CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3149|Reply: 14

Haiwan Yang Paling Mewah Di Dunia, Kaya Macam Jutawan. Untung Lah!

[Copy link]
Post time 20-9-2018 10:40 AM | Show all posts |Read mode
1. Gunther IV - RM1.5 billion


                                                                                          
Foto kredit : Money Smart



Gunther IV adalah anjing German Shepherd yang mewarisi kekayaan daripada ayahnya, Gunther III.



Gunther III dipelihara oleh Karlotta Liebenstein, seorang bangsawan sehinggalah tuannya itu meninggal dunia pada tahun 1991 dan mewasiatkan harta kekayaan yang bernilai US$80 juta pada anjing kesayangannya, Gunther III. Beberapa bulan selepas kematian tuannya, Gunther III juga mati dan segala kekayaan itu jatuh pada anaknya, Gunther IV.



Gunther IV hidup serba mewah dan selalu terbang dengan jet peribadi ke seluruh dunia. Ia bukan sahaja mempunyai wang yang banyak tetapi juga beberapa rumah mewah, villa  di Italy dan Bahamas. Gunther IV mempunyai kolam renang yang dicipta khas untuk dirinya dan selalu memakai cermin mata hitam.



Nilai kekayaan Gunther IV adalah mencecah US$400 juta atau RM1.5 billion.




2. Grumpy -RM411 juta




Foto kredit : Money Smart


Muka bengis dan masam yang dimiliki seekor kucing ternyata membawa tuah kepada tuannya, Tabatha Bundesen. Beberapa hari selepas wajah Grumpy diletakkan di sosial media, Tabatha Bundesen sudah boleh berhenti kerja sebagai pelayan restoran kerana mendapat beberapa tawaran iklan untuk Grumpy.



Grumpy adalah "the face" untuk makanan kucing, friskies dan mempunyai jenama kopi sendiri iaitu Grumppuccino. Selain itu Grumpy juga mendapat tawaran untuk muncul dalam filem Grumpy Cat’s Worst Christmas Ever (2014).



Wajah Grumpy memang dilahirkan tanpa senyuman kerana ia dilahirkan kerdil dan mempunyai rahang yang rendah.

Kekayaan kucing Grumpy disebut-sebut mencapai US$100 juta atau RM411 juta. Akaun instagramnya @realgrumpycat mempunyai 2.3 juta 'follower'.








Foto kredit : Money Smart




3. Olivia Benson - RM399 juta




Foto kredit : Money Smart


Olivia Benson adalah salah satu dari kucing peliharaan penyanyi Taylor Swift. Namanya diberi sempena nama watak kegemaran Taylor Swift dalam drama siri Law & Order. Olivia telah membintangi iklan Diet Coke bersama tuannya, Taylor Swift dan menandatangani perjanjian bersama jenama kasut Keds dimana terdapat figuranya sebagai karakter di kasut itu.



Hasil daripada pengiklanan tersebut kekayaan Olivia Benson mencapai sehingga US$97 juta atau
RM399 juta.







Foto kredit : Money Smart




5. Sadie, Sunny, Lauren, Layla, dan Luke – RM120 juta




Foto kredit : Money Smart


Sadie, Sunny, Lauren, Layla, dan Luke adalah lima anjing yang dipelihara oleh Oprah Winfrey.



Kekayaan lima anjing ini jika digabung mencapai US$30 juta atau RM120 juta. Kekayaan tersebut diperoleh Sadie, Sunny, Lauren, Layla, dan Luke setelah Oprah mengambil keputusan untuk membahagikan harta yang dimilikinya.






5. Gigoo - RM62 juta



Gigoo adalah seekor ayam yang bertuah dimana ia mewarisi kekayaan sebanyak US$15 juta atau
RM62 juta
yang diwasiatkan oleh tuannya, Miles Blackwell seorang penerbit yang bergelar jutawan.



Walaupun mempunyai wang yang banyak, Gigoo tetap hidup seperti biasa di ladang keluarga tuannya.




Foto kredit : Money Smart




Bertuahkan? - CARI











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lol. Kaya haiwan2 ni lagi berduit dr smua org kat forum ni kih3.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols wonder siapa yg handle duit dia.. takde kes pnyelewengan duit ke {:question
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 11:03 AM | Show all posts
caption ayam win skali..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
rosasen: caption ayam win skali..hahaha


Ayam paling humble
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 11:54 AM | Show all posts
wow kayoooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2018 12:12 PM | Show all posts
sedap x grumpyccino?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 12:16 PM | Show all posts
binatang lagi kaya dari aku...hi untunglaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2018 02:30 PM | Show all posts
husie91 replied at 20-9-2018 10:58 AM
Iols wonder siapa yg handle duit dia.. takde kes pnyelewengan duit ke {:question

penyelewengan kemungkinan besar tu ade..cam Gunther IV tuh lifespan anjing german shepherd dalam 9-13thn, tapi Gunther IV tu dah lebih dari 25 thn..so mungkin Gunther IV yg ada skang imposter bukan yg betul sebab staff and caretaker semua nak maintain lavish lifestyle..diaorang mungkin ambik anjing German Shepherd yang lain..sapa yg tau kan..lain la kalau nak check dna ke apa...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 08:57 AM | Show all posts
ayam pun lagi kaya dari manusia
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 11:32 AM | Show all posts
Menarik, kasut keds tu lawa lah plak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Beruntung la haiwan2 ni. Kita pun tak sekaya depa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
haiwan lagi kaya dari manusia haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 09:59 PM | Show all posts
kiki tak tersenarai ker
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Net worth Taylor $400 juta. Net worth kucing dia jah $97 juta.............. baik jd kucing jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.089245 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list