terbaik buat Darren dengan harapan anaknya itu nanti mampu menguruskan diri sendiri apabila kedua-dua orang tuanya sudah tiada di sisi.

“Kalau fikir benda itu (kematian) memang takut tapi saya serah kepada Tuhan. Kena percaya qada dan qadar. Ada saudara-mara pun tak sama dengan ibu dan ayah yang jaga, kan? Tapi insya-Allah, keluarga saya semuanya okey.

“Buat masa ini, saya memang sedang fokus untuk memahirkan dia dengan apa sahaja kemahiran yang dia minat selain memberikan pendidikan sempurna yang dikhaskan untuk anak-anak autisme mengikut sistem pendidikan Malaysia.

“Selain itu, sejak usia tujuh tahun, Darren turut menghadiri kelas terapi bagi melatih kemahiran motor halusnya. Ada ahli terapi datang ke rumah seminggu sekali bagi menjalani sesi terapi untuk Darren.

“Dia belajar untuk memantap dan menguatkan apa sahaja yang berkait rapat dengan kemahiran motor halus. Darren sukar menulis kerana tidak dapat memegang pensil dengan betul, tetapi kalau alat muzik dram dia boleh bermain dengan betul.

“Saya lihat dia mempunyai minat dalam nyanyian. Saya sendiri pun tak tahu dari mana dia mendengar lagu yang dinyanyikan, tetapi melodinya betul walaupun sebutan nyanyiannya tidak berapa jelas.

“Namun dia ada satu perangai yang apabila kita sebagai ibu bapa suruh dia menyanyi, dia tak akan buat tapi kalau cikgu suruh, dia akan buat.

“Itulah, saya sedang berusaha supaya dia mempunyai keyakinan untuk ‘keluarkan’ bakat itu di depan orang ramai,” ungkapnya.

Malah menurut Edrie, dia percaya rezekinya dalam bidang muzik melimpah ruah kerana kehadiran Darren, maka sebab itulah dia tidak pernah lokek untuk membelanjakan wang ringgit demi masa depan anak sulungnya itu.

Aktif sebar kesedaran

Dalam pada itu, Edrie berkata, sebagai selebriti dia selalu turut serta dalam pelbagai acara berkaitan kesedaran anak-anak autisme demi menyebarkan maksud sebenar di sebalik autistik kepada khalayak.

Baru-baru ini dia turut menyertai program penggunaan kemudahan pengangkutan awam khusus untuk orang kurang upaya (OKU) di LRT Sri Rampai, Kuala Lumpur anjuran Program Pendidikan Khas SMK Seri Keramat dengan Prasarana Malaysia Berhad.

Menurutnya, program tersebut merupakan inisiatif guru-guru SMK Seri Keramat khas untuk pelajar kurang upaya di sekolah terbabit. Darren bersekolah di situ.

“Program ini mahu memberi kesedaran dan dalam masa sama, memberi pendedahan kepada anak-anak kurang upaya bagaimana untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak RapidKL di semua stesen.

“Program ini amat bagus dan perlu diteruskan pada masa hadapan kerana dapat mendidik mereka peraturan yang betul ketika berada di lokasi pengangkutan awam termasuklah di stesen bas atau teksi.

“Laluan pejalan kaki turut disediakan dan golongan OKU perlu gunakan kemudahan itu bagi memudahkan urusan mereka yang kurang upaya seperti anak saya,” katanya.



http://www.utusan.com.my/hiburan ... m-direntap-1.679303


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by yuhuu at 18-9-2018 09:44 PM
Redhead replied at 18-9-2018 05:36 PM
Klau kawin boleh sah ke? Tgk mcm nak urus diri sendiri pun tak reti.. Ada sesiapa yg tahu?


Kalau mereka tau hukum nikah, tau apa maksud dia ijab kabul tu semua, ok kot. takut depa ingat nikah ittew memain, kemudian cerai pun iols takut deyols dok repeat berpuluh kali ke binj, payah juga iols rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jugak anak retis autism.n ada yg dislexia..tp bese..depa kreatif n berjiwa seni kan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
yuhuu replied at 18-9-2018 09:41 PM
Kalau mereka tau hukum nikah, tau apa maksud dia ijab kabul tu semua, ok kot. takut depa ingat n ...

ini i setuju dgn pndpt u..abg i oku pembelajaran...umo nk dkt 30 dh...bkn nk dera nafsu ke hapa..tp dia sgt brkira hal duit(kedekut sgt)...kalau bg kawin...nnt parent yg kna tggung anak bini dia...
cuma boleh nasihat jgn kacau anak dara org lain..nnt kna tgkap dgn polis...masuk lokap xda org gi jamin...xda duit nk jamin..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen kat ig zarina tu mcm drpd forumner cari je terutama yg panjang lebar tu yg zarina ade post ig minah tu kt ig, komen dia very the judgemental,Komen mirip2 mcm sorang yg rengsa sgt dengan lara alana suatu ketika dulu tu.
Acah2 tau serba serbi
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh pat candy makin tua makin mengancam. Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
somaki replied at 18-9-2018 05:35 PM
Ada satu kes tu anaknya autism. Dah remaja dan menunjukkan rangsangan seksual yg sangat kuat. Bila b ...

Cik abang eross you pun autism jgk kan? Ke lain eh? Eh entah lah. Tapi iols dgr dia mcm ada penyakit jgk
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 18-9-2018 05:58 PM
Iols ade join group autisme di fb.. Memang anak2 autism ni bernafsu ye... Teringat ada sorang akak n ...

Aku rasa aku baca jugak story ni..akak tu ada baby kan? Akak tu freehair gebu2 gitu ek.
Mmg ada nafsu..cume mereka tak tahu baik buruk. Parentsla kena bgtau acap pasal benda ni. I baca kt group tu mmg ramai parents kata anak2 dorg suka pegang2 part sulit ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 18-9-2018 05:13 PM
tengok la tekya komen kat dalam tu apa tah...

husband material kalau xsilap iols..gigihnya tekya seek attention kat ig retis2 lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 10:41 PM | Show all posts
mereka memang ada nafsu...  bukan anak autisme je, down syndrome pun sama...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 10:44 PM | Show all posts
anak autisme ni sebenarnya normal dan lebih bijak daripada manusia normal
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Based on pemerhatian yg tak seberapa ni, aku nampak anak autism ni majority lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu kes azal tu mencarut ke apa cakap harsh word dkt anak org tu xtau nape aku rs mcm ada nafsu dia yg entahlah. Pastu ada skodeng ig dia pon byk follow pempuan2 . Hopefully mak dia boleh didik dia jaga nafsu juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.086020 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list