CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheesysauce

KISAH 5 # Ayah Dan Hamdan (2) : update 11 nov

  [Copy link]
Post time 19-10-2018 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
huiyoooooo
bestnye cita TT
lama tak baca cite best cam ni kat mps

TT please update secepat mungkin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 02:45 PM | Show all posts
OMG bestnya citer ko TT.. cliffhanger ni... tak sabar nak tau apa jadi kat abg zahar..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 04:00 PM | Show all posts
omagad.. tak sabarnya nak tunggu yg seterusnya ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tarikh dan masa mati seseorang tu rahsia Allah dari hamba2Nya, takda siapa tahu melainkan Allah juga. Untuk kisah intan.

Apapun penceritaan best. Nak baca sambungan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2018 10:07 AM | Show all posts
Dear TT

Kisah2 kau tulis, memang best. Kau ni pada aku, boleh ganti Dammerung (legend ni)...  Yg paling aku suka ialah cara kau menulis,, elok, punctuationnya betul. paragraph elok, dan gaya bahasa yg betul  & elok... pastinya kau bukan budak wechat hehehe...

Kudos.! ... 5 bintang la... keep it up... !

Cuma dlm cerita pasal rizal tu, memang benci betul dgn rizal pund*k tu... kalau boleh tak perlu la nak rahsia sangat asal negeri mana dlm cerita tu...

Suggestion.. nanti2 mungkin boleh buat susulan update .. apa dah jadi dgn rizal .. dan juga ayu tu? kesian dia...  mungkin juga ada kisah yg boleh di kembangkan iaitu kisah apabila ayu dah dibawa pulang.. kira TT ni jadi mcm reporter la kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 18-10-2018 09:51 PM
baru je mak masukkan kunci dalam lubang kunci, tiba2 terdengar tepukan di pintu. sekali aje. mak bua ...

Best pulak baca.xsabar tgu sambungan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2018 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sapeka replied at 19-10-2018 01:50 PM
huiyoooooo
bestnye cita TT
lama tak baca cite best cam ni kat mps

weekend ni banyak hal pulak. nnt aku update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2018 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pjade replied at 19-10-2018 02:45 PM
OMG bestnya citer ko TT.. cliffhanger ni... tak sabar nak tau apa jadi kat abg zahar..

tq sudi baca cerita aku. nanti aku update.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 19-10-2018 11:44 PM
Tapi tarikh dan masa mati seseorang tu rahsia Allah dari hamba2Nya, takda siapa tahu melainkan Allah ...

wallahualam. alam lain pun rahsia Dia dan mereka. nak komen lebih pun tak pandai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2018 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
k_a_a replied at 20-10-2018 10:07 AM
Dear TT

Kisah2 kau tulis, memang best. Kau ni pada aku, boleh ganti Dammerung (legend ni)...  Yg  ...

tq babe. jauh sgt aku dgn dam. idola tu. terima kasih sudi baca cerita aku.

btw aku ada gak terfikir nak cari ayu. sbb kmpg dia dengan aku dalam satu negeri. daerah je lain. berjiran. masalahnya aku lupa nama kampung dia.

insyaAllah ada kelapangan aku cuba.

aku mmg peminat cerita horror. selalu kalau jumpa org baru, ada je cerita2 macam ni yg aku simpan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 10:51 AM | Show all posts
terbaik lah tt .menarik gaya penceritaan tt
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabo nak tau apa jadik ngan abg tt tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 03:09 PM | Show all posts
cpt sambung TT oiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 05:58 PM | Show all posts
penuh kesabaran tunggu TT sambung ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 27-9-2018 03:17 PM
ustaz ikhwan tak putus asa. dia cuba kunci ibu jari isteri fattah (aku namakan isteri fattah ni inta ...

Allahu sedih nya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 01:38 PM | Show all posts
satu lagi benang yang best..teruskan tt..menarik sangat kisah2 yang awak share ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 03:20 PM | Show all posts
TT, update la.
Tiap hari iols buka thread ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2018 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sebaik sahaja lelaki berjubah itu duduk, siling rumah kami bergegar. bunyi melompat lompat kuat di atas. boleh nampak siling bergegar kuat. kumpulan lelaki tadi nampak tenang. mereka duduk membentuk bulatan dan saling berpegang tangan. lelaki tua tadi meminta baldi kecil dari mak dan diletak sibelahnya. kedengaran suara lelaki tua tadi mula membaca ayat ayat suci. abang zahar yang diikat pada grill tingkap kelihatan tenang. sehingga akhirnya aku dengar suara lelaki2 tu membaca sepotong ayat suci secara serentak dengan suara keras. mereka menamatkan bacaan dengan melepas pegangan tangan masing2 dan menepuk lantai. tiba2 lelaki tua itu terbatuk kecil dan memuntahkan segumpal darah.

pakcik tua
"maaf lah ayub. aku kurang yakin aku mampu merawat. ni petanda lawan aku ni bukan calang calang ni. aku cuba je lah ye"

pak ayub :
"takpe lah haji. haji ikhtiarkan lah mana yang boleh. kalau tak dapat sembuh sepenuhnya, dapat baik sikit pun tak apa"

aku pandang wajah mak. air mata mak mengalir. aku tau mak kecewa. aku pun kecewa. tapi aku masih selit sikit harapan. mana tau Allah bantu kami. kumpulan lelaki tu masuk ke bilik abang zahar. lelaki tua tu memerhati sekeliling.

"bilik ni penuh dengan perasaan jahat"

dia kemudian memegang kepala abang zahar. (abang zahar duduk di lantai, tangan nya di ikat pada gril, kaki nya diikat pada sebatang kayu secara melintang.

kami semua nampak. tangan lelaki tua tu macam ditolak sesuatu. tangan nya gagal menyentuh kepala abang zahar. kemudian dia membaca beberapa potong ayat. baru lah berjaya dia memegang kepala abang zahar. sebaik saja kepala dia dipegang, abang zahar mula meronta kecil.

"mana asal kau" ?

"asal ku kayu balik ke kayu. asalku manusia di puja puja. aku mencari manusia yang cinta. asal cinta aku setia. asal cinta aku beri segala." jawab abang zahar.

lelaki tua :"cinta kau dan cinta manusia tak sama. kita dari alam berbeza. balik lah. tinggalkan anak aku ni. dia tak cintakan kau. tapi kau yang paksa dia."

abang zahar ketawa. kuat sangat.

"kami janji sehidup semati.. mana boleh kau pisahkan kami..!!!" jerit abamg zahar

lelaki tua :
"kalau kau sayangkan dia,tinggalkan dia. dia tak kenal kau siapa. rupa kau pun dia taktau. umur kau berapa dia berapa. tak layak langsung kau dengan dia"

"dia kata aku cantikkkk"

"dia tak tengok rupa sebenar kau"

"dia sayang aku"

"dia tak tau kau siapa"

"lama aku terkurung. aku disisihkan. aku sunyi. aku bosan. dia yang ambil aku semula. sayangkan aku. kasih kan aku. cintakan aku. aku takkan tinggalkan diaaaaaa..!!!!

"tapi kau dan dia tak sama. kau pun tau. dia mesti hidup dengan cara dia dan kau dengan cara kau"

"kau jangan mimpi tua kutuk. aku bunuh kau kalau kau pisahkan kami"

abang zahar meronta ronta.

lelaki tua terus membaca beberpa potongan ayat ruqyah. tetapi abang zahar trrus mengamuk tak menunjukkan reda.
selepas beberapa lama,
lelaki tua bangun. keluar ke ruang tamu di iringi pak ayob.

"Ada Tak barang dari luar di bawa masuk ke rumah Ni?

"Barang macam Mana tu haji?

"Barang dari kayu. Yang di bawa masuk ke rumah Ni Tak ketahuan asal usulnya? Disimpan oleh zahar"

"Pasu haji. Pasu"
Mak bergegas masuk ke bilik abang zahar. Tak lama kemudian mak keluar bersama pasu yang di bawak balik abg Zaki.

"Ni haji" mak ringkaskan cerita penemuan pasu tu oleh abang zaki. mak juga ceritakan obsesi abang zahar terhadap pasu itu.

"Pasu ni ada penunggunya. Dipuja orang. Hantar lah semula kepada tuannya. Tak sesuai dia disini. Kalau boleh hantarlah cepat. Maaflah. Itu saja yang mampu Saya tolong"

Lelaki berjubah keluar Dari rumah selepas bersalaman. dan aku tak pernah jumpa dia lagi lepas tu.

Mak pandang abang zaki.

"Ki, tolonglah carikan tuannya ki"
Abang Zaki menggosok dagu.

"Zaki Cuba mak"

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik lah citer tt, tak sabar nak tau kesudahannya nnti, balik2 refresh benang tt nak tgk ada citer sambungan ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 05:28 PM | Show all posts
alaaaaaaa...... bestnya!! sila sambung cepat TT!!
terima kaseyyyy!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063619 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list