|
|

TUMPAT - Seorang suami buntu menjejaki isterinya yang hilang dipercayai mengikut adik angkatnya.
Jaafar Abdullah, 56, berkata, kehilangan isterinya, Norashikin Halim @ Isa, 35, menyebabkan gangguan emosi kepada anak tirinya berusia 13 tahun.
"Kami sekeluarga bimbang sesuatu yang buruk menimpanya.
"Kehilangannya itu memberi gangguan emosi pada anaknya sehingga menjejaskan persekolahan.
"Kasih sayang ayah tiri tak sama dengan kasih sayang seorang ibu, anaknya ini perlukan kasih sayangnya," katanya.
Menurutnya, isterinya mengenali adik angkat lelaki berusia 20 tahun itu beberapa bulan lalu.
Katanya, dia menyedari isterinya hilang apabila tidak pulang selepas keluar pada 20 Ogos lalu ketika berada di kampung di Kelaboran.
"Isteri saya keluar dari rumah ibunya pada jam 10 malam dengan alasan mahu mengurut orang di kampung Geting.
"Dia tukang urut, dia ada beritahu saya nak keluar tapi saya tak sangka dia menghilangkan diri," katanya tinggal di Kampung Berangan.
Sehubungan itu, Jaafar merayu orang ramai yang mempunyai maklumat di mana isterinya berada agar menghubunginya di talian 0139273894 atau 0103185627. |
|