CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8409|Reply: 14

Minggu keberapa last dapat naik flight untuk ibu mengandung?

  [Copy link]
Post time 24-9-2018 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Hi, i nak tanya doctor / pakar perubatan / ibu yang pernah ada pengalaman naik flight sebelum bersalin. Sebab i plan nak bersalin kat hometown, bila last dapat naik flight? I punya appointment dgn doc dlm 3 minggu lagi so takut tak sempat tanya time tu, sekarang i dah 26 weeks.

I ada check dengan nurse & google, lain syarikat penerbangan lain tempoh & kena ada surat dari doc. Tapi saudara mara bagitau last naik flight bila kandungan 7 bulan. So, i confuse mana satu nak ikut. Sebab nak plan awal beli tiket, apply leave dan sebagainya.

Please help

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2018 01:33 PM | Show all posts
5 PERKARA IBU MENGANDUNG PERLU FAHAM KALAU NAK NAIK KAPAL TERBANG
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh ibu mengandung yang berhasrat menaiki penerbangan Malaysia mahupun antarabangsa.




1. BOLEHKAH IBU MENGANDUNG NAIK KAPAL TERBANG?
Dalam keadaan dalam kapal terbang, gegaran yang berlaku serta tekanan udara menjadi rendah apabila sudah berada beberapa ribu kaki di udara. Keadaan ini akan membuatkan ibu hamil tidak selesa dan boleh merangsang kelahiran pramatang lebih-lebih lagi apabila usia kehamilan sudah mencapai 36 minggu.


Oleh sebab itu, banyak syarikat penerbangan yang tidak mengambil risiko untuk membenarkan ibu mengandung yang menghampiri due date untuk berlepas. Walaupun polisi-polisi yang ditetapkan tampak melecehkan, ia dijadikan panduan bagi kebaikan penumpang juga.
2. POLISI SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA UNTUK IBU MENGANDUNG
Syarikat penerbangan tempatan mempunyai polisi yang berbeza untuk dipatuhi penumpang. Oleh itu, adalah tanggungjawab penumpang untuk memahami garis panduan yang ditetapkan sebelum bercadang untuk membeli tiket penerbangan.
i) AirAsia
Adalah tanggungjawab ibu hamil untuk memaklumkan usia kehamilan semasa memilih tempat duduk dan di kaunter check-in.
Antara syarat-syarat lain yang ditetapkan ialah:
  • Penumpang yang hamil mencapai usia 27 minggu perlu menandatangani borang Limited Liability Statement ketika proses check-in.
  • Bagi penumpang dengan kandungan mencecah 28 ke 34 minggu, penumpang perlu menyediakan surat kesihatan yang disahkan oleh doktor. Dalam surat tersebut perlu dinyatakan usia kehamilan. Surat yang dibawa tidak boleh melebihi 30 hari daripada tarikh perlepasan. Penumpang juga perlu menandatangani borang Limited Liability Statement.
  • Penumpang dengan usia kandungan 35 minggu ke atas tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang.
ii) Malaysia Airlines (MAS)
Penumpang hamil yang disenaraikan di bawah perlu mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor atau Jabatan Servis Kesihatan Malaysia Airlines sebelum berlepas.
  • Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 35 minggu bagi penerbangan antarabangsa.
  • Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 36 minggu bagi penerbangan dalam Negara.
iii) FireFly
Firefly membenarkan penumpang hamil untuk mengikuti penerbangan antarabangsa dan domestik dengan syarat-syarat yang berikut:
  • Penumpang yang hamil 36 minggu kebawah perlu mengesahkan kehamilan dan menandatangani borang ‘Release and Indemnity’.
  • Penumpang yang hamil dengan usia kandungan 36 minggu tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
  • Penumpang yang hamil dinasihatkan untuk memahami syarat diatas serta mengesahkan kehamilan secara tepat semasa check-in.
iv) Malindo Air

  • Penumpang dengan usia kehamilan 28 minggu perlu menandatangani borang ‘Release and Indemnity’ sebelum berlepas.
  • Penumpang dengan usia kehamilan 28 ke 35 minggu perlu menyediakan surat doktor yang mengesahkan tahap kesihatan. Surat doktor tersebut juga perlu bertarikh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh penerbangan. Penumpang juga perlu menandantangani borang ‘Release and Indemnity’.
  • Penumpang yang hamil 35 minggu keatas tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
3. DOKUMEN PENTING YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM BERLEPAS
Dokumen penting yang perlu disediakan sebelum berlepas ialah surat pengesahan doktor yang menyatakan status kesihatan anda dan usia kandungan. Ibu hamil perlu disahkan bebas daripada risiko komplikasi kehamilan sebelum dibenarkan untuk menaiki kapal terbang dalam waktu terdekat.
Antara ibu mengandung yang berisiko ialah yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal, penyakit sickle cell, masalah posisi uri yang berada di bawah (placenta previa) serta yang berisiko untuk melahirkan secara pramatang,  buku antenatal, rekod kesihatan dan imej imbasan ultrasound juga perlu dibawa bagi rujukan doktor dalam waktu kecemasan.
Pastikan dokumen-dokumen penting ini diletakkan di dalam hand luggage supaya mudah dirujuk pada waktu perjalanan. Pembelian insurans penerbangan juga digalakkan sebagai perlindungan daripada perkara yang tidak diingini.
4. PANDUAN PERSIAPAN MENAIKI KAPAL TERBANG BAGI IBU HAMIL
Keadaan badan kita tidak sama seperti luar waktu kehamilan. Jadi, perhatian khusus diperlukan lebih-lebih lagi ketika ingin berjalan jauh.
  • Bagi penerbangan melebihi 4 jam, ibu mengandung berisiko menghadapi deep vein thrombosis iaitu keadaan di mana kaki mengalami pembekuan darah akibat posisi kaki yang berada dalam keadaan rehat yang terlalu lama. Perkara ini boleh dielakkan dengan cara bangun sebentar dan berjalan sedikit sambil meregangkan otot dalam  setiap satu jam. Oleh itu, adalah idea yang baik bagi wanita mengandung untuk memilih tempat duduk berdekatan dengan laluan pejalan kaki bagi memudahkan pergerakan.
  • Waktu hamil ini memang mudah untuk terasa mual. Tambahan pula dengan keadaaan bertekanan rendah dalam pesawat lebih menyebabkan angin di perut dan menjadi tidak selesa. Oleh itu adalah dinasihatkan untuk elakkan makanan yang membuatkan perut angin seperti kekacang dan ubi. Walaupun ibu mengandung digalakkan untuk minum air dengan banyak untuk elakkan dehidrasi, elakkan pengambilan air teh, kopi dan minuman berkarbonat yang menyebabkan rasa mudah untuk terkencing.
  • Pilih pakaian yang selesa dan tidak terlalu ketat serta kasut yang lebih sesuai bagi melancarkan perjalanan. Dapatkan stoking kaki khas bagi ibu mengandung di farmasi berdekatan yang dapat membantu peredaran darah yang lebih baik.
  • Tempat duduk yang selesa adalah penting lebih-lebih lagi dengan penerbangan yang memakan masa berjam-jam. Pilih tempat duduk yang lebih besar dengan legroom yang lebih luas supaya lebih selesa. Impak gegaran ketika mendarat juga kurang terasa apabila berada pada bahagian tengah.
  • Elakkan memilih tempat duduk pada pintu keluar kecemasan.
5. WAKTU PALING SELAMAT MENAIKI KAPAL TERBANG KETIKA HAMIL
Pada usia awal kehamilan dalam 12 minggu ke bawah, gejala morning sickness memang mudah dirasai dan membuatkan badan menjadi tidak selesa. Lebih-lebih lagi dengan keadaan kabin pesawat yang bertekanan rendah. Jangan lupa untuk sediakan beg plastik untuk persediaan menghadapi rasa mual dan muntah.
Antara 12 ke 23 minggu, rasa mual semakin berkurangan dan badan menjadi semakin biasa dengan kandungan. Kemungkinan untuk lahir secara pramatang juga adalah agak mustahil dalam tempoh ini. Jadi ini adalah waktu terbaik untuk menaiki kapal terbang.
DAPATKAN NASIHAT DOKTOR UNTUK KEPASTIAN
Sebelum bercadang untuk menaiki kapal terbang, berbincanglah dengan doktor supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan, terutamanya apabila anda menghampiritarikh due date.
Prosedur ini amat penting bagi memastikan anda dan kandungan berada dalam kesihatan yang baik setiap masa



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai pena ikut domestic flight masa 7m 2w preggy
Susah pyh ambil surat doktor
Nan hado punn depa nak tgok. Myb masa tu ai preggy kurus je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2018 03:01 PM | Show all posts
GigaMom replied at 24-9-2018 02:39 PM
Ai pena ikut domestic flight masa 7m 2w preggy
Susah pyh ambil surat doktor
Nan hado punn depa nak ...

Yeke sis. Sepatutnya 7m tak boleh naik flight kan sebab yg i tau ibu mengandung boleh bersalin 7m & 9m. Correct me if i'm wrong

I pon naik flight ritu masa 6m, tapi dorang tak tanya pun mungkin sebab perut kecik kot
I plan nak balik dalam minggu ke 36 (9m) tak tau dapat ke tak. Sebab due i week ke 40 kalo i refer buku pink.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2018 03:01 PM | Show all posts
Edited by Chesire_Epilog at 24-9-2018 03:05 PM
GigaMom replied at 24-9-2018 02:39 PM
Ai pena ikut domestic flight masa 7m 2w preggy
Susah pyh ambil surat doktor
Nan hado punn depa nak ...
Eh, double post. Sorry
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 24-9-2018 03:01 PM
Yeke sis. Sepatutnya 7m tak boleh naik flight kan sebab yg i tau ibu mengandung boleh bersalin 7m  ...

U dress up yg bleh cover perut.
Fa tu semua bukan pay attention pun. Nk2 time bhimpit nk masuk tu.
So sila join org yg berebut2 dgn rakus masa nk masuk tu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
simple advice since you pun dan buat research kan. go and see your gynae and ask for the letter to say that you are good to fly

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2018 09:15 AM | Show all posts
kaksal85 replied at 24-9-2018 09:41 PM
simple advice since you pun dan buat research kan. go and see your gynae and ask for the letter to s ...

Yup, kalo ikutkan mmg gynae akan bagi surat tapi yang sy tau terpulang pada FA tu nanti samada dia akan bagi masuk ke tak even ada surat dari doc. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2018 09:23 AM | Show all posts
GigaMom replied at 24-9-2018 09:11 PM
U dress up yg bleh cover perut.
Fa tu semua bukan pay attention pun. Nk2 time bhimpit nk masuk tu ...

A'ha..nanti i cuba. Tapi kalo i refer peraturan kat atas tu, by hook by crook i kena balik juga sebelum minggu ke 36. Maksudnya i kena ambi leave awal sebulan

Kalo tak lepas kena pakai jalan darat la, 10 jam. Tak sanggup i
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 25-9-2018 09:15 AM
Yup, kalo ikutkan mmg gynae akan bagi surat tapi yang sy tau terpulang pada FA tu nanti samada dia ...

oh. tawakkal je la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2018 08:51 AM | Show all posts
I dah tanya staff Air Asia, seperti dalam polisi mereka last dapat fly 34w 6d, kalo dah masuk 35w dorang tak terima dah. So same goes to MAS, 35w.

Thanks u'ols! Selamat bercuti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2019 10:58 PM | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 4-10-2018 08:51 AM
I dah tanya staff Air Asia, seperti dalam polisi mereka last dapat fly 34w 6d, kalo dah masuk 35w do ...

salam
how did it go, your pregnancy?
ok kah semua eg delivery etc?
update lah kami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2019 10:05 AM | Show all posts
ipes2 replied at 28-4-2019 10:58 PM
salam
how did it go, your pregnancy?
ok kah semua eg delivery etc?

Hi doc!

Sorry lama tak buka forum. Busy with work and parenting!

My delivery went well after bertarung 16 hours dalam labor room sebab takda bukaan. Trauma juga sebab sakit contraction tu yang tak dapat tahan but after ada bukaan 7cm, i terus push and the doc compliment i pandai teran. She said lepas ni pregnant lagi ye. I was like 'noooo' haha.

So now my boy is 4mo and he is our bundle of joy


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 02:13 AM | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 4-5-2019 10:05 AM
Hi doc!

Sorry lama tak buka forum. Busy with work and parenting!

alhamdulillah and congratulations
hah? 7cm dah push kan?
koyak baru tau

semoga he / she will be bring you happiness all your life and may he / she be of a great person insyaAllah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2020 11:59 AM | Show all posts
ipes2 replied at 5-5-2019 02:13 AM
alhamdulillah and congratulations
hah? 7cm dah push kan?
koyak baru tau

Yup, 7cm dah push coz xtahan contraction tu. Doc pun cakap nnt dinding rahim pecah.Thank you doc! Now im expecting no 2 Unplanned haha.

Sorry lambat reply

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.086933 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list