CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10718|Reply: 49

Vida Merajuk, Aliff Syukri Penaja Gegar Vaganza 5?

[Copy link]
Post time 19-9-2018 11:17 AM | Show all posts |Read mode



Gegar Vaganza (GV) antara program hiburan yang dinanti-nantikan setiap tahun kerana ia menampilkan penyanyi otai yang pernah menggegarkan industri seni suara satu ketika dahulu. Selain penyanyi yang bergelar legenda, keletah Nabil dan Jihan yang tak kering gusi serta Tok Ram yang padu kritikannya, GV pasti tidak lengkap tanpa kelibat penaja utama iaitu Dato Seri Vida yang sentiasa 'merampas' mikrofon ketika slotnya turut memeriahkan lagi GV.


Namun, sejak terpalit dengan kontroversi hadiah aksesori yang tiada nilai yang dibongkarkan oleh Aisyah, Vida dilihat merajuk dengan program GV hingga setakat ini, pihak Astro masih belum mengadakan sidang akhbar GV5, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.



Bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan yang ada penaja kosmetik lain yang menaja, betul ke?



Kredit foto: Twitter







Kredit foto: Google




Netizen berandaian dengan penarikan diri DSV dalam arena GV yang menonjolkan namanya, ada individu lain yang akan menggantikan tempatnya. Namun ia masih menjadi tanya kerana tiada lagi berita daripada pihak Astro.



Biarpun kali ini ia agak suam-suam kuku kerana pelbagai kontroversi, namun adalah mustahil tiada penaja bagi program segah GV, maklumlah dikhabarkan pertandingan akhir tahun lepas, ratingnya mencecah 4 juta tontonan. Jadi, siapakah yang akan menjadi penaja tahun ini?







Biarpun begitu, desas-desus kuat menyatakan Dato Aliff Syukri adalah orangnya yang bakal menggantikan tempat DSV sebagai penaja utama. Segelintir netizen berpendapat, Aliff Syukri ataupun dipanggil DTL (Dato Terlajak Laris) lebih menjengkelkan berbanding DSV. Ini kerana Aliff membawa pendekatan LGBT yang sebenarnya akan lebih menyuburkan lagi gejala tidak sihat ini. Adakah rakan baiknya, Sajat akan muncul dalam mana-mana episod nanti?








Kredit foto: IG Aliff




"Adabi, KFC dan Digi pernah sponsor ya. Aku lagi rela kamera zoom in zoom out bucket KFC untuk 3 minit bagi mengisi slot penaja daripada nak hadap DTL yang try hard jadi meriah selama 3 minit."


Apa pun, kita nantikan petang yang bersejarah ini kerana akhirnya pihak Astro akan mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan barisan mereka yang terlibat dalam GV5 ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 11:24 AM | Show all posts
aik? kawan meols cakap hari ni sidang media GV5.. kawan meols tu pun dah start cari penyokong untuk team Safie Rio  harap-harap dapat sponsor mcm Vivo (Bigstage), baru nampak profesional..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 11:40 AM | Show all posts
harap nabil bole overshadow penaje2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolongla jgn DTL hurmmm tapi netiZen syg sgt dgn beliau nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 11:53 AM | Show all posts
mohon sajat & sorang lg tu tak diminta nyanyi di pentas utk lagu deme bobo di neraka tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 12:09 PM | Show all posts
Tapi kena akui, sebab Vida Gemuk ni jugak la sebenarnya wujud GV.
Kalau tak, Siti Nana masih mereput di Felda Sendayan, Queen Aishah jua masih kekal dengan bentuk tubuh sebelum join GV dan Queen Liza Hanim tak mengandung anak ke 5 kot

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau merajuk ke atau duit kau dah kurang nak sponser Vida oi?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 12:22 PM | Show all posts
sapa je artis yg masuk kali ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 12:25 PM | Show all posts
takde penaja lain ke selain dua ekor ni??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 12:26 PM | Show all posts
GegarVaganja replied at 19-9-2018 12:09 PM
Tapi kena akui, sebab Vida Gemuk ni jugak la sebenarnya wujud GV.
Kalau tak, Siti Nana masih merepu ...

tu tak dinafikan ... bukan sbb nak tgk retis je..memula tu i suka gak geletis tokvida tu...tiap2 minggu nak tgk she.. lama2 annoy la pulakk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2018 12:27 PM | Show all posts
Themilo replied at 19-9-2018 11:24 AM
aik? kawan meols cakap hari ni sidang media GV5.. kawan meols tu pun dah start cari penyokong untuk  ...


Ya, petang ni pc nya. sama2 kita nantikan


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 12:32 PM | Show all posts
iols peliklah kenapa tak ada penaja yg gah mcm MAXIS ,DIGI ,VIVO yg teringin nak menaja program nie.nak kata rating tak up tahun lepas dah cecah 4 juta tontonan ke nak jadi penaja program GV nie kena pakai tender ,,annoying weiii penaja over mcm tok aliff ,tok vida nie
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 12:40 PM | Show all posts
mak dara x nak sponsor?

jamu susuk dara?

ratu jamu mak si DTL?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 12:41 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 19-9-2018 12:32 PM
iols peliklah kenapa tak ada penaja yg gah mcm MAXIS ,DIGI ,VIVO yg teringin nak menaja program nie. ...

aku rasa DTL yg offer diri utk taja GV5 dgn harga yg tinggi...org mcm die kn sanggup buat apa sj utk glamer...astro bukan kisah pon janji duit masuk berjuta
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 12:44 PM | Show all posts
lee_sakura replied at 19-9-2018 12:41 PM
aku rasa DTL yg offer diri utk taja GV5 dgn harga yg tinggi...org mcm die kn sanggup buat apa sj u ...

betul kot tok aliff bayar lebih asalkan dia boleh tumpang popular..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 12:47 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 19-9-2018 12:44 PM
betul kot tok aliff bayar lebih asalkan dia boleh tumpang popular..

tgk la nanti mesti die angkut sajat ngan pondan indon tu utk nyanyi opening gv5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rhyno at 19-9-2018 12:58 PM
myakayina replied at 19-9-2018 12:22 PM
sapa je artis yg masuk kali ni?


kalau nak tau, bukak la benang GV5 yg i buat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ada live streaming ke press conference ptg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 12:55 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 19-9-2018 12:32 PM
iols peliklah kenapa tak ada penaja yg gah mcm MAXIS ,DIGI ,VIVO yg teringin nak menaja program nie. ...

Zaman skrg ni company besar kurang berminat.Better ambil celebrity as ambassador lagi berbaloi


ABPBH tahun ni pun penaja utama syarikat produk oem saja
Produk oem ambil pemenang ABPBH tahun lps sbg duta pun tak bantu increase sale



Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 12:59 PM | Show all posts
who cares pun kan
sesape je lah jadi penaja, asalkan pemenang dapat hadiah sudah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.103736 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list