Sejak meninggalkan kumpulan kultus Church of Scientology pada 2013, perjuangan pelakon terkenal Leah Remini adalah untuk mendedahkan segala penipuan dan salah laku pemimpin organisasi itu.
Salah satu caranya adalah dengan menerbitkan siri dokumentari Scientology: Aftermath.
Kredit Foto: Getty Images
Kejayaan siri itu meraih anugerah dan jumlah penonton yang ramai, sekali gus dikatakan telah meresahkan pemimpin Church of Scientology berkenaan.
Kredit Foto: CNN.com
Sumber RadarOnline menyatakan organisasi itu telah mula melancarkan serangan balas secara senyap dengan cara intimidasi. Terbaru, kumpulan itu telah memindahkan sebuah cawangan mereka dari Sherman Oaks ke Van Nuys, berhampiran studio di mana rancangan televisyen (TV) Leah Remini berlangsung.
Menurut RadarOnline, sumber Leah Remini mengesahkan ini adalah cara Church of Scientology menghantar isyarat kepada Leah bahawa setiap gerak-gerinya diperhatikan.
Kredit Foto: Dailymotion
Ketika dihubungi RadarOnline, Church of Scientology mengesahkan perpindahan pusat mereka. Walau bagaimanapun, jurucakap organisasi itu mendakwa rancangan perpindahan itu telah dibuat sebelum Leah Remini mula beroperasi di lokasi sama sejak Ogos 2017 lagi.
Malah, jurucakap itu menyindir Leah dan menyatakan 'mungkin Leah paranoid dan mengalani delusi kerana sering menipu dan mencari kontroversi'.
Kredit Foto: Variety.com
Jurucakap organisasi itu juga menuduh Leah pernah dua kali mencuba untuk memeras ugut mereka dengan permintaan USD500,000 (RM2,026,000) dan ASD 1 juta (RM4,052,000).
Leah bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan berkata semuanya akan dijawab dalam siri TV bahagian ketiga yang akan memulakan tayangan hujung tahun ini.
Leah menyatakan akan meneruskan perjuangannya walaupun mendapat ugutan daripada Church of Scientology. - CARI |