CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5275|Reply: 5

Laluan Bukit Chabang @ Karak Perlis

  [Copy link]
Post time 18-9-2018 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Dipetik dari https://www.facebook.com/groups/ ... k/1760770840693968/
tulisan James Jay JJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi non Muslim.
Saya ingin mengulas lanjut berkaitan kejadian kemalangan maut berhampiran pusat serenti Bukit Chabang laluan Kangar-Padang Besar semalam.
Untuk pengetahuan anda semua,telah lama saya menganggap bahawa laluan itu adalah KARAK PERLIS,kerana terdapatnya unsur-unsur mistik disitu yang sukar dipercayai akal.
Saya juga sering menggunakan laluan yang sama setiap kali berulang-alik sekiranya ada apa-apa urusan yang berkaitan.
Setiap kali saya menggunakan laluan tersebut, setiap kali itu juga saya akan sering berwaspada dan lebih berhati-hati disebabkan oleh apa yang telah diceritakan oleh arwah Pak Ibrahim @ Pak Him kepada saya semasa beliau masih hidup.
Arwah Pak Him adalah salah seorang paranormal dan berpendirian kuat terhadap unsur-unsur mistik.
Beliau juga boleh berinteraksi dengan unsur-unsur ghaib dan segala makhluk-makhluk di alam gelap.
Sejak kematian isteri beliau akibat penyakit barah payudara,beliau tinggal bersama-sama dua orang anaknya seorang laki-laki dan seorang lagi perempuan.
Orangnya cukup peramah,namun begitu,beliau sering keseorangan,sehingga entah bagaimana saya boleh menyapa beliau di satu majlis keramaian disamping menanyakan khabar berita darinya.
Sehinggalah beliau mengajak saya untuk pergi bertandang kerumahnya pada keesokan harinya dengan ajakan yang bersungguh-sungguh.
Untuk tidak menghampakan hatinya,keesokan harinya saya pun tiba sambil disambut sekuntum senyuman oleh beliau.
Saya dijemput masuk dan telah dihidangkan sedikit minum petang air kopi o panas dan juga biskut.
Dari situlah saya telah dihidangkan oleh pelbagai cerita-cerita aneh dan berunsurkan misteri oleh beliau sehingga adakalanya bulu roma saya berdiri tegak setelah mendengarkan kisah-kisah pelik yang belum pernah saya ketahui.
Satu-persatu kisah mistik yang telah diceritakan dan dihuraikan kepada saya termasuklah berkenaan ajaran sesat ayat Quran songsang yang pernah beliau amalkan ketika zaman mudanya dahulu oleh seorang guru di Kok Mak,ujar beliau.
Beliau pernah disabitkan kesalahan berkaitan senjatapi pada era 1960'an.
Ketika dijatuhi hukuman sebat 6 kali sebatan,
namun tubuh beliau langsung tidak berlaku apa-apa kesan,tiada apa-apa langsung yang tercedera,sehinggakan tukang sebat ketika itu seorang Benggali Singh,telah kehairanan kerana beliau cuma tersenyum dan tak dapat menahan ketawa,ujar beliau.
Itulah kesan amalan songsang tersebut.
Tubuh badan seseorang tidak lut sekiranya mengamalkan ayat songsang berkenaan.
Namun,beliau mengakui kepada saya, beliau telah bertaubat ke hadrat Allah SWT dan tidak akan lagi mengamalkan ayat tersebut.
Saya ada tanya,ayat apakah yang dipakai itu?
Namun kata beliau,beliau tidak boleh mengatakan kepada sesiapa jua sekalipun berkenaan potongan ayat berkenaan,sekiranya disebut,ibarat ayat tersebut mendampingi beliau kembali.
Biarlah di bawa ke mati,ujar beliau.
Apa yang ada pada beliau ketika itu adalah beberapa ekor jin belaan,katanya jin Islam milik warisan beliau.
Beliau juga sering menyeru dan berinteraksi dengan makhluk ghaib tersebut di hadapan saya.
Hubungan saya dengan beliau ketika itu amat akrab sekali.
Sehingga saya menganggap beliau seperti bapa saya sendiri.
Pelbagai ilmu berguna yang telah beliau tunjuk ajarkan kepada saya sebagai sedikit bekalan bagi mengharungi kehidupan di alam maya ini.
Sehinggalah pada satu hari,beliau telah menceritakan telah di jemput oleh penduduk bunian di Bukit Kwancu.
Beliau telah pergi keseorangan mengadap raja di dalam istana.
Bagaimana suasana dan keadaan pada ketika itu di daerah bunian,ada beliau telah ceritakan kepada saya.
Tidak lama kemudian,penduduk dikawasan ini digemparkan oleh kemalangan maut di hadapan pusat serenti Bukit Chabang yang mengakibatkan kehilangan beberapa nyawa.
Beliau telah menjelaskan kepada saya,di kawasan tersebut tinggal sejenis jin iaitu penunggu jalan tersebut.
Oleh kerana mata beliau tak berhijab,setiap kali beliau melalui jalan tersebut,beliau akan nampak dengan jelas rupa paras jin tersebut.
Kata beliau,tubuh badan jin tersebut tinggi lampai,tangan serta kakinya yang panjang,
bermata besar serta berbulu tebal dan lidah yang sentiasa terjelir-jelir seperti dahagakan sesuatu.
Saya sendiri pernah mengalami peristiwa ketika hujan lebat,lebih kurang 15 tahun yang lalu,ketika saya bersama rakan dalam perjalanan pergi ke Kangar menaiki sebuah motorsikal.
kami berdua terpaksa berhenti singgah di pondok bas berhampiran pusat serenti tersebut.
ketika saya hendak menyidai baju hujan, tiba-tiba terdengar dentuman yang amat kuat.
setelah dilihat,terdapat 3 buah kenderaan telah kemalangan.
Sebuah kereta Iswara bewarna putih,kancil dan sebuah lagi saya tidak kenali.
keadaan agak cemas sekali ketika itu,dimana hanya kami berdua sahaja di lokasi.
Saya berlari kearah sebuah kereta kancil yang paling dekat dengan saya,namun keadaan mengerikan berlaku di depan mata iaitu sepasang suami isteri telah meninggal di lokasi kejadian serta merta dan seorang Kanak-kanak lelaki berusia anggaran 5 tahun dengan kecederaan parah dikepala yang masih berada diatas pangkuan ibunya dengan cebisan otak yang masih berdenyut-denyut diatas alas kaki.
Saya terus pergi ke kenderaan seterusnya sambil menahan kenderaan yang melalui jalan berkenaan untuk meminta pertolongan.
Setelah itu,barulah beberapa buah kenderaan berhenti untuk menghulurkan pertolongan.
ketika dikenderaan seterusnya, saya lihat terdapat 4 orang pemuda Melayu,umur dianggarkan 30'an dalam keadaan tersepit. Namun salah seorang daripada mereka sempat meraung meminta tolong.
Malangnya laungan tersebut semakin lama semakin lemah dan perlahan,sehinggalah mangsa meninggal dunia ditempat kejadian bersama-sama rakannya yang lain ditempat kejadian.
Terdapat juga kisah kejadian lembu misteri.
dimana ketika dalam perjalanan melalui jalan tersebut,saya lihat seorang wanita bersama-sama kereta Proton Saga miliknya yang telah remuk di bahagian hadapan akibat melanggar seekor lembu.
Kebetulan saya mengenali JKKK Bukit Chabang iaitu En.Hamzah.
Saya telah menghubungi beliau dan ceritakan kejadian yang berlaku.
En.Hamzah telah kerahkan beberapa orang kampung pergi ke lokasi kejadian.
Mereka turut membawa sebilah parang untuk menyembelih lembu tersebut,dengan tujuan untuk disedekahkan kepada orang-orang kampung.
Lagipun,lembu itu mati tidak menjadi bangkai begitu saja tanpa sebarang manafaat.
Setelah penduduk kampung tiba,mereka terus mencari lembu tersebut.
Setelah puas mencari disana-sini,lembu itu gagal ditemui.
Berdasarkan pengalaman mereka semua,
Sekiranya lembu yang terlibat dalam kemalangan,ianya tidak akan rebah dengan begitu jauh.
Kata mereka kejadian yang sama pernah menimpa salah seorang pengguna jalan raya yang sama sebelumnya di lokasi tersebut.
Kereta mangsa remuk teruk,namun mangsa terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.
Ujar penduduk di kawasan tersebut,itu adalah 'lembu hantu' @ lembu jelmaan.Lembu itu sering mengganggu pengguna jalanraya sehingga mencetuskan kemalangan.
Ada mangsa menceritakan kereta terbabas kerana mengelak seekor lembu melintas secara tiba-tiba yang entah dari mana datangnya.
Biasanya lembu tersebut akan melompat keluar dari belukar berhampiran dan berlari dengan pantas ketika jarak kenderaan pada ketika itu cuma beberapa inci sahaja.
Setelah kenderaan terbabas,lembu tersebut akan terus menghilang hanya cuma dengan sekelip mata sahaja.
Justeru itu,saya ingin menyeru kepada PIHAK KERAJAAN NEGERI PERLIS supaya memasang padan tanda amaran KAWASAN KEMALANGAN dan juga,terangi kawasan tersebut dengan lampu jalan supaya keselamatan pengguna jalanraya dilaluan berkenaan dapat dipertingkatkan lagi.
Sekian,
JJ



antara ulasan orang orang lain di ruangan komen










Al-fatihah untuk mangsa yang maut dalam kemalangan pada 17/09/2018



Petikan berita



Tiga maut, kereta bertembung ketika ribut di Padang Besar

KANGAR: Sepasang suami isteri dan seorang anggota polis berpangkat konstabel maut dalam satu insiden melibatkan dua kereta di Padang Besar dekat sini malam tadi.

Kemalangan kira-kira jam 9.30 malam itu berlaku di Bukit Chabang, ketika kereta mereka bertembung dalam keadaan ribut.

Mangsa dikenalpasti sebagai, Hafiz Johari dan isteri, Siti Asmah Abdul Khalid, masing-masing berusia 27 tahun, menaiki Nissan Murano, manakala Muhammad Amirul Naim Aziz, 24 tahun, memandu Perodua Kancil.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Muhammad Halim Yatim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian kerana kemalangan itu berlaku ketika ribut dan hujan lebat.


Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar di mana sanak saudara dan rakan taulan mula berkumpul.



Menurut bapa saudara kepada Siti Asmah, Norshahril Md Yusop, arwah sedang sarat mengandung dan difahamkan dijangka melahirkan anak keduanya hari ini (Selasa).

Bagaimanapun kandungannya gagal diselamatkan.



Anak sulung pasangan itu berusia 4 tahun, yang turut sama berada ketika kemalangan, dilaporkan selamat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar yang ditemui berkata, anggotanya yang meninggal dunia itu dalam perjalanan pulang dari rumah mentuanya di Padang Besar.

Ketika kejadian, dia sedang menuju ke Seriab.

Difahamkan, isteri dan dua anak perempuan yang turut berada dalam kenderaan yang dipandunya selamat, tetapi anak sulungnya dalam keadaan kritikal.


Kata polis, ketiga-tiga mayat akan mula dibedah siasat pagi ini.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
kawan kat perlis pn ckp...jalan ctu gelap..dulu2 area bukit wang pun sama...banyak accident...
timah tasoh tu rajin gak lepak malam2..sambil agak betapa dalamnya ayaq dia..member siap ckp jom kita menyelam..
bnda mistik ni xyahla takut sangat dia pun makhluk Allah gak
innalillahiwainna ilaihirrojiun...tp ribut pun memainkan faktor terpenting kemalangan ..Allah Maha Mengetahui..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 08:50 AM | Show all posts
takziah utk family arwah..sian anak dorg jadi yatim piatu terus..  nyawa kita atas jalan raya ni 50-50 jer..hati2 jela semasa memandu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 08:36 PM | Show all posts
kebanyakan jalan kt perlis bahaya nya akak dpt simpulkan , point2 ni :

1. jalan lurus, contoh dari pekan arau nak pekan simpang empat, lurus je jalannya, bonggol pun takde, ramai speeding, tp kena ingat, banyak jugak org bawak motor main kuar je dr simpang, tu belum lagi traktor padi yg besar kuar masuk

2. tali air , hati2 jugak, mostly jalan takde penghadang, sekali nak elak, terus junam masuk tali air. contoh dari jalan pekan simpang empat nak ke jejawi.... sipi2 je tali air ngan jalan

3. pokok jati, merata jalan kat perlis ni ada pokok jati, tanam sejak zaman hamid pawanteh ngan shahidan kasim jadi MB lagi.........ni lagi bahaya, kalau nampak je accident langgar pokok2 jati tu, kete abis remuk, pokok nya tu tak tumbang pun, calar balar je... - 2 tahun sudah ramai bising, takde kontraktor nak potong pokok2 jati yg dah matang, pasal isu tender rasanya

4. kurang cahaya lampu. mostly jalan2 kg kurang cahaya lampu, ada reflector je, kalau ada lampu pun dekat2 kawasan umah orang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Area bkt chabang tu dh kawasan kmpung2 siam. Laluan kangar-pdg besar, jalan mmg kona2 sikit tang tu. Sejak dulu lg bnyk eksiden area tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:08 PM | Show all posts
area tu aku selalu gak lalu kalau nk pegi padang besar, carik pekasam kt area situ. so far takde la menyeramkan sgt pon. cuma korg jgn terkejut ye kalau lalu situ tetiba radio jadi radio siam. hahaha

cumanye ada satu time tu, aku naik motor, nak carik taman negara perlis. google maps tu bawak aku pi masuk kebun getah. dlm kebun getah tu ade rumah, rumah tu plak bela anjing. kene kejar ngan anjing la aku time tu. hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060642 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list