CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2612|Reply: 5

Amaran Terkini METMalaysia Berkenaan Fenomena Garis Badai: Apa Yang Anda Perlu T

[Copy link]
Post time 20-9-2018 12:43 PM | Show all posts |Read mode

Sumber Foto: Pixabay / METMalaysia





Susulan kejadian kemalangan maut di Perlis yang berlaku sewaktu ribut melanda pada Isnin lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan fenomena garis badai.



Memetik laporan Astro Awani, Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip telah menasihati orang awam agar sentiasa waspada dengan keadaan cuaca semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan berada di lokasi yang selamat pada kadar segera, serta tidak mengambil risiko untuk memandu atau menunggang motosikal ketika cuaca buruk.





Sumber Foto: METMalaysia




Berikut merupakan maklumat umum mengenai fenomena ini yang dipetik dari laman sesawang METMalaysia.



Apa itu garis badai?


Garis badai (squall line) ialah istilah yang merujuk kepada fenomena barisan ribut petir yang bergerak. Barisan ribut petir ini membentuk seakan sebuah garisan di langit yang boleh menjangkau ratusan kilometer. Tempoh hayat garis badai adalah selama beberapa jam, mengatasi tempoh hayat ribut petir biasa. Berlainan dengan ribut petir biasa, garis badai berupaya mencetuskan kejadian langkisau (Whirlwind - satu fenomena di mana halaju angin meningkat dari halaju asal dengan mendadak sehingga melebihi 10 knot, iaitu bersamaan dengan 20km/j dalam masa kurang daripada 20 saat) dan hujan yang meluas dan terlampau lebat.



Sumber Foto: Blog KTTC Weather




Apakah indikasi kehadiran garis badai?


- Kehadiran awan yang jelas, iaitu jalur tebal awan kumulonimbus yang naik meninggi dan datang dari laut.
- Peningkatan kelajuan angin yang mendadak dan seterusnya menjadi langkisau apabila garis badai semakin hampir.
- Penurunan suhu yang mendadak.
- Kehadiran guruh, kilat dan hujan lebat di sepanjang laluan garis badai ini.
- Apabila ia tiba di daratan, haba pendam pemeluwapannya hilang dan ia juga melesap dengan cepat.
- Pengurangan kadar taburan hujan dan keadaan kembali normal kira-kira sejam kemudian.




Sumber Foto: Ihsan pembaca Berita Harian




Bilakah fenomena garis badai berlaku?


Garis badai selalunya terjadi semasa menjelang subuh dan awal pagi. Namun, garis badai kadangkala boleh terbentuk pada waktu petang dan bergerak ke daratan seiring dengan angin lazim. Ia paling kerap berlaku di antara bulan April sehingga November.


Bagaimanapun, menerusi temuramah terkini bersama Bernama, Mohd Hisham berkata bahawa fenomena garis badai yang berlaku baru-baru ini lazimnya berlaku pada lewat malam atau awal pagi dan tempoh hayat angin kencang dan hujan lebat adalah singkat berikutan pergerakan dan perubahan awan dari masa ke semasa.


Apakah kesan buruk garis badai kepada manusia?


Dalam keadaan tertentu, garis badai boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia melalui cara-cara berikut:
- Sel-sel ribut petir dalam garis badai boleh menghasilkan kilat dan hujan lebat yang menghasilkan banjir kilat dan angin kencang.
- Ricih angin yang kuat dalam awan telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa.
- Arus menurun dan menaik dalam awan mampu membahayakan pesawat ringan yang tidak dilengkapi dengan peralatan canggih bagi mengesannya.
- Ledakan menurun dari dasar awan boleh mempengaruhi penerbangan pada aras rendah terutamanya semasa pesawat mendarat.



Jangan pandang remeh fenomena garis badai


Fenomena garis badai tidak seharusnya dipandang remeh. Menurut sebuah artikel dari portal berita Weather.com, tahap ancaman garis badai harus dianggap setanding dengan puting beliung. Ini kerana angin kencang yang dibawa oleh garis badai berupaya menghasilkan kerosakan yang serius kepada apa jua struktur fizikal dan harta benda.  Oleh itu, elakkan dari berteduh di bawah pokok-pokok yang besar dan tinggi yang barangkali boleh tumbang apabila dilanda angin tersebut. Jika anda berada di kawasan lapang, segera cari kediaman atau bangunan bertutup yang berhampiran. Jangan berlindung di bawah khemah atau pondok yang terbuka.



Sumber Foto: Astro Awani






Sumber Foto: Pixabay





Inilah sebab mengapa METMalaysia menggesa orang awam agar berwaspada ketika fenomena garis badai melanda. Garis badai boleh menyebabkan kehilangan nyawa andai kita mengabaikan langkah berjaga-jaga dan memandang enteng akan kehadirannya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn kene angin lintang sudah. Mintak nyawa. Motorcycle riders hati2
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 01:47 PM | Show all posts
Gambar tu seram sangat. Macam ombak besar yang akan telan kita bila-bila masa
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kemalangan kat Perlis tu sebab garis badai ni lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 02:46 PM | Show all posts
Info berguna sekurang-kurangnya masyarakat tahu apa yang harus dilakukan ketika ia melanda.  Jadi kena sentiasa alert dengan persekitaran dan perubahan cuaca yang kurang baik sejak kebelakangan ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 02:50 PM | Show all posts
uish takut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.530002 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list