CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] BN boikot PRK Port Dickson

[Copy link]
Post time 25-9-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 24-9-2018 09:44 PM
utk elak kan madey terlalu berkuasa mungkin itu cara nya.. kaedah ni kita panggil 'lepaskan sekor  ...

aah konsep ni sama jugak lepaskan 1 jin sebab nak tumbangkan najib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2018 05:36 PM | Show all posts
'Kami bukan takut, cuma tak mahu membazir je'


KUALA LUMPUR: Keputusan Barisan Nasional (BN) memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bukan disebabkan takut kalah, sebaliknya tidak mahu membazir wang rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata lebih baik parti komponen terutama UMNO mengutamakan soal memperkukuhkan parti dalam usaha menambat semula keyakinan ahli dan rakyat.

Katanya, apa yang diputuskan semalam dalam mesyuarat bersama rakan komponen BN adalah tindakan wajar dan tepat.

“Keputusan memboikot pada saya bukan bermaksud BN takut kalah atau ingin memberi laluan mudah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Situasi ini tidak berbangkit sama sekali malah kita menghormati dan menyanjungi tinggi amalan demokrasi di negara ini.

“Bagaimanapun, secara sengaja mengadakan pilihan raya atas sebab mahu menjayakan cita-cita peribadi seseorang adalah tidak wajar sesama sekali.

“Sudah pasti PRK ini akan membabitkan penggunaan wang rakyat yang banyak dan pastinya menjadi satu pembaziran. Lebih baik ia digunakan untuk tujuan lain terutama menjaga kebajikan rakyat yang tertekan ketika ini.

“Justeru, keputusan BN memboikot dan tidak mengambil bahagian dalam PRK Port Dickson sebagaimana diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO adalah sangat wajar dan tepat sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas pengumuman Ahmad Zahid ketika sidang media di Menara Datuk Onn berhubung keputusan BN memboikot PRK Port Dickson.

Shamsul Anuar berkata, apa yang lebih penting sekarang adalah usaha meningkatkan keyakinan pemimpin dan ahli parti seluruh negara selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Baginya, usaha itu begitu penting berbanding meletakkan calon di PRK Port Dickson buat masa ini.

“Kepada ahli parti, saya harapkan kita fokuskan kepada tugas utama kita ketika ini. Perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli perlu terus diperkukuhkan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Booooo...penakut...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ckp boikot? Biar nmpk macho ka...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuar ni xlayak jadi pm, harap kalah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 25-9-2018 07:58 AM
zahid bodoh. parti xdak halatuju. mula2 cobaan nk jilat tun. xdilayan. jilat bang non. boikot konon. ...

I tazabarrr nk tgok otak Tun M vs mulut potpetpotpet bangnon. I suka sgat tgok org yg diam2 ubi berisi tenang2 je buat kerja2 rivalry mcm ni. Selalunya yg byak mulut akan dibenci dan kalah. We will see
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-9-2018 10:38 PM | Show all posts
UMNO Port Dickson kecewa tapi akur


SEREMBAN: UMNO Bahagian Port Dickson akur dengan keputusan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) yang sebulat suara memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dengan tidak meletakkan calon.

Ketuanya, Mohd Faizal Ramli, berkata walaupun sedikit kecewa kerana tindakan itu sekali gus memberi laluan mudah kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menang, tetapi mereka yakin keputusan itu adalah yang terbaik.

“Kalau boleh memang kami mahu BN bertanding dengan meletakkan calon yang setanding dengan Anwar untuk menang di kerusi itu.

“Tetapi pimpinan sudah membuat keputusan dan kami tidak akan sama sekali mempertikaikan keputusan yang dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu membuat keputusan memboikot PRK Parlimen Port Dickson dengan tidak meletakkan calon.

Selain tidak meletakkan calon, BN juga tidak akan mengerahkan sebarang jentera atau ahli sebagai menyokong mana-mana calon pembangkang atau Bebas.

Mohd Faizal yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang itu turut berpendapat PRK itu tidak sepatutnya diadakan semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

“Sepatutnya PRK hanya perlu diadakan jika kerusi itu kosong atau jika berlaku kes kematian, bukan sengaja dikosongkan hanya kerana memberi laluan untuk seseorang bertanding,” katanya.

Katanya, kebanyakan ahli UMNO bahagian itu juga menyatakan hasrat untuk tidak turun mengundi pada 13 Oktober ini kerana enggan terbabit dalam usaha peralihan kuasa itu menggunakan cara berkenaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2018 11:11 PM | Show all posts
Umno PD undi siapa? Hishammuddin bantah elak PRK
Diterbitkan 55 minit yang lalu pada 25 September 2018


JOHOR BARU, 25 Sept — Keputusan Umno tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson adalah satu keputusan di luar kebiasaan parti dan disifatkan akan mempunyai kesannya tersendiri pada masa hadapan.

Bekas naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini secara peribadi tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan partinya itu untuk tidak meletakkan calon pada PRK itu 13 Oktober ini.

“Ia (tindakan tidak meletakkan calon) tidak akan berakhir di situ. Ia akan memerlukan kepimpinan parti turun padang, menjelaskan kepada anggota-anggota kita di situ (Port Dickson) tentang apa yang mereka perlu buat apabila tibanya pilihan raya.

“Ia sama ada adakah mereka perlu mengundi pembangkang (pihak lawan), adakah mereka langsung tidak perlu mengundi atau apa akan terjadi sekiranya mereka mengundi pihak lawan kerana jika itu berlaku, mereka akan dituduh mengundi lawan yang akhirnya sebabkan mereka kena tindakan tatatertib mengikut perlembagaan parti,” kata Ketua Umno Bahagian Sembrong itu.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Bersama Umno Tebrau di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohammad; Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Samsol Bari Jamali dan Ketua Umno Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang.

Hishammuddin berkata beliau percaya anggota-anggota Umno di Port Dickson mahukan kepimpinan parti yang memberikan hala tuju jelas kepada mereka, dan malah beliau juga telah menasihatkan pucuk pimpinan agar berhati-hati dengan keputusan diambil. — Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 11:15 PM | Show all posts
Bagus gak boikot, walaupun aku x tau adakah boikot ni tanda protes atau tanda "sokongan" kepada Bangnon..

By hook or by crook Bangnon mmg patut ada dlm kerajaan, sbb tgk Atok dah makin ngarut....Bangnon bukan the best that we have, tp right now mmg no other choice dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 11:17 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 24-9-2018 08:21 PM
biar nuar menang. nk tgk akai mahathir cm.ne

Btol, nk tgk dasar pro-kroni Atok yg untungkan kapitalis vs dasar populis Bangnon yg mungkin ada laba gak utk marhein....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 08:31 PM | Show all posts
semoga cepat2 bang non take over dari madey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.058882 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list