CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheesysauce

KISAH 5 # Ayah Dan Hamdan (2) : update 11 nov

  [Copy link]
Post time 2-11-2018 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik TT....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 01:02 PM | Show all posts
tq TT. awesome sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aku nak tegaskan lagi sekali. "aku" dalam cerita ni bukan mewakili diri aku. tapi mewakili nazira. kawan aku. aku gunakan katagantinama "aku" tu untuk memudahkan cerita. so zahar tu bukan abang aku la ye. tapi abang nazira kawan aku
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 03:35 PM | Show all posts
cheesysauce replied at 2-11-2018 02:44 PM
aku nak tegaskan lagi sekali. "aku" dalam cerita ni bukan mewakili diri aku. tapi mewakili nazira. k ...

yer yer..paham..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada smbgn ehh
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 04:15 PM | Show all posts
cheesysauce replied at 2-11-2018 02:44 PM
aku nak tegaskan lagi sekali. "aku" dalam cerita ni bukan mewakili diri aku. tapi mewakili nazira. k ...

ooo cikgu tu ke yg kene selama dia sakit tu dia g ngajar ke?

btw TT nak lagiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2018 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
menarik tt..kalau ada lagi..share la...ni tahap2 damm...flash...jokescop dah ni bab menulis..
keep it up ..ramai yang terhibur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
MYviHaZz replied at 2-11-2018 03:40 PM
Dah ada smbgn ehh

jemput baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 2-11-2018 04:15 PM
ooo cikgu tu ke yg kene selama dia sakit tu dia g ngajar ke?

btw TT nak lagiiiiiiiiiiii

haah. dah habis pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 2-11-2018 04:15 PM
ooo cikgu tu ke yg kene selama dia sakit tu dia g ngajar ke?

btw TT nak lagiiiiiiiiiiii

dia cuti. tunggu esok free aku update lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
awaynepian replied at 2-11-2018 08:01 PM
menarik tt..kalau ada lagi..share la...ni tahap2 damm...flash...jokescop dah ni bab menulis..
keep  ...

InsyaAllah n tenkiu. dorang dah tahap pakai pen. aku baru nak asah pensil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ayah aku lahir sekitar lewat 50an. selepas merdeka. masa remaja, ayah aku ni banyak bergaul dengan kawan kawan dia yang jauh lebih berumur. umur 15, berkawan dengan orang berumur 30 tahun.

zaman tu, kat kampung tak ramai yang pakai kereta. ramai yang pakai basikal aje. jalan pun tak ada. bila musim hujan, selut sana sini. bila pergi ke bandar,  naik bas, turun kat pekan kecil. naik basikal berpuluh kilometer baru sampai ke rumah.
jalan pulak kiri kanan hutan. memang tempat jin bertendang. bukan sedikit orang bercerita jumpa benda bukan bukan. salah satu nya jumpa mat tali perut. atau kalau nasib baik sikit jumpa dengan timah janda mulut merah (kisah ni akan diceritakan kemudian) jadi ayah kata seboleh boleh nya mereka memang elak kan dari melalui jalan masuk kekampung pada hari malam.

ayah aku cerita satu hari dia pergi ke bandar dengan seorang kawan. namanya hamdan. hamdan ni gagap orang nya. umur dah 30 lebih tapi belum kahwin.

nak balik tu nak dijadikan cerita, turun je dari bas, hujan lebat sangat. hari dah nak masuk asar. hamdan ajak ayah cepat kayuh basikal dan balik. basikal yang ditinggalkan di sebuah kedai kopi/ berhampiran pondok bas cepat dicapai.

tak sampai 5 minit mengayuh basikal, hujan lebat memutih. hamdan ajak ayah patah balik ke pondok bas. tunggu punya tunggu hujan tak nampak tanda mahu berhenti. baju mereka basah. mereka sejuk dan lapar. hamdan mungkin kesian kan ayah yang baru berumur belasan tahun waktu tu.

hujan mula renyai bila jam hampir pukul 6. disebabkan cuaca, hari cepat gelap. mereka tak bawa lampu suluh.

"macamana ni dan, hari dah gelap. macamana kita nak balik?"
tanya ayah. susah hati.

"aku fikir kita tak payah balik malam ni"
balas hamdan

"kau biar betul. mana kita nak tidur? ayah bertanya risau"

"takpe. kau jangan risau. kita tunggu malam" hamdan senyum.

cecah pukul 7, hamdan mengejutkan ayah yang tertidur di kerusi panjang pondok bas. pekan senyap sunyi. kedai semua dah tutup. ada beberapa kedai yang ada penghuni, nampak samar samar cahaya pelita miny ak tanah atau lampu gasolin.

"kau tau hasan, aku ada belajar sesuatu dengan arwah ayah aku. tak ade sapa tau aku belajar ilmu ni" kata hamdan.

menurut ayah, bapa hamdan memang orang yang dihormati di kampung. tentera jepun pun takut dengan ayah hamdan. katanya, ayah hamdan kalau ada yang marah kan dia, dia batuk, dan ludah ke tanah, lembik tulang temulang orang yang marah tu. pendek kata itu ilmu pendekar lama yang penuh rahsia.

zaman tu, cuma ada 1 jalan lurus di pekan tu. belum bersimpang siur macam sekarang. di kiri kanan jalan hanya ada deretan kurang 10 buah kedai papan. kebanyakan nya dimiliki peniaga berbangs cina. ada kedai runcit, kedai makan, kedai pakaian dan lain lain kedai asas. ayah capai basikal tapi hamdan membuat isyarat tangan melarang ayah mengheret basikalnya. ayah akur.

hamdan heret tangan ayah ke arah deretan kedai. mereka berhenti disetiap pintu depan kedai. ada kedai yang berpenghuni. ada yang tidak. suasana gelap. cuma cahaya bulan yang samar menyuluh mereka. hamdan tarik tangan ayah ke kedai paling hujung. kedai seorang cina. menjual barangan runcit. disebelah nya kedai gunting rambut. tidak ada penghuni.

"san, kau ingat pesan aku. biar pecah di perut. jangan pecah di mulut."

ayah mengangguk laju. di saat macam itu, apa saja kata hamdan, pasti ayah turut. ayah mati akal. akal nya sekelam malam itu. takut, risau, lapar, sejuk, semua ada.

hamdan pegang besi mangga di pintu kedai. pap..! mangga terbuka. seperti dibuka dengan kunci. ayah terpaku. hamdan tarik tangan ayah yang terpaku masuk ke dalam kedai. ayah dengar hamdan mengomel sesuatu kemudian hamdan petik jari. ada cahaya keluar dari jari nya. cahaya halus berwarna putih seperti cahaya lampu kalimantang. tetapi sangat halus. hamdan capai beberapa botol air soda. beberapa buku roti dan biskut kering.

hamdan tinggalkan beberapa keping syiling di dalam baldi yang di gantung berhampiran pintu kedai. kemudian hamdan tarik tangan ayah keluar.

hamdan pasang semula mangga pintu tadi. kelihatan seperti tidak ada orang pernah masuk ke dalam nya. mangga langsung tidak rosak.

hamdan tarik lagi tangan ayah ke seberang jalan. kejadian di kedai runcit tadi berulang. hamdan pegang mangga sebuah kedai india menjual kain baju. hamdan masuk dan ambil beberapa helai pakaian dan selimut. dan bayar.

kemudian hamdan menyeberangi jalan menuju semula ke pondok bas. berhampiran pondok bas ada sebuah dangau buruk bekas kedai makan yang tidak berpintu. cuma ada dinding separuh dan bumbung. hamdan bagi baju baju yang diambil tadi kepada ayah. mereka tukar pakaian. kemudian makan bekalan roti, biskut dan air soda yang "dibeli" tadi.

malam itu mereka tidur di dalam pondok itu bertemankan samar bulan, bunyi cengkering dan sesekali lolongan anjing.

mata ayah liat nak lelap memikirkan macamana jari jemari hamdan boleh mengeluarkan cahaya lampu. dan bagaimana mangga tadi boleh dibuka tanpa kunci
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2018 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 2-11-2018 11:49 PM
ayah aku lahir sekitar lewat 50an. selepas merdeka. masa remaja, ayah aku ni banyak bergaul dengan k ...

Sambung tt
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2018 04:38 PM | Show all posts
cheesysauce replied at 2-11-2018 11:49 PM
ayah aku lahir sekitar lewat 50an. selepas merdeka. masa remaja, ayah aku ni banyak bergaul dengan k ...

dah macam baca buku tamar jalis pulak.

nice tt.


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 2-11-2018 11:10 PM
jemput baca

Tq tt baru nak baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2018 09:45 PM | Show all posts
cheesysauce replied at 2-11-2018 09:49 AM
Abang Zaki menunaikan permitaan mak. Abang Zaki carigali habis maklumat mengenai pengirim dan peneri ...

alhamdulillah akhirnya abang zahar sihat dari gangguan dan mak tt juga sihat..happy ending
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2018 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
hamdan ni mesti menuntut ilmu mcm cikgu aku  dia bukak mangga xpayah kunci..sampai ke sudah aku ingat dia tipu..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 03:24 PM | Show all posts
awaynepian replied at 4-11-2018 07:59 AM
hamdan ni mesti menuntut ilmu mcm cikgu aku  dia bukak mangga xpayah kunci..sampai ke sudah aku inga ...

cer citea

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 10:16 AM | Show all posts
Baca kisah abang Zahar tu, kesian juga dia jadi mangsa nafsu serakah syaitan. Mujur dia dah sihat. Happy iols baca
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 11:24 AM | Show all posts
bila bc kisah TT ni nape aku nmpk mcm TT danmerung versi pmpn..sbb cite cite dia misteri not really seram tp seram la jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.072909 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list