CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14263|Reply: 11

Taman Ala Fairytale Hanya Di Kulim, Kedah. Seronoknya Bukan Main!

[Copy link]
Post time 24-9-2018 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Jika anda ke Utara dan sudah ke Avatar Secret Garden menikmati lampu malam ala-ala dunia avatar, apa kata kali ini anda berkunjung pula ke Taman ala Fairytale (atau dikenali sebagai Taman MBI DesaKu, Kulim)?



Perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang 45-50 minit  dari Avatar Secret Garden, Pulau Pinang ini menjanjikan satu perjalanan yang berbaloi untuk anda. Tambahan pula bagi anda yang sudah berkeluarga,  tempat ini akan memastikan anak-anak anda teruja melihat kartun-kartun dan superhero kegemaran mereka berdiri gah di sini.  



Kredit Foto : Internet

Ianya pengalaman dari penulis sendiri, tempat ini menjanjikan sesuatu yang dapat  meninggalkan detik-detik kenangan terindah kepada anda dan anak-anak. Penulis sendiri yang pernah berkunjung ke sini bersama anak buah turut berasa teruja, walaupun pada ketika itu pada jam 10 pagi tapi cuaca sudah mula panas.


Taman MBI DesaKu Kulim
Taman MBI Kulim terletak di Padang Meha, Kulim merupakan taman perumahan yang menjual rumah kepada pembeli dan bagi menarik pengunjung, pemaju telah membina taman unik ini sebagai daya tarikan dengan struktur reka bentuk yang menarik ala fairytale membuatkannya menjadi salah satu tempat kunjungan utama seisi keluarga dari sekitar utara dan tempat singgahan kepada mereka yang melalui jalan highway ke Baling, Kedah serta destinasi pelancongan pelancong dari luar Malaysia.





Kredit Foto : Internet

Bagi anda yang berkunjung ke sini, izinkan seketika anak anda bersama-sama dengan watak-watak kegemaran mereka dan mengkreatifkan diri dengan bergambar dalam pelbagai gaya bersama watak kesukaan mereka kerana kawasan  ini  sangat sesuai untuk anda bergambar, beriadah dan mengabadikan  kenangan terindah bersama anak-anak dan orang tercinta.






Kredit Foto : https://www.instagram.com/namirasidi/



Bukan itu sahaja, tempat ini juga mempunyai pemandangan pada waktu siang yang mana landskapnya dipenuhi dengan tumbuhan hijau. Ia sebenarnya sebuah taman yang mengandungi tiga taman bertema yang berbeza iaitu taman Kaktus, Jepun dan Fairy Tale. Bagi penulis, untuk anda yang menginginkan ketenangan  dan ingin menikmati waktu riadah bersama keluarga di waktu petang, di sinilah destinasi pilihan yana paling tepat.   






Kredit Foto : https://www.instagram.com/namirasidi/
Keluarga penulis bersama dengan beberapa tourist dari China .



Kredit Foto : https://www.instagram.com/namirasidi/



VIDEO TAMAN MBI DESAKU PADA WAKTU SIANG





Pada hari berikutnya pula, penulis dan keluarga sekali lagi berkunjung ke sini untuk menikmati waktu malam yang ditemani dengan lampu warna-warni menghiasi setiap pelusuk kawasan taman tema yang membuatkan taman tema ini kelihatan begitu ceria dan cantik.






Kredit Foto : https://www.instagram.com/namirasidi/






Kredit Foto : Internet
Tak payah susah-susah ke ICity lagi, cukup berada di sini. Restoran dalam kawasan ini pun tak kurang indahnya. Setiap bangunan dihiasi lampu seperti berdaya Tokyo  dan China pada waktu malam.



VIDEO TAMAN MBI DESAKU PADA WAKTU MALAM




P/S
:
ADA YANG SUDAH BERKUNJUNG KE SINI? JOM KONGSI PENGALAMAN ANDA. - CARI

















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2018 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti cantik malam2. tapi kartun2 tu nampak pprt plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
matkpop: mesti cantik malam2. tapi kartun2 tu nampak pprt plak

Okeyla tu dari takde . Bajet xlebat nk buat mcm kt obesi
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha bajet tak lebat tapi impian hebat. Itsss occayy asalkan jaga kebersihan yacchh!
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo nak bawak jalan2 tapi bajet tak berapa nak ada, ok la. Best tangkap gambar jela. Tapi tempat makan yg ok sikit banyak kat pekan kulim
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
erk tak nak la. dah macam ape totoro dan shrek itew.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2018 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawak aanak2 ni seronok tapi mengenangkan sesak pikir 2kali
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm iCity ...banyak liplap warna warni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la gi nanti
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 10:06 AM | Show all posts
cutenya..masuk list dulu..nanti2 boleh pegi
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 01:19 PM | Show all posts
laaaa... xtau pon pasai ni..

nti blk kpg bleh la p jenguk3
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 11:30 AM | Show all posts
Memang selalu pass tempat ni bila nak ke Baling..terbaik sebab free dan beertambah cantik pada waktu malam..kanak-kanak memang suka tempat ni..

Kalau nak ke Baling atau Kuala Ketil melalui Lebuhraya BKE, memang akan lalui kawasan ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.081000 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list