CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheesysauce

KISAH 5 # Ayah Dan Hamdan (2) : update 11 nov

  [Copy link]
Post time 7-10-2018 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong sambung lagi tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2018 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi please TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2018 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada 3 lelaki asing bersama en Bahar. Seorang yang paling tua, pastilah ustaz abduh. berkain pelikat, baju melayu putih, berserban putih. Wajahnya putih kemerahan dan berseri kata Suzie. Senyum sentiasa Dan berair Muka tenang. Ustaz abduh tidak cergas sangat. sebelah kakinya Tak dapat berfungsi dengan baik. Mild stroke. 2 orang lelaki lain adalah anak lelaki Dan menntu ustaz abduh.

"Assalamualaikum anak anak.. saya ustaz abduh." Ini salam perkenalan dari ustaz abduh. Beliau sangat lembut Dan kebapaan kata suzie. Selepas bertanya khabar Dan bercerita, ustaz abduh minta izin datang semula selepas maghrib.

Sementara itu ustaz abduh menziarah sahabat2 lama nya yang masih tinggal disitu.

Sepeninggalan ustaz abduh, tiada yang berani ke bilik air. Bunyi amukan didalam bilik air sangat dahsyat. Bunyi baldi di hempas ke lantai. Bunyi segala perkakasan mandian di baling. Mesin basuh yang di letak di sebelah pintu bilik air tiba2 terbalik dengan sendiri.

Apa pun yang berlaku ustaz abduh berpesan jangan sesiapa tinggalkan rumah. berwuduk di sinki dapur sahaja sebab Tak berani masuk biliknair. Tak Ada yang berani masuk ke dalam bilik. Dorang berkumpul beramai2 di ruang tamu. Kata suzie, masing2 buat2 berani. Sedang dorang dok sembang2, tiba2 kipas siling berpusing sangatttt laju. Macam Ada ribut melanda. Masing2 berlari ke sudut rumah. takut kipas tertanggal dari siling. Salah seorang dari Dorang tutup suis kipas. Tapi kipas Tak berhenti berpusing.

Kak najwa Tak tahan. Terus call ustaz abduh. Ustaz abduh jawab "anak2 sabar lah.. ustaz Tau dia tengah marah. Dia cuma nak ustaz balik. Sabar lah sikit lagi. Dia takkan apa2 Kan anak2 semua. Jangan takut. Tak lama lagi dah maghrib"

Dorang kecewa. Ada beberapa jam lagi. Apa lagi lah dorang nak kena hadap. Tiba tiba kipas berhenti berpusing. Biasanya kipas siling ni bila Kita off switch dia, momentum dia akan Makin perlahan, perlahan, perlahan sampai lah berhenti. Tapi kata Suzie, kipas Ni aneh. Dia berhenti macam Ada seseorang tiba2 pegang bilah kipas Dan halang dari berpusing. Dorang lega. Takut oii kipas jatuh atas kepala.

Dalam 5 minit kipas berhenti berbunyi, tiba2 pintu bilik Cha Dan ain yang bertutup di ketuk dari dalam. "Bam!! Bam!! Bam!!

Ain pucat. Cha dah nangis. Suzie pun dah berpeluh2 menahan perasaan.. geng kakak kakak masih kelihatan tenang. "Bisinglah...!!!! Jerit kak salmi. Automatik bunyi hentaman di pintu berhenti.. sunyi. "Hihihihi..." Kedengaran suara wanita mengilai perlahan".. kemudian hilang.

semua orang mula stress. mental dah penat dengan permainan syaiton nirrojim ni.. akhir sekali dengar dengan jelas bunyi hentaman demi hentaman di dalam bilik suzie, kak jamilah dan kak salmi.  bunyi nyaring cermin tingkap di tutup dan di buka berkali2. dengar bunyi besi rak pakaian di baling ke dinding. bunyi cermin pecah. suzie kata mereka hanya mampu berpelukan. lak najwa tak benrkan sesiapa keluar darI rumah kerana memegang pesan ustaz abduh
tapi kata suzie kalau pun kak najwa izinkan mereka keluar, kaki dia dah lemah sangat. mengigil gila. nak merangkak pun dia dah tak mampu. ir mata saja mengalir tanpa dapat di kawal lagi. dia genggam tangan cha dan kak salmi. tangan cha sejuk macam air batu. kak salmi masih kelihatan tenang.

lebih 30 minit, amukan itu terhenti. tak lama kemudian kedengaran azan maghrib. hari mula gelap. tak lama kemudian ustaz abduh datang bersama anak dan menantunya. en bahar juga ikut. bersama seorang kawannya.

"assalamualaikum anak2. apa khabar?

ustaz abduh beri mereka sebotol air mineral dan minta mereka minum dan sapu kan ke muka "muka masing2 pucat sangat ni. minum air ni.. semoga pulih semangatmya.

kemudian kak najwa ceritakan kejadian demi kejadian yang mereka lalui hari itu. ustaz abduh kemudian bangun menuju bilik suzie. suzie, kak najwa, kak salmi dan kak jamilah ikut sama. ustaz abduh masuk ke dalam bilik. mereka yang lain masih takut untuk menjengah. suzie kata, aku agak mesti bilik tu dah jadi padang jarak padang tekukur. kak jamilah tarik tangan suzie. suzie jengah pintu bilik. ustaz abduh senyum. mak aih.. bilik tak berubah langsung. masih rapi. tersusun. pakaian tersusun cantik atas rak. langsung tak seperti yang di bayangkan. mereka keluar dari bilik. suzie kata, dia lega. sekurang2 nya anggapan nya bahawa dia kena kerja keras mengemas dah tak menjadi kenyataan.

ustaz abduh kemudian bentang sehelai kain putih agak besar di ruang tamu. di atas kain putih ustaz bentang pula sejadah. ustaz solat 2 rakaat dan sambung dengan zikir. semua orang menunggu penuh sabar. hampir jam 9 baru ustaz abduh bersuara.

"anak anak semua minta datang dekat ustaz."

suzie dan housemate lain berkumpul.

"begini, petang tadi ustaz dah cuba berkomunikasi dengan syaitan yang menganggu di rumah ni. tetapi dia langsung tak mahu bekerjasama dengan ustaz. jadi ustaz tak ada pilihan. ustaz mesti pinjam satu jasad kamu untuk ustaz seru dia datang. kamu akan dirasuk nya. itu saja cara ustaz mahu komunikasi dengan dia. insyaAllah ustaz berjanji selepas selesai semuanya, ustaz akan keluarkan dia dari tubuh kamu. jadi sekarang ustaz nak tahu. siapa yang sanggup pinjamkan jasanya?

suzie dan roommate lain saling berpandangan. cha geleng kepala. ain pun. kak jamilah tunduk. tanda tak bersedia. akhirnya kak salmi tawarkan diri.

ustaz abduh suruh kak salmi duduk di atas kain putihnyang di bentangkan tadi. sandar di dinding, dan luruskan kaki. ustaz abduh pakai sarung tangan plastik. tekan ibu jari kaki salmi sambil membaca ayat ayat suci. kemudian tekan tangan kak salmi. kak salmi terkebil kebil. memandang suzie dan kawan2 nya yang kerisauan. setelah beberapa kali ustaz abduh mencuba, ustaz berhenti.

"anak ni kuat amalan. dia tak dapat masuk."

en bahar ketawa perlahan.

"iyerlah ustaz. dia ni hafizah. mana maunya masuk. panasss.."

"ohhh patutlah." kata ustaz abduh

"ustaz minta kawan yang lain. jangan takut. dia tak akan lama. ustaz cuma gagal berkomunikasi dengan dia secara batin. kena jumpa dia berdepan. siapa mahu cuba?

kak najwa bangun. "saya cuba ustaz"

kak najwa duduk. kaki nya di luruskan ke depan. ustaz abduh mengulang semula perbuatan yang di lakukan kepada kak salmi tadi. sekali. gagal. dua kali. gagal. ustaz abduh ketawa kecil sambil geleng kepala.

"anak anak ni bukan sebarangan ya.. maaf ustaz minta kawan yang lain. yang inintak boleh juga ni. pendindingnya tebal sangat ni"

kak jamilah bangun perlahan2. mengambil tempat kak najwa. ustaz abduh mengulang lagi perbuatannya. memicit ibu jari kaki kak jamilah sambil membaca ayat suci.

beberapa minit kemudian, kak jamilah mendepa kan tangan dan mengibas ngibas tangan nya ke atas dan ke bawah. sekjap2 kepala di dongak ke atas.

ustaz abduh mengunci pergerakan kaki kak jamilah. dia langsung tidak dapat menggerakkan kaki.

en bahar memasang walkman dan meletakkan nya berhampiran mereka.

ustaz abduh mula berinteraksi dengan *kak jamilah

"siapa nama kamu"

"kau tak perlu tahu nama ku"

kalau aku tak tahu nama kamu, kamu akan kekal di dalam tubuh ini hingga hari kematiannya. kamu syaitan yang jahat. kamu takkan mahu kekal disini tanpa ke mana mana. ckaap siapa nama kamu"

"nama aku kupita"

baik. apa tujuan kamu di sini?

"aku sangat marahh!!!

kenapa kau marah?

"dulu kau ganggu tanah kami. kau pindahkan keturunan kami ke pokok besar. kau kata kami boleh tinggal di situ dengan aman. sekarang tiba2 kau musnahkan pokok tempat tinggal kami. anak aku cedera kerana perbuatan kau semua."

aku tak pernah melanggar janji. aku dah kata dulu, kamu boleh tinggal disitu selagi pokok itu ada. tapi kalau pokok itu dah tak ada, kau pergilah jauh dari kediaman manusia. pergi lah cari tempat air mengalir. itu yang aku dan kau dah setuju.. anak kau cedera, itu kan takdir. kau tahu manusia tidak dapat melihat kau. anak kau nakal menganggu kerja manusia

"arghhhhhhh... kak jamilah mengeluarkan bunyi yang aneh..'seperti burung yang besar. sendi tangan dan kaki kak jamilah berbunyi2 seperti sendi jari jemari dipatahkan. meletup letup. kedudukan sendi tangan dan kaki kak jamilah seperti terbalik. berputar putar.

"arghhhhhh... jerit kak jamilah lagi. "kau kacau tempat tinggal kami. anak aku cedera hampir mati kau kerjakan. kau semua memang sial....!!! jahanammmm!!!

kak jamilah cuba menggerakkan kaki.. tapi tidak berjaya. setiap kali ustaz abduh mengetuk lututnya dengan jari, kaki kak jamilah akan lembik buat beberapa ketika.. tangannya pula terus berkibar2 naik dan turun seperti burung sedang terbang.


"dia ni, dia ni, dia ni.. aku benci .. kak jamilah menuding jari ke muka kak salmi, kak najwa dan ain"

kenapa pulak? ustaz abduh senyum.

"dorang ni kuat mengaji. aku tak sukaaaa!!!

kalau kau tk suka kenapa kau nak tinggal dengan mereka?

"aku tak nak tinggal dengan doranggg.. aku benciii... dorang yang degil tak nak keluar..!! kak jamilah merengus

jari jemari kak jamilah mencakar lantai.

"beginilah. kau tinggalkan tempat ni. aku bawa kau ke tempat baru.. aku benarkan kau tinggal disitu sehingga ada orang lain yang dapat tangkap kau menganggu manusia. selagi kau tak menganggu, kau boleh tinggal di tempat baru.

"aku tak mahu"

kalau kau tak mahu, aku tak ada pilihan. aku akan patahkan sayap anak kau

jangannnnn!!!!

kalau macam tu kau kena pergi.

"kau janji hantar aku tempat yang bagus?

baiklah.

aku tak mahu tempat yang sunyi. anak ku takut.

kau ikut saja ke mana aku hantar. atau anak kau akan cacat aku kerjakan..

jangannnnn...!!!!

selepas beberapa ketika, syaitan dalam tubuh kak jamilah setuju mengikut ustaz abduh.

ustaz abduh arahkan anaknya memeriksa dan memastikan semua tingkap rumah di tutup.
ustaz abduh memasang sebatang lilin. lampu dan.kipas di tutup. ustaz abduh letak lilin di depan pintu rumah. lilin bernyala tenang.

ustaz abduh pesan, semasa lilin bergerak laju, baca alfatihah 1x, surah annas 1x dan baca ayatul qursi.

ustaz abduh berdiri di depan pintu. membaca ayat ayat suci. kemudian ustaz duduk di hadapan lilin. kak jamilah masih duduk di tempat tadi. kak jamilah tidak lagi agresif tapi matanya memandang mereka penuh marah. sesekali mulutmya terkumat kamit. membebel.

ustaz abduh masih membaca ayat ayat ssuci.

"lepas ini, bila api lilin ini condong ke arah pintu dan gerakkannya laju, anak2 semua baca surah2 yang ustaz cakap tadi. sebaik ustaz, dan anak menantu ustaz keluar, kalian tutup pintu. jangan buka sehingga esok pagi. sehingga ustaz telefon. en bahar keluar sekali dengan saya nanti ya. ingat walau apa sekalipun jangan buka pintu dan tingkap! tegas ust abduh

ustaz abduh minta sebotol air mineral dan beberapa biji limau purut dari anaknya. ustaz bacakan ayat suci ke botol air mineral dan buah limau purut tersebut. nanti selpas ustaz keluar, jamilah ni akan sgt lemah. jangan bagi dia makan dulu. bagi dia minum air ni, kemudian mandikan dia dengan air bercmpur dengan baki air dalam botol ni dan belah limau purut ni ke dalam air. jangan habiskan air ni. simpan untuk dia minum lagi nanti. kalau tak cukup, boleh tambah dengan air lain.

nanti selepas kami keluar, lilin akan padam. anak2 boleh buka lampu seperti biasa. tapi sekali lagi ustaz pesan. apa pun terjadi, jangan buka pintu atau tingkap.

ustaz abduh kemudian duduk di hadapan lilin smula. lilin sudah terbakar tinggal separuh. tangan ustaz di arahkan ke arah kak jamilah seperti sedang menarik tali yang panjang.

tidak berapa lama, api lilin meliuk laju.. sangat laju. tapi tidak terpadam. mereka sama2 membaca surah alfatihah, annas dan ayatul qursi. ustaz abduh bangun berdiri. anak menantunya ikut berdiri. en bahar dan kawannya juga.

tiba2 badan kak jamilah tersentak2. seperti di tarik dari hadapan atau di tolak dari belakang oleh seseorang.. kak jamilah kemudian lembik dn pengsan.

api lilin kemudian condong ke pintu. seperti ada angin yang meniup. tetapi api lilin itu tidak padam. api lilin semakin condong. akhirnya barulah terpadam.

sebaik saja api terpadam ustaz abduh bersusah payah bergerak dengan segera ke luar diikuti anak, menantu, en bahar, dan kawannya. pintu di tutup keras. rumah gelap dan terasa seram. bulu roma masing2 menegak. kak najwa bangun berlari membuka lampu. kemudian berlari ke arah kak jamilah.

betul. kak jamilah separuh sedar. kak najwa hulur air yg di berikan ustaz abduh tadi. kemudian mereka bantu mandikn kak jamilah.

selesai urusan memandikan kak jamilah tiba2 terdengar ketukan di pintu.

"cha..cha.."

cha menyahut "ya...!!

cha menuju ke arah pintu. kak salmi jerit. "chaaa.. jangan buka pintu" cha pucat. berlari semula ke arah kumpulan housemate yang sedang duduk mengelilingi kak  jamilah. "cha ingatkan hanan.. macam suara hanan (budak rumah 2)" cha hampir menAngis. "ingat cha.. ustaz dah pesan. apa pun jadi, jangan buka pintu atau tingkap.

malam itu masing2 tak berselera. kak najwa masak megi telur. mereka cuma makan sedikit. tiba2 pintu sliding door ruang tamu bergegar. gegaran kuat seperti yang terjadi sebelum ni..seperti ada seseorang yang mahu merempuh masuk. kata suzie masa ni aku rasa takde isi langsung dlm perut aku. kecut gila weyyy..

tak lama kemudian gegaran itu berhenti. tidak ada lagi gangguan sehingga pagi. pagi esoknya ustaz abduh telefon. katamya "anak anak dah boleh buka pintu rumah. bukalah dengan bacaan bismillah."

kak salmi buka pintu. rupamya ustaz abduh dan ada di depan pintu bersama en bahar dan anak menantunya.

ustaz abduh senyum. "alhamdulillah anak2 ni hebat semua. tahan diganggu. kalau orang lain dah lari tak jejak tanah"

"semalam ustaz dah bawa mereka ke tasik*******'. selagi mereka tak.mengAnggu, mereka akan tinggal disitu. semalam tu dia masih cuba balik semula ke sini. itu pasal ustaz tak bagi buka pintu. tapi lepas ni insyaAllah dah selamat.


en bahar minta walkman nya yang ditinggalkan semalam (zamaN tu record guna handphone belum ada. yang ada cuma rakaman mengunakan kaset) dia memasang semula rakaman kaset semasa proses mengubat semalam. semuanya kedengaran ok pada awalnya. sangat jelas.'apabila tiba part ustaz abduh menyoal kak jamilah, tiba2 saja  radio kecil itu meletup.

"biarlah.. dia mahu semuanya kekal sebagai rahsia. dia tak mahu malu kerana mengalah dengan kita."

ustaz abduh balik semula ke johor. suzie dapat kerja baru tak lama kemudian. cha pun dapat kerja baru. kak najwa kahwin pada umur yg lanjut jugak. aku yang temankan suzie ke majlis kawen kak najwa. cantik orangnya secNtik amalannya.

paling tak boleh blah, kak jamilah kawen dengan en bahar. jadi bini no2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyyy habis dah.
Seram betul ni TT...
Alhamdulillah dah berakhir..
Alahaiii Kak Jamilah...dah jodoh ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
best semua cerita tt..share lagi kalau ada
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 07:47 AM | Show all posts
Best..menunggu next stori dari TT...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2018 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 8-10-2018 10:47 PM
Ada 3 lelaki asing bersama en Bahar. Seorang yang paling tua, pastilah ustaz abduh. berkain pelikat, ...

Tgh kecut perut baca story tt..endingnya agat menejutkn. Jd wife no 2... kagum dgn k.najwa, ain n k.salmi
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la porem skrg ni, kalau nak tekan next x boleh.. kena pos juga..tensennya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2018 05:14 PM | Show all posts
cheesysauce replied at 8-10-2018 10:47 PM
Ada 3 lelaki asing bersama en Bahar. Seorang yang paling tua, pastilah ustaz abduh. berkain pelikat, ...

waaa best nye cite ni

ending xleh tahan plot twist.. kemain en bahar smpt ngorat kak jamilah


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 12:02 PM | Show all posts
lepas berdebar baca kisah TT ni berdekah aku ketawa part last
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
MAK ABANG NAK KAHWIN

zira kawan aku yang aku kenal masa kerja dulu. dia tak satu ofis dengan aku. aku kenal dia masa sama2 lepak makan kat cafe.

aku dalam cerita ni merujuk pada zira

===
aku ada 2 orang abang. aku anak bongsu. kami semua masih tinggal dalam satu rumah. semua belum kahwin. rumah kami rumah teres biasa. ada 4 bilik. jadi ngam2 sorang 1 bilik. ada 1 bilik kecil ayah renovate jadi stor kat dapur.

abang aku yg sulung kerja dengan 1 company kurier. namanya zaki. yang no 2 kerja cikgu sekolah namanya zahar

satu malam, abang zaki balik dengan satu kotak tak bertutup. dia kata dia dapat dari ofis. barang customer reject taknak terima sebab ada kesan sumbing sikit kat bahagian atas nya masa pengendalian courier. dah hantar balik kat sender, sender pun taknak dah. so bawak balik ke ofis untuk di nilai. kalau boleh jual, company akan buat lelongan. kalau tak boleh jual, akan dilupuskan. barang yang abg zaki bawak balik tu mmg bakal dilupuskan. tapi abg zaki dah berkenan. so dia ambik dan bawak balik. dia buka kotak dan tunjukkan pada kami. sebuah pasu antik. berwarna gelap. nak kata coklat tak coklat, hitam tak hitam. ada ukiran motif bunga yang tebal dan wanita sedang menari. memang cantik. aku cuba cari serpihan pasu yang sumbing dalam kotak. tapi tak ada.

pasu tu ketinggian dia +- 5 kaki. mak aku letak kat 1 sudut. dengan ketinggian dia, memang nmpk cntik dan mewah lah. mak aku memang suka bab hias hias.rumah ni. tu pasal abg zaki aku bawak balik pasu tu.

aku pun lama2 dah boasa dengan kedudukan pasu tu kat situ. tapi abg aku yg cikgu tu memang obses dengan pasu tu. dia pun sama minat ddngan mak aku, suka cantik cantik dan kemas. balik dari sekolah dia gilap hiasan2 mak aku yg merata rata. vacuum. memang berkilat2 lah.

satu pagi tengah kitorg sibuk bersiap nak g keje, mak aku kecoh pasu tinggi tu hilang. aku tak ambik pot sangat sebab sibuk nak gi keje. dalam hati ni kata pelik jugak mana pegi pasu tu. dalam dok bersiap tu perasan la abang zahar belum bangun. abg zaki pun kejutkan dia. ketuk ketuk tak bangun. ketuk lagi tak buka juga pintu. last mak aku datang. abang zahar ni lemah lembut. dengan mak memang tak pernah tinggi suara. mak ketuk pintu panggil nama sekali, terus dengar suara menyahut dari dalam. "orang demam la mak. mc"

kitorg pun keluar lah ke tempat keje masing2.

lepas waktu lunch, dalam pukul 3 macam tu, mak aku call. mak aku ni memang selalu la call aku kat tnpt keje. kadang 1 hari ada 2'3 kali call. mengadu hal rumah la. apa lah. maklum le aku anak pompuan tunggal

"adik"

"ye mak"

"mak risau la"

"kenapa mak"

"teruk sgt demam abg kau. panassss. nak bangun pun berpapah. ajak g klinik ambik mc pun tak nak"

"dah mak nak org balik ke?

"hurmm biar dulu. lagipun dah ptg ni. mak cuba lah lap badan dia dulu"

"ok mak"

aku pun teruskan keje mcam biasa. ingat dah ok lah kot mak takde call. kebetulan aku balik lewat sikit haritu ada keje banyak. lepas azan maghrib aku sampai rumah, rumah sunyi takde orang. aku call mak, tak berjawab. aku call abg zaki. rupanya dia dah bawak abang zahar g klinik.

mujur aku bawak kunci spare. masuk dalam rumah, lampu dapur je terpasang. baru nak melangkah masuk bilik, dengar bunyi pinggan mangkuk disusun. aku pun gerak ke dapur. agaknya mak. mak tak ikut ke klinik ke tadi? lupa pulak tanya abg zaki. aku jenguk dapur, ehh tak ada orang. so aku agak perasaan je la kot. sbb biasa time gini mak biasa kat dapur. nak patah balik ke dapur akan lalu 1 lorong. kiri lorong adalah bilik air ke2. kanan pulak bilik yg abah renovated buat stor. kesunyian senja ni buat telinga ni gatal dengar macam macam.. aku dengar ada bunyi2 halus dalam stor. tapi tak tergerak hati nak buka. mungkin lipas merayap aku agak.

terus buka lampu dan masuk bilik. bersihkan diri, solat. aku pegi semula ke dapur. kemas pinggan mangkuk yang dah kering, tengok makanan mak masak. dah siap hidang. awal pulak mak hidang makanan. dah sejuk pun. aku masukkan balik dalam periuk nak panaskan. tiba2 ada bunyi berdentum2 atas siling dapur. kuat sangat. siling dapur tu sampai bergegar aku tengok. haaa ni kucing jiran la ni. masuk bergumpal dalam siling. aku ambik penyapu, hentak siling dengan batang penyapu. aku hentak 2 kali, bunyi berdentum 2 kali. aku hentak 3 kali, bunyi berdentum 3 kali. last2 naik penat. lantak lah kau situ. aku sambung panaskan makanan. tengah siap2 nak hidang makanan, mak, abg zaki dan abg zahar sampai.

abg zahar terus masuk bilik. tidur. mulut mak riuh suruh semua orang solat maghrib. tapi aku selak langsir bilik abg zahar dia dah baring atas katil. tak sihat lagi agaknya.

lepas solat kitorg pun makan. abg zahar masih menolak taknak makan.

malam tu mak masuk bilik aku bercerita

"abang kau petang tadi, panik mak. tiba2 panggil mak minta tolong.

kenapa mak

"entahlah. dia merangkak je dari dalam bilik dia. tak larat nak bangun. mak tanya kenapa. dia geleng2 je. mak seret je dia pegi ruang tamu. dia sampai terkencing kat lantai. padahal baru lepas mak mandikan."

"uisy teruk tu mak. panas sgt ke badan nya"

"itu yang mak pelik. badan nya takde la panas mana. itu yg mak cepat2 pangggil abg zaki kau balik."

tiba2 mak nampak termenung jauh. macam fikir sesuatu.

"kenapa mak?

"hmmm takde apa lah zira. mak ni tgh fikirkan abang kau. harap2 lepas makan ubat dia baik lah. pelik2 kat rumah ni hari ni"

mak pun bangun nak keluar dari bilik aku. sampai je kat pintu mak pandang aku..

"zira, kan mak bising2 pagi tadi pasu besar yang abg zaki kau bawak balik tu hilang kan?

"haah.. kemana pasu tu mak?

"ada dalam bilik abang zahar kau"

mak pun keluar.

malam tu sebelum tidur aku nak jenguk abang zahar. tapi pintu bilik dia berkunci. aku pun masuk semula kebilik. sekitar pukul 3pagi, aku terjaga. aku dengar suara perempuan ketawa. ketawa yang manja. kemudian dengar suara orang berbual. mungkin abang zaki atau abang zahar tak boleh tidur n tgk tv. aku paksa lelap sampai pagi.

esok pagi aku nak keluar pegi keje, nampak abg zahar dah siap berbaju kemeja.

"eh.. sihat dah kau bang?

"dah" dia jawab sepatah dan keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 12:04 PM | Show all posts
cheesysauce replied at 18-10-2018 11:44 AM
MAK ABANG NAK KAHWIN

zira kawan aku yang aku kenal masa kerja dulu. dia tak satu ofis dengan aku. ...

alamak tengah best baca tetiba stop dah..bersambung ke sis??? hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 12:57 PM | Show all posts
suspennye cite baru tt ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2018 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
petang tu, balik dari kerja, aku terus ke dapur jenguk mak. mak tengah masak makan malam. sambil makan aku borak kosong. tiba2 abang zahar datang. ambil segelas air kosong. minum dan balik semula ke bilik. aku pun dia tak tegur. ada bau yang tak sedap pada abg bahar abang zahar kusut masai. rambut tak terurus. aku pelik jugak. sebab dia ni jenis sentiasa kemas. pakai baju pagoda dengan seluar sukan pun nampak bersih dan kemas je. mak pandang abang zahar. lama. aku pelik tgk mak pandang abg mcm tu.

"kenapa mak?

mak pandang aku. muka dia nampak risau

"tak ada apa. dah kau tolong mak angkat kain kat luar"

aku pun pegi.

dari luar aku dengar mak ketuk pintu bilik abg zahar. tapi tak ada jawapan.

"kenapa mak?

mak duduk kat aku. aku campak kain tadi atas sofa sambil nak mula melipat.

"mak rasa ada yang tak kena la dik. tapi tak tau nak cakap apa bendanya."

"eh mak ni main misteri nusantara pulak"

"betul dik. memang misteri"

"dah apa bendanya mak. ce cerita?

"abang kau tu. lain benar dia. sejak balik keja tadi terperap dalam bilik. dia keluar ambik nasi sepinggan penuh. bawak masuk makan dlm bilik. selera betul. habis nasi dia."

"laaa.. baru baik demam mak.. selera la"

"bilik dia berkunci aje. mak ketuk pintu pun dia tak nak bukak. ni selalu time macam ni, kan dia selalu tolong mak kat dapur. hari ni langsung takde tanya nak tolong apa ke. tadi g minum air tu. kau tak tgk rupa dia? kau tak cium bau dia?

aku diam je. tak tau nak komen. aku anggap abang aku tak sihat. baru nak baik demam. nak privasi. gitu je la.

sehari ke sehari, perangai abang zahar makin pelik. langsung tak bergaul. pegi keja baju pun tak gosok. bila kami balik keje langsung tak nampak kelibat. tengah malam bila orang dah tidur  baru dengar dia buka pintu bilik keluar. pegi dapur. rumah kami pun makin hari makin pelik. ada satu hari, mak call aku. bgtau ada ribut. tapi ribut dalam rumah aje. mak kata masa tu mak kat belakang. tengah nak masukkan pakaian dalam washing machine. (washing machine memang letak kat luar rumah bahagian belakang) tiba2 mak dengar bunyi angin kuat dalam rumah. serentak tu jugak pintu belakang yang mak sendal dengan stopper tertutup. terpelanting stopper getah. mak cuba tolak pintu tapi mcm terkunci dari dalam. bunyi kelentang kelentung dalam rumah. dalam 5 minit, bunyi riuh dari dalam rumah tu berhenti. baru pintu dapat buka. bila mak buka pintu, nampak keadaan rumah di ruanhg dapur ok je. masuk ke dalam, tgk makk.. ruang tamu berkecah. pasu pasu hiasan terbalik semua. bantal sofa berterabur. frame gambar dan frame2 hiasan mak semua senget benget. terduduk mak.

aku pesan mak jangan kemas dulu. tunggu kami balik baru kemas sama2.

petang tu aku balik awal. aku call abang zaki. abang zaki dah tau. mak dah call dia. call abang zahar memang dia tak jawab la skrg ni. aku dengan abang zaki berpakat sama2 balik awal dan tolong nak kemas rumah.

memang betul apa yang mak cerita. rumah macam kena landa tsunami. sofa2 mak dah susun elok. frame gbar yg jatuh dan pecah mak dah bersihkan. mak biarkan aje frame yang senget benget kat dinding nak bagi kami tengok. dah siap kemas dan susun, mak panggil aku dengan abg zaki masuk bilik dia.

"mak rasa ada yang tak kena dengan rumah kita ni lah" = mak

"kenapa mak? apa yang tak kena?" = abang zaki

"ni.. rumah sampai kelam kabut mcm ni kau tanya lagi apa tak kena? = mak

"mak tak tanya rumah acik sal dengan acik timah? kot dorang kena mcm kita? = aku

"mak takde la tanya direct. tapi petang tadi ada la borak2 dengan diorang kat luar. takde pun dorang cerita apa2. kalau ada mesti dirg dah kecoh" = mak

"hmm.. ye jugak" = abg zaki

"lagi satu korang tengok la zahar. apa pelik sgt perangai dia. berubah sungguh. balik keje berkurung dalam bilik. tengah malam baru keluar. pagi buta pegi keje tak tegur2 orang dah. aku ni sampai dah rindu nak tgk muka dia."

aku dan abg zaki pandang memandang. memang betul cakap mak. ketara betul.

skrg jom kita buka pintu bilik zahar. tengok apa aje keje dia dalam bilik tu. kata mak sambil pegang gugusan kunci.

mak menonong pegi ke bilik abang zahar. aku dan abang zaki mengikut dari belakang. aku tak setuju sangat sebenarnya. rasa mcm ganggu privacy abg zahar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 05:51 PM | Show all posts
cheesysauce replied at 18-10-2018 01:45 PM
petang tu, balik dari kerja, aku terus ke dapur jenguk mak. mak tengah masak makan malam. sambil mak ...

ahaiii.. ya ampunnn.. ok sabar .. cepat sambung yaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2018 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
baru je mak masukkan kunci dalam lubang kunci, tiba2 terdengar tepukan di pintu. sekali aje. mak buat tak tahu. mak pusing tombol dan tolak.

uwekkkkkkk... busukkkk.. dalam bilik abang zahar penuh gumpalan tisu berterabur sana sini. baju dan kain sarung berlonggok sana sini. mak kata sejak dia demam hari tu, dah hampir dua minggu dia tak letak pakaian kotor dalam bakul. dah dekat 2 minggu jugak mak tak nampak dia vacuum atau sapu bilik. tapi bau tu betul betul aku tak tahan. hanyir. busuk. nak muntah aku.

atas katil ada bayangan sekujur tubuh bergulung dalam selimut. mak petik suis lampu. abang zaki tarik selimut yang membalut tubuh abg zahar.. aku tutup muka. abang zahar tak pakai baju atau seluar. tengah sedap peluk pasu mak yang hilang.

"astaghfirullah...!!!!! kau dah kenapa ni zahar oiiii"

aku keluar dari bilik. aku mual. aku dengar mak paksa abg zahar pakai baju. tak lama lepas tu mereka bertiga keluar.. duduk di ruang tamu. mak suruh aku masuk kemas bilik abg zahar.

aku masuk bilik dengan penyapu aduh macam nak pengsan aku tahan bau. tengah aku menyapu dan kutip kain baju kotor tiba2 aku rasa rambut aku separas bahu yang diikat tocang di tarik dengan kuat. serentak tu pintu bilik yang aku buka luas tadi berdentum tertutup. aku tak tau sapa yang tarik rambut aku. tenaga dia luar biasa. dia seret aku dari tengah bilik sampai ke pintu. kepala aku di hentak ke pintu berkali kali. aku meronta nak lepaskan diri. aku dengar suara mak dan abg zaki menjerit suruh aku buka pintu.

tuhan je yang tau keadaan aku. kepala aku di hentak terus kat pintu. mujur pintu tu pintu plywood. kalau pintu kayu padu memang pecah kepala. tiba2 pintu terbuka dan rambut aku dilepaskan. mak kata abang zahar yang bangun dan buka pintu bilik dia. aku lemah. pintu bilik abang zahar merekah sikit kesan hentakan tadi. mak dan abang zaki bawak aku ke hospital. mujur aku takde kecederaan dalaman. tapi bengkak jugak kepala 4 5 hari. mc lah aku.

doktor bagi aku mc 3 hari sebab kepala aku memang benjol2. aku ingat lagi haritu hari khamis. aku mc. abang zaki ambik cuti. abang zahar tak pegi mengajar. puas mak ketuk pintu dia taknak keluar.

pagi tu mak panggil aku dengan abg zaki masuk bilik dia. kata mak keadaan abg zaki ni dah lain. tak  normal. mak nak bawak dia ke hospital.

mak buka lagi pintu bilik abg zahar. panggil dia keluar. aku terkejut jugak tgk abang zahar. muka kusut masai macam tak mandi sebulan. semalam aku tak tgk dia sgt sbb mak suruh aku kemas bilik dia. abang zahar tak bercakap sepatah pun. mak tanya dia buat bodoh aje.

mak suruh dia masuk dalam kereta, dia tetap duduk kat sofa. tak bangun2. abang zaki geram. abang zaki tarik tangan dia. pangggg abang zahar lempang abang zaki. mereka bergumpal.

"kau berambusssss.. jangan kacau aku.. jangan kacau bini aku.." abang zahar jerit

abang zaki : oiii bodoh..!! bila masa kau kawin. kau kalau kemaruk nak kawin pun jangan sampai menyusahkan orang"

abg zahar : aku tau kau cemburu sebab bini aku cantik lawa. kau dengki. kau nak bini aku kan? kau ingat kau tak tau?

mereka masih bergumpal di ruang tamu. habis pasu pasu hiasan mak terbalik. aku dengan mak tak tau nak buat apa. mak suruh aku panggil pak cik ayub dengan cik sal kat sebelah.

aku cepat2 panggil pak cik ayub. bgtau abang2 aku bergaduh teruk. pakcik ayub berniaga kedai makan. mujur masa tu dia dengan anak2 dia belum pegi kedai. doranglah yang datang leraikan abang2 aku.

kesian aku tengok abang zaki. muka dia lebam2. badan dia ada kesan cakaran kuku. ada juga kesan gigitan abang zahar. abang zahar pulak masih meronta ronta di pegang anak2 pakcik ayub

mak cerita hal abang zahar pada pakcik ayub, cik sal dan anak2 dia sambil menangis. pakcik ayub geleng kepala.

"ni bukan penyakit boleh berubat di hospital ni siti. ni penyakit jin syaitan ni" kata pakcik ayub.

"habis macamana ni bang. saya tak tau pasal ni semua. abang tolong lah. saya ni mati akal dah ni.

"mana bini akuuuuuu......!!!!!!! tiba tiba abang zahar memekik. menggelupur. 3 orang anak anak lelaki pakcik ayub habis ditolak nya. ada yang kena penendang. tapi dorang tangkas menangkap abang zahar semula.

abang zaki bangun nak lempang abang zahar tak sempat bila kaki abang zahar cua menendang.

"kau kalau kau berani kau datang. aku koyak2 dada kau. aku makan jantung kau. ada hati kau nak larikan bini aku sialllll...???

semua orang termangu mangu.. dah bila pulak abang zahar ada isteri?

pak cik ayub : kau ada halang dia nak kawin ke siti?

mak : tak ade bang ayub. sumpah.. dia tak pernah sebut pasal nak kawin. kalau dia nak kawin siti lagi suka.

mak dah mula menangis.

"lepassssss... aku nak bini akuuuuu.. mana korang buang bini akuuuu..."

"kauuu.. kau.. aku tau kau dengki. kau jeles dengan aku. aku tau kau nak bini aku. kau jangan harap. mati hidup balik kau takkan dapattt.." abg zahar menuduh abg zaki.

"macam ni lah siti. aku panggil orang aje lah tengokkan zahar. ni bukan main main ni"

haritu pakcik ayub tak berniaga. lauk pauk semua di simpan dan di hantar ke masjid berdekatan. jadilah majlis tahlil malam tu. lepas maghrib pakcik ayub datang dengan sekumpulan lelaki. 5 orang. ada yang berbaju melayu dan ada yang berjubah putih. seorang dari mereka berjubah putih berumur dan wajah putih bersih.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 08:07 AM | Show all posts
best citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:21 AM | Show all posts
Sambung pls... Suspense nk tau
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:02 AM | Show all posts
cepatlah sambung x sbr nk tau strusnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspennyaa... sabar tunggu update from TT.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.135371 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list