CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1100|Reply: 17

[Dunia] Dr Mahathir masih bermimpi Proton adalah satu kejayaan bagi Malaysia.

[Copy link]
Post time 24-9-2018 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Dr M: Kerajaan tumpu pulih pentadbiran, kewangan negaraBernama -

September 24, 2018 9:44 AM


Mahathir Mohamad. (Gambar Bernama)

LONDON: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi perhatian kepada proses pemulihan negara dengan 2 tumpuan utama diberikan melibatkan pemulihan jentera pentadbiran yang dirosakkan dan kedudukan kewangan negara yang dibelenggu hutang besar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada sesi pertemuan dan dialog bersama hampir 200 rakyat Malaysia di United Kingdom semalam, Dr Mahathir berkata kerosakan kewangan negara dan jentera pentadbiran oleh parti pemerintah terdahulu boleh menyebabkan Malaysia hancur jika parti sama kekal menang pada pilihan raya umum ke-14 9 Mei lepas.

“(Malaysia) jadi kawasan ditakluk orang lain, kita hilang kuasa di negara sendiri,” katanya mengenai kesan kerosakan tersebut, sambil menambah rakyat memberi sokongan kepada PH untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) kerana ia tidak memberi tumpuan kepada kebaikan negara dan pembangunan negara serta masalah rakyat yang tertekan dengan isu kos sara hidup.

Dalam pertemuan yang berlangsung dalam rangka lawatan kerja peringkat pertamanya ke United Kingdom, Dr Mahathir berkata jentera pentadbiran negara dirosakkan sehingga mereka menjadi korup dengan terlibat dengan rasuah daripada peringkat tertinggi hingga rendah.




Beliau juga berkata jentera pentadbiran juga memihak kepada parti pemerintah hingga sanggup berkempen secara langsung dan terbuka untuk membantu BN walaupun mereka sepatutnya bersikap berkecuali.

“Kesetiaan mereka bukan kepada pemerintah tetapi pada parti yang memerintah,” katanya, sambil menambah ia tidak menepati kehendak perlembagaan negara yang jentera pemerintah seperti polis dan tentera harus patuh pada arahan kerajaan semasa tetapi bukan menepati arahan parti berkuasa.

Mengenai pemulihan kedudukan kewangan negara, Dr Mahathir berkata ia penting untuk dilakukan walaupun sukar dan berkemungkinan akan menyebabkan kerajaan menjual aset untuk mendapatkan wang membayar hutang.

Menurutnya, kerajaan terdahulu berhutang kira-kira RM1 trilion dan hutang tersebut perlu dibayar kerana jika tidak dibayar, negara mungkin akan bankrap hingga menimbulkan banyak masalah kepada negara.

“Kita kehilangan wang yang dihutang, kita tidak tahu di mana ia (wang) pergi, jadi kita tidak ada wang untuk bayar hutang,” katanya.

Dr Mahathir berkata bajet selalunya akan menjadi defisit kerana wang yang tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan kerajaan untuk pentadbiran dan pembangunan termasuk biasiswa untuk penuntut.

“Banyak lagi yang perlu diperbaiki, kalau diberi masa kita (kerajaan) akan dapat atasi masalah yang dihadapi,” katanya.

Pada sesi dialog yang turut mengutarakan mengenai biasiswa, Dr Mahathir berharap penerima biasiswa dapat mempercepatkan proses pengajian, dengan menjadikan Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein sebagai contoh yang menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dalam tempoh 2 tahun berbanding 3 tahun kebiasaannya.

“Kalau boleh kurangkan masa supaya boleh balik dan berkhidmat,” katanya yang menerima tepukan.

Pada pertemuan yang turut membangkitkan mengenai kereta nasional, Dr Mahathir menjelaskan bahawa pembangunan kereta nasional bukanlah untuk kebanggaan untuk mengadakan kereta nasional tetapi untuk memberi peluang kepada negara terlibat dalam kejuruteraan.

Beliau berkata membina sebuah kereta yang mempunyai 4,000 alat bukan mudah dan bukan sebarang graduan kejuruteraan boleh melakukannya jika mereka tidak praktis aspek kejuruteraan itu.

Melalui pembuatan kereta, katanya negara akan menguasai bidang kejuruteraan yang akan membawa kepada pembangunan bidang pembuatan yang memerlukan pelbagai kemahiran dan pengetahuan kejuruteraan.

“Ia bukan hanya tentang pembuatan kereta tetapi kejuruteraan kereta berpotensi membawa kepada rangsangan ekonomi,” katanya.

Dr Mahathir juga menolak cadangan bahawa Proton adalah kegagalan kerana pada satu masa di bawah pengurusan yang baik, syarikat kereta nasional itu mampu mengumpulkan RM4 bilion dalam rizab, yang dapat membina loji di Tanjung Malim dengan wang sendiri tanpa meminta bantuan kerajaan dan pinjaman bank.

Beliau berkata Proton telah berjaya sehingga ia memutuskan untuk membenarkan kereta asing masuk ke Malaysia tanpa batasan tetapi sebaliknya Malaysia tidak boleh menjual kereta di negara asing kerana mereka mengenakan syarat ke atas kereta Malaysia.

“Ia semua mengenai mengimport kereta mereka tetapi bukan mengeksport kereta kita. Sudah pasti jika anda tidak eksport kereta, anda tidak mendapat pertukaran asing. Jika anda terus membeli kereta asing maka anda akan kehilangan banyak wang setiap tahun,” katanya.

Mengenai cadangan kenderaan nasional ketiga, Dr Mahathir berkata kerajaan akan meminta sektor swasta untuk melaksanakannya kerana kerajaan tidak mempunyai modal untuk membiayai projek itu.

“Kemudian anda akan mengembangkan vendor, mewujudkan perniagaan menghasilkan alat kerana terdapat banyak bahagian (kereta) yang akan menawarkan pekerjaan untuk rakyat dan membuka peluang kepada perniagaan kecil-kecilan,” katanya.

Pertemuan itu dianjurkan Kelab Bunga Raya United Kingdom yang ditubuhkan pada 2016 bagi mendukung aspirasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain ahli kelab itu, turut hadir ke pertemuan dan dialog bersama perdana menteri itu ialah pemimpin-pemimpin pelajar di UK.

Dr Mahathir turut merasmikan Kelab Bunga Raya United Kingdom pada majlis it



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2018 10:38 AM | Show all posts

Bermimpi Ke Bernyanyok?

Lain tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 10:41 AM | Show all posts
kami tak mahu protun lagi

sekiannnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2018 10:42 AM | Show all posts

2 2...mimpi + nyanyok

Tapi pemikiran orang tua yang degil memang seperti tu.


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 24-9-2018 02:17 PM

harap harap  atuk tak buang tebiat. badan pun dah bau tanah. harap atuk tak selalu melatah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 02:27 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2018 02:41 PM | Show all posts
apa jadah proton...  jual mahal2 dgn kualiti teruk utk rakyat sendiri..  jual murah2 spec tinggi utk rakyat negara luar   .  so mimpi la rakyat nak sokong
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 03:00 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 24-9-2018 10:42 AM
2 2...mimpi + nyanyok

Tapi pemikiran orang tua yang degil memang seperti tu.



Tkejut aku baca reply ko mcm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2018 03:18 PM | Show all posts
Kau neh bercakap macam maksum yea, Madedead! Masa kau jadi fourth prime minister of Malaysial neh, kau bertanding berkempen pakai kempen parti mana yea? Kau lupa ker nyanyok yang ngkau tue penganut agama UMNO siap ada kultus lagi penjilat penyembah ngkau. Ada cerita kultus lagi pasal dia neh. Jibby tue cuma mengikut jejak ngkau jer, hanat
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 03:25 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 24-9-2018 03:31 PM
Bedah.Cun replied at 24-9-2018 03:18 PM
Kau neh bercakap macam maksum yea, Madedead! Masa kau jadi fourth prime minister of Malaysial neh, k ...




Mmg la Najib buat kerosakan...

Tapi TUN la yang membuka pintu bagi membenarkan kerosakan itu berlaku...


Sekiranya aku datang dari zaman 300 tahun akan datang dan boleh undur balik masa.....aku akan cantas tukang buka pintu tu dulu...


Tapi siapa yg x kenal TUN...ada 10 anak jari..15 anak jari dia tuding kat org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 03:40 PM | Show all posts
aku nak tgk je sambil tepuk2 tangan sambil mengkedarah popcorn.  puak2 PHitnah ni sedap sgt sombong menang secara menipu.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 03:49 PM | Show all posts
Politicians di Malaysia neh sampahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sekarang kerani pun pakai honda dadada
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 04:32 PM | Show all posts
buapakperut replied at 24-9-2018 04:18 PM
sekarang kerani pun pakai honda dadada

Honda Cub ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedara akak umur 20 tahun pun mak dia nak belikan perodua myvi berbanding proton. ..hehe. .budak.tu pun tak nak proton. ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 04:40 PM | Show all posts
Apa??? Keleta POTONG ka?? Haiyyaaa.. takmau laaa!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2018 08:24 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 23-9-2018 11:00 PM
Tkejut aku baca reply ko mcm ni...

Bab kereta porton saga memang saya sangat tak setuju dengan dr mahadir ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 08:27 AM | Show all posts
Tak habis-habis dengan obsession dia terhadap kereta....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.229107 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list