Filem Munafik 2 telah mencipta sejarah tersendiri apabila telah mencecah kutipan lebih RM40 juta dalam masa kurang dari 20 hari ditayangkan. Filem ini berjaya mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia malah di negara jiran, Brunei dan Singapura.
Seperti kebiasaan filem-filem yang lain, Munafik 2 juga tidak terlepas dalam menjadi mangsa jenayah siber. Ramai yang mengambil kesempatan untuk memuat naik dan berkongsi filem penuh ini secara haram di atas talian.
Perbuatan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mendatangkan kerugian, malah menjadi penyebab kepada kejatuhan industri perfileman tempatan.
Membantah sekeras-kerasnya perbuatan ini, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof serta pasukannya berkerja keras dalam membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini.
Menerusi posting di akaun Twitter miliknya, Syamsul menegaskan yang pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memuat naik filem tersebut di atas talian. Malah, menurut Syamsul, pihaknya telah pun mengambil tindakan terhadap empat individu yang melakukan kesalahan tersebut.
Foto : Twitter Syamsul Yusof
Surat peguam sampai depan rumah..
Foto : Twitter Syamsul Yusof
Padam sebelum pihak syarikat mengambil tindakan mahkamah..
Foto : Twitter Syamsul Yusof
Dalam pada itu ramai yang menyokong tindakan Syamsul dan berharap pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut akan dikenakan tindakan..
Orang lain bayar, senang-senang je nak tengok secara percuma..
Foto : Twitter Syamsul Yusof
Ha, kan abang Syamsul kita dah marah dah. Kepada mereka yang masih berdegil, bolehlah bersedia untuk menerima surat dari mahkamah ye. -CARI
|