CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2547|Reply: 6

Sutan Puasa yang buka Kuala Lumpur, bukan Yap Ah Loy!

[Copy link]
Post time 19-9-2018 09:55 AM | Show all posts |Read mode
PERKAMPUNGAN Mandailing sudah pun wujud di Kuala Lumpur sebelum ibu negara Malaysia itu dibangunkan Sutan Puasa sekitar 1830, sekali gus menjadikannya sebagai tokoh yang membuka wilayah berkenaan.


Pengkaji sejarah dan penerbit dari Areca Books, Abdur-Razzaq Lubis, berkata fakta itu menjadikan Sutan Puasa sebagai individu yang bertanggungjawab dalam merancang dan membangunkan wilayah baharu berkenaan, sebagai pusat perniagaan dan ekonomi sebelum kedatangan British pada 1875.

Malah Sutan Puasa yang berasal daripada keturunan bangsawan di Tobang, Sumatera mendapat sokongan daripada orang Mandailing lain yang berada di sekitar Kuala Lumpur seperti Raja Asal dan Raja Bilah, selain kapitan Cina.

"Sutan Puasa yang dikenali juga sebagai Sutan Naposo, datang ke Tanah Melayu kerana lari daripada Perang Padri yang berlangsung di kampung halamannya dari 1803 hingga 1838.

"Sebelum Hui Siew diangkat sebagai Kapitan Cina pertama di Kuala Lumpur dan kedatangan Ah Sze Keledek, Sutan Puasa terlebih dulu berada di situ serta tinggal di lokasi yang kini dikenali sebagai Ampang Road (Jalan Ampang).

"Malah beliau yang menjemput Hui Siew dan Ah Sze Keledek untuk datang ke Kuala Lumpur dan sama-sama membangunkan kawasan berkenaan," katanya kepada Sastera & Budaya BH, di sini.

Abdur-Razzaq berkata, sekitar 1800 banyak penempatan baharu di Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain di Tanah Melayu dibuka oleh keturunan Mandailing.

"Antaranya Ampang dibuka Raja Beranang dan kawasan Bunus yang kini sebahagian Kampung Baru (Tok Bunus). Di Teluk Intan, ia mengambil nama wanita keturunan Mandailing yang membuka kawasan itu dikenali sebagai Mak Intan sebelum British menukar nama menjadi Teluk Anson.

"Apabila Perang Kelang tercetus antara 1867 hingga 1874, Sutan Puasa terbabit secara langsung apabila menyokong Raja Mahadi.

"Apabila pasukan Raja Mahadi tewas, Kuala Lumpur diserahkan kepada Kapitan Cina Kuala Lumpur ketiga, Yap Ah Loy yang menyokong Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad," katanya.

Abdur-Razzaq yang turut menulis artikel, Sutan Puasa The Founder of Kuala Lumpur yang diterbitkan oleh Jurnal of Southeast Asia Architecture 2013 berkata, pada akhir 1871 Sultan Puasa mengumpulkan pengikutnya di Hulu Langat bagi mendapatkan kembali Kuala Lumpur yang dikuasai Yap Ah Loy tetapi usaha itu gagal.


"Sutan Puasa melarikan diri ke Kelang tetapi kemudiannya ditangkap sebelum dipenjarakan selama setahun dan hanya dibebaskan dengan jaminan berjumlah 6,000 ringgit dan hukuman berkelakuan baik. Detik itu menyaksikan Kuala Lumpur di bawah penguasaan kepada Yap Ah Loy sepenuhnya.

"Kekeliruan fakta yang menyebut Yap Ah Loy atau Raja Abdullah sebagai pembuka Kuala Lumpur adalah disengajakan kerana ia menjadi persaingan antara etnik.

Sutan Puasa


Yap Ah Loy



"Hari ini waris Sutan Puasa masih ada dan masih tinggal di Kuala Lumpur antaranya ialah penyanyi, Datuk Sheila Majid," katanya.

Sumber:BH Plus




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 10:19 AM | Show all posts
adakah pihak berkenaa mahuubah sejarah dlm buku teks atau sekadar tgal sejarah shja?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2018 12:25 PM | Show all posts
mengikut kata di atas tu, sengaja di ubah untuk elakkan persaingan antara etnik (aku paham as bergaduh).
"Kekeliruan fakta yang menyebut Yap Ah Loy atau Raja Abdullah sebagai pembuka Kuala Lumpur adalah disengajakan kerana ia menjadi persaingan antara etnik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 06:51 AM | Show all posts
Bodoh. Mana ada kuala lumpur dikuasai sepenuhnya oleh yap ah loy
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 07:27 AM | Show all posts
chinta89 replied at 19-9-2018 02:19 AM
adakah pihak berkenaa mahuubah sejarah dlm buku teks atau sekadar tgal sejarah shja?

Dah nama pun Lubis. Nampak sangat agenda Mandailingnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 07:41 AM | Show all posts
Aku lagi caya cerita sis @revolusi_30 ini


Raja Abdullah yg buka Kuala Lumpur dan namakan Kuala Lumpur....baginda bermudik  dari Klang sehingga ke Sungai Klang, lebih tepat baginda berlabuh di belakang hotel Renaissance , dulu nya Kampung Chendana...yg ada jambatan gesel tu.  Baginda melombong bijih di Ampang ...lepas tu baru chai baginda datang...Sutan Puasa dan Yap Ah Loy ....Yap Ah Loy buka kawasan Pudu ke Selatan Kuala Lumpur.....Sutan Puasa buka tengah KL sehingga KL timur (Gombak dan Setapak)... Moyang akak pengikut Sutan Puasa, bermudik  dari Masjid Jamek (pertemuan sungai klang dan gombak)  menghala ke Selayang dan membuka selayang....tapak Masjid Jamek tu dulu kebun moyang akak sebelum diwakafkan menjadi masjid setelah dia berhijrah ke Selayang/Gombak  ....

Chai2 Yap Ah Loy pula terdiri dari Loke Yew yg buka cheras dan sekitar, Yap Kwan Seng yg jaga KL Tengah dan beberapa lagi..

Seteru Sutan Puasa, Tunku Kudin...chai Tunku Kudin, Abdullah Hukum la, yg membuka KL Barat...dari Bangsar, Brickfields ke Kerinchi....masa perang Klang , Raja Abdullah dan juak2nya berkubur dekat bukit nanas tu la ( KL Tower) ...baginda kalah.. tu yang nama nya tenggelam dek sejarah ...lagian pula Tunku Kudin tu memang tu Sultan Abdul Samad...tu yg naik tu ....

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1093154
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2018 10:29 AM | Show all posts
terpulang..aku share je benda yang aku rasa menarik..nak percaya ke tidak itu atas diri sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.427919 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list