CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5435|Reply: 44

[Tempatan] Ubat gugur kandungan di jual secara online sebenarnya ubat rawat ulser perut

  [Copy link]
Post time 22-9-2018 10:44 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Pakar perubatan, Dr Rusyainie Ramli kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menjual ubat menggugurkan kandungan secara dalam talian terang-terangan.

Beliau mengesyaki ubat tersebut yang dijual menerusi laman sosial Facebook adalah misoprostol iaitu pil yang sering digunakan untuk menggugurkan kandungan menerusi kaedah perubatan.

Katanya, jenama yang mudah didapati ialah Cytotec.

Bimbang perbuatan tersebut semakin berleluasa, beliau telah melaporkan urusniaga ubat menggugurkan kandungan itu kepada Kementerian Kesihatan.

Mengulas lanjut di Facebooknya, Dr Rusyainie yang sememangnya aktif di media sosial dalam menyedarkan orang ramai tentang ilmu perubatan berkata, Cytotec yang mengandungi Misoprostol 200mcg adalah ubat terkawal berdaftar dengan KKM.

“Dan ia dikelaskan sebagai Racun jenis B yang boleh didapati di klinik swasta atau boleh dibeli di farmasi dengan preskripsi doktor.

“Cytotec diluluskan untuk kegunaan merawat ulser di perut dan duodenum. TAK BOLEH GUNA UNTUK BENDA LAIN,” katanya.

gugur2Bagaimanapun, beliau kesal kerana individu tidak bertanggungjawab yang digelar ‘makhluk’ itu telah menyalahguna pil tersebut sebagai kaedah untuk menggugurkan kandungan.

Dr Rusyainie juga melahirkan rasa pelik bagaimana ‘makhluk’ tersebut memperoleh ubat terkawal itu dan dari mana sumber mereka.

“Kalau yang diseludup masuk dari negara luar, tak berdaftar, mana tahu tercemar ke tak ubat ni dengan racun lain?” soalnya.

Beliau berkata, menggugurkan kandungan bukan seperti buang air kerana perbuatan tersebut sangat bahaya dan mempunyai komplikasi yang akhirnya boleh membawa maut tanpa pemantauan doktor dan fasiliti yang lengkap.

“Pendarahan dari rahim yang tak berhenti dan sakit abdomen yang teruk sangat, bukan benda main-main,” katanya menyenaraikan antara komplikasi penggguran secara haram.

gugur1Menurut beliau, perbuatan menggugurkan kandungan adalah salah di sisi undang-undang dan berdasarkan Akta 574 Seksyen 312 Kanun Keseksaan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Malah, katanya jika si ibu meninggal dunia, mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah  Seksyen 314 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

“Kecuali dengan sebab masalah perubatan, itu pun setelah mendapat persetujuan dua doktor, dan satu mesti Pakar Sakit Puan, dan dibuat di hospital, baru boleh diteruskan prosedur menggugurkan kandungan.

“Bukan beli dalam FB macam beli gula-gula timbang!” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2018 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
MAAJUN ASAL BOLEH

Banyak kali dah saya tulis pasal ni. Tapi netizen punya komen, memang boleh buat saya jadi pengsan dan tak bangun-bangun.

1. 'Saya makan ok je' - Ok je? Mana dia tahu dalam seramai-ramai yang dangkal yang makan jamu ni, manusia mana yang akan rosak jahanam organnya? Ke kalian ingat kalian kebal?

2. 'Tu mesti produk tiruan' - Hello! Produk yang asli pun tak berdaftar dengan KKM la. Jangan dok pusing konar baring cerita boleh tak. Produk sampah macam ni pun ada tiruan? Biar logik kat akal tu.

3. 'Ni mesti kurang minum air' - minum lah air bergelen sampai jadi 'water intoxication' pun, dos 'racun' yang ditelan tetap sama. Tu asas belajar kimia. Tak tahu takpe, tanya ahlinya, bukan bani jamu. Jangan dok buat pernyataan yang memang nampak tak cerdik. Kasihan ok.

4. 'Haid saya ok je lepas ambil jamu ni' - yelah. Sebab bahan dalam maajun tu katanya ada kacip fatimah. Kacip fatimah secara alaminya memang ada bahan aktif yang seiras adik beradik hormon oestrogen. Kita tak tahu berapa dos dalam tu. Pengambilan oestrogen berterusan tanpa pemantauan doktor, tanpa kehadiran progesterone, meningkatkan risiko barah payu dara & rahim. Liciknya tuan punya produk, eloklah pakat semua kena tipu.

5. 'Ni nak jatuhkan bisnes Melayu la ni' - ni lagi satu. Apa punya kenyataan mengarut ni. Hanya sebab tuan punya produk tu Melayu, jual produk macam ni pun kita kena sokong ke? Biar benar? Ni nak buat penghapusan etnik ke apa? Punyalah kan singkatnya pemikiran kita.

6. 'MAB tu kan produk herba, tradisional, mana ada bahan kimia' - belajar tak habis, tolong jangan komen macam ni. Air pun bahan kimia la. Yang bezakan bahan tu selamat ke tak, ialah dosnya. Siapa kata yang tradisional tu selamat? Bab ni pun saya dah kupas sampai naik bosan.

7. 'Ilmu Allah luas. Doktor bukan tahu semua' - ni memang minta kena sekeh. Memang la ilmu Allah luas. Sebab tu setiap orang kemahiran dan penguasaan ilmunya berbeza. Takkan nak baiki kereta rosak pergi cari tukang jahit baju. Landasan ilmu pun bani jamu ni tak faham, sempadan semua main sondol, lagi mahu cakap banyak. Ayat 'clichè' macam ni memang geli geleman saya baca.

JAMU JENAMA APA PUN MEMANG TAK PAYAH AMBIL. Berdaftar ke tak, tak perlu ambil. Saya dah ulas berjela-jela sebelum ni. Masalahnya, terlalu ramai netizen ni malas baca. Kalau baca pun, taknak hadam.

BILA NAK SEDAR NI?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213791828500543&id=1551720152

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215083416429434&id=1551720152

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214947363308191&id=1551720152

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215064089786280&id=1551720152

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214045928452883&id=1551720152

SEBELUM NAK KOMEN ATAU NAK TANYA, tolong lah baca semua pautan saya bagi tu. Tolonglah jadi netizen yang RAJIN.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 12:12 AM | Show all posts
macam iols sejak kahwin ni, iols amalkan minum air rebusan manjakani sebulan 3 kali.
agak2 marabahaya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dakewa replied at 23-9-2018 12:12 AM
macam iols sejak kahwin ni, iols amalkan minum air rebusan manjakani sebulan 3 kali.
agak2 marabaha ...

Ko makan anak tebuan sebenarnya.  Manjakani is sarang tebuan ekceli yang..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebegitu ka
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-9-2018 12:25 AM
Ko makan anak tebuan sebenarnya.  Manjakani is sarang tebuan ekceli yang..

Hahahhaha
Tingat kawan aku. Dia yakin jah bagi petua kat geng2 aku. Suh beli manjakani, tumbok.. Serbuk yg dh ditumbuk halus masukkan dalam kemaluan perempuan tu.. Nak bagi ketat.. Haddoi.. X gatall keee... Hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2018 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah apply kerja kerani akaun kat klinik area umah. Tapi doc dah serik xmo hire staff luar. Puncanya ex staff kantoi sokmo order pil gugur under nama klinik utk tujuan peribadi jual on9 gini la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dakewa replied at 23-9-2018 12:12 AM
macam iols sejak kahwin ni, iols amalkan minum air rebusan manjakani sebulan 3 kali.
agak2 marabaha ...

Ko bace penulisan dia:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2018 01:52 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-9-2018 12:25 AM
Ko makan anak tebuan sebenarnya.  Manjakani is sarang tebuan ekceli yang..

serious baru tau...  sebaek la masa pantang haritu tak terasa nak makan manjakani ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:03 AM | Show all posts

mekaseh sharing yang.
Alahaaaiii. nasib baik tak kene sengat dgn queen of bee gitew
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 23-9-2018 02:12 AM
eyansss replied at 23-9-2018 01:52 AM
serious baru tau...  sebaek la masa pantang haritu tak terasa nak makan manjakani ni...


Manjakani ni contoh terbaik untok buktikan berape galibelnye kita yang melayu ni.  Bila orang sebut 'buah', habis la kita2 ni ingat buah betol.  Siap pulak ade 'manja' dalam tu.  Ape lagi..  Siap la laki masing2 malam Jumaat nanti..

Tanin tu aku tak tau elok ke idak.  Kome terai le tanye Dr Rusyainie.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-9-2018 12:25 AM
Ko makan anak tebuan sebenarnya.  Manjakani is sarang tebuan ekceli yang..

OMG baru tau!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
termmasuk ubat aborsi yg dijual kt forum ni ke, hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ade org makan jamu buat sendiri sampai hati die rosak..dos tu yg bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-9-2018 01:32 AM
Ko bace penulisan dia:

Lagi satu follow Dr Imelda Bachin
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-9-2018 12:25 AM
Ko makan anak tebuan sebenarnya.  Manjakani is sarang tebuan ekceli yang..

Iols pon baru tahu lepas follow FB Dr Imelda Bachin. Mujo tak pernah ambik apa2 pon herbs ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2018 09:23 AM | Show all posts

the funny thing about calling one's self a sceptic is he or she always questions a thing but he or she him or herself cannot give a definite correct answer about the thing questioned......wakakakakakakkakakaka

sceptic konon...wakakakakakkakakak

awatnya nak gugoq kandungan ceq...tak berbapak ka...maklumlah...kawan2 yang duboq etis tu rajin sangat dok kata AMALKAN SEKS SELAMAT DAN LUAQ NIKAH....wakakakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 23-9-2018 09:30 AM

Shana Adam II puan.
1. Ni FB saya. And I am a doctor. Puan tengok cermin. Puan tu doktor ke? Nak mengajar orang bab perubatan la konon. Belajar medic ke?
2. Pengalaman puan? Hahaha. Nak dengar pengalaman i yang dah 15 tahun jadi doktor. Beribu2 pesakit sakit i rawat. I tak rawat orang guna pengalaman la puan. Tu orang tak sekolah perubatan yang buat. I ikut clinical practice guidelines. Ikut evidence based medicine.
3. Eh. Kalau tak tahu pasal antibodi bagai, DIAM! SHUT IT! Nampak sangat puan bebal. Puan tak tahu apa2 tapi berlagak tahu. Cakap pasal sains macam pandai. Berapa result SPM dulu?
4. Puan ni pemalas. I dah bagi link. Puan tak baca pun. I dah tulis pasal angin dan urat dalam links i bagi. PUAN TAK BACA.

Puan memang sah bebal. Bebal ialah untuk malhluk seperti puan yang dangkal, tak tahu fakta, tapi bila di bagi fakta, puan nak menang juga.

Saya dah 40 tahun ya puan. Belum sakit lagi. Tak payah perasan la. Puan pergi tengok FB i, umur i 31, i looked sangat muda. Yang penting, jaga diri. Annoying sungguh orang macam ni. Dok fitnah orang umur 40 tahun macam sakit nak mati.

Suami puan la kot nak cari lain kalau tak pantang. Not our husband. Hahaha.
___________________

Pompuan tu tengah sarat mengandung menunggu hari je boleh pulak kene tempelak camni.  Aku dah lost respek kat dia ni.  Kasi je lah dia rawat askar aje.  Untong2 boleh skendel..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pun dulu suka baca sharing doktor ni (dan prof imelda). Banyak ilmu berguna.

Cuma lately, bahasa doktor tentera ni makin, hmmm..agak kasar? Mungkin dia dah biasa dengan style percakapan ni (sebab dia kerja bawah kementerian pertahanan) atau mungkin dia dah naik fadeup dengan manusia jenis nak spoon feed atau jenis nak menghentam. Sebab apa, saya tak pasti.

Yang pasti, saya mula rasa yang doktor ni semakin agak kasar bahasanya. Kadang2 orang cakap politely pun, dia menyinga macam apa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-9-2018 09:26 AM
Shana Adam II puan.
1. Ni FB saya. And I am a doctor. Puan tengok cermin. Puan tu doktor ke? Nak m ...

Setuju! Doktor ni makin kasar bahasanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.142192 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list