CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5370|Reply: 44

Pernah Lihat Lelaki Misteri Ini Dalam Mimpi Anda?

[Copy link]
Post time 24-9-2018 12:09 PM | Show all posts |Read mode

Carian Internet



Lakaran wajah lelaki dewasa pertengahan umur dengan mata gelap dan besar, kening hitam tebal bertemu di tengah, dan rambut atas yang nipis serta hampir botak ini dilaporkan telah dilihat oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia.


Semuanya bermula apabila seorang psikiatri melaporkan salah seorang pesakitnya menerangkan bagaimana dia bermimpi mengenai lelaki ini pada waktu malam untuk beberapa hari, di mana dia akan bercakap dengannya serta memberikan nasihat mengenai kehidupan peribadinya.


Walau bagaimanapun, dia mendakwa tidak pernah bertemu lelaki itu. Selepas diminta doktor untuk menggambarkan wajah lelaki misteri yang selalu muncul di dalam mimpinya itu, dia memberikan butiran berkenaan kepada seorang pelukis yang kemudian menghasilkan sebuah lukisan terkenal dan telah dikongsikan di media sosial, malahan turut dicetak di atas risalah dan poster.





Carian Internet



Kisah itu tidak berakhir di situ sahaja, terdapat seorang lagi pesakit mendakwa telah bermimpi lelaki sama di mana dia juga tidak pernah melihat lelaki terbabit dalam kehidupan sebenar.



Justeru, doktor membuat teori mengenai pengalaman mereka dan memberikan salinan lakaran wajah lelaki itu kepada semua rakannya yang merawat pesakit dengan masalah sama.



Mengejutkan, doktor lain mula menyedari pesakit mereka juga telah memberikan butiran wajah lelaki yang sama!



Pelbagai mimpi direkodkan; kadang-kadang ianya bersifat biasa, ada mimpi yang kelihatan seksual, dan ada di antaranya mendapat mimpi buruk mengenai lelaki tersebut.


Tetapi, kesemua mimpi itu merekodkan kehadiran lelaki misteri terbabit. Kadang kala, lelaki itu bersuara, ada kalanya dia hanya mendiamkan diri. Motifnya berbeza-beza di antara mimpi-mimpi tersebut, yang pastinya - lelaki itu selalu ada di dalam mimpi mereka.

"Saya melihat lelaki ini di dalam mimpi saya dan dia berpakaian seperti Santa Claus.

"Apabila dia muncul, saya berasa sangat gembira, sama seperti perasaan ketika saya masih kecil. Kemudian, dia tersenyum kepada saya lalu kepalanya mengembang seperti belon, dan terus terapung di udara. Tetapi, tidak kira betapa saya cuba menangkap dirinya, saya tidak mampu untuk mencapainya," dakwa seorang penulis.


"Saya telah melihat lelaki ini dalam tiga mimpi berbeza.

"Dia sedikit berbeza dari gambar itu, tetapi saya terus dapat mengenali dirinya. Dia muncul secara tiba-tiba dan hilang dengan cara sama. Mesejnya dalam ketiga-tiga mimpi saya adalah... 'Semuanya telah berakhir'," kata seseorang yang lain.






Carian Internet



Berikut mungkin saja antara mimpi yang paling seram pernah dialami mengenai lelaki tersebut.


"Dalam mimpi saya, saya terperangkap di dalam sebuah bilik dan sedang duduk di atas bangku. Berhampiran dengan saya ada sebuah set televisyen. Saya 'dikunjungi' dua lelaki yang saya tidak pernah lihat sebelum ini dan kedua-duanya terus menyerang saya.

"Saya terbangun dalam keadaan berpeluh dan mengalirkan air mata, lalu saya menjerit. Entah bagaimana kemudiannya saya terlelap sekali lagi dan mendapati diri saya kembali ke dalam bilik tersebut. Saya mula menjerit dan menangis.

"Kemudian, lelaki tersebut muncul di skrin televisyen itu. Saya memohon supaya dia tidak mengapa-apakan diri saya. Dia hanya diam dan raut wajahnya tiada ekspresi. Tiba-tiba, dia terus menoreh leher saya dan saya terus terjaga.

"Saya rasa dia sengaja membiarkan saya terbangun dari mimpi ngeri itu, tetapi saya tidak boleh berhenti memikirkannya selama berminggu-minggu lamanya. Saya masih mempunyai beberapa lakaran lelaki tersebut," katanya.



Sebuah teori mengatakan, lelaki ini sememangnya wujud di alam nyata dan dapat memasuki mimpi seseorang melalui kemahiran psikologi yang hebat.


Ada yang berpendapat, lelaki tersebut mempunyai raut wajah yang sama di alam nyata. Ada juga yang mengatakan sebaliknya.


Sesetengah orang pula berpendapat bahawa di sebalik lelaki ini ada pelan pemulihan mental yang dibangunkan oleh syarikat yang tidak diketahui.


Ianya mungkin sahaja imaginasi atau teori semata-mata, tetapi yang peliknya terdapat beribu lagi laporan yang menggambarkan lelaki ini sehingga tular di seluruh dunia.


Siapakah sebenarnya lelaki ini? Kenapakah lelaki ini begitu kerap memasuki alam mimpi manusia-manusia di seluruh dunia? Pernahkah anda bermimpi mengenai lelaki ini atau melihatnya? Kongsikan pengalaman anda di bawah, ya! - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2018 12:17 PM | Show all posts
He looks so gay
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 12:20 PM | Show all posts
Tak pernah pulak aku mimpi mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 12:31 PM | Show all posts
tak pernah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 12:52 PM | Show all posts
Iols pun tak pernah. Kokesen jer ker yang mimpi mamat ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 01:40 PM | Show all posts
macam Bert Sesame Street je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2018 01:44 PM | Show all posts
macam tak pernah jumpa je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 01:50 PM | Show all posts
sape mamat huduh ni? kenapa dia masuk dlam mimpi orang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2018 02:29 PM | Show all posts
xpenah..yg penting meollss pnah mimpi batista, KJ, salman khan tau..koser mamat kening shinchan ni meollss nak mimpikan..eeerrrkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah. Tapi sebab dah tertengok ni maybe ada kemungkinan termimpi soon {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 03:21 PM | Show all posts
tak sior teman nak mimpikan mamat nih...? sape dia nih suka suka nak suh orang mimpi dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 03:28 PM | Show all posts
"Saya melihat lelaki ini di dalam mimpi saya dan dia berpakaian seperti Santa Claus.

sape yg sambut kerismas je yg mimpi abg botak tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 05:05 PM | Show all posts
x penah mimpi dia sbb iols baca bismillah 21x pastu ngucap syahadah sebelum tido...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ensem pun sampi nk tringat2 dlm mimpi bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 05:44 PM | Show all posts
Tak penah, mimpi jeremy renner penah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 06:15 PM | Show all posts
tak pernah. kalau ada pun buat special appearance, mungkin ai buat derk jah... tak cukup hensem utk teringat2 hingga ke alam realiti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2018 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanx guys for all your hilarious comment yg mampu buatkan iols tergelak
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka citarasa kokusen....huwekkk pujaan paderi Maideen
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga akak tak termimpi dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
malam ni la kot mimpi mamat ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.077302 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list