CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 1

[Tempatan] Jeritan jiran selamatkan warga emas

[Copy link]
Post time 25-9-2018 08:27 AM | Show all posts |Read mode



TANAH MERAH - Tindakan pantas jiran mengejutkan warga emas yang sedang tidur dalam pondok di Padang Siam berjaya menyelamatkannya dari rentung.

Dalam kejadian jam 3.48 pagi semalam, mangsa nyenyak tidur dalam biliknya ketika pondok itu terbakar.

Kebakaran disedari penduduk berdekatan yang bertindak menjerit mengejutkan mangsa sebelum dia tersedar dan keluar dari kediamannya itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Hanafi Mohd berkata, lima anggota bersama jentera dan tangki air dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di kawasan kebakaran mendapati, api sedang marak dan dua pondok serta sebuah rumah musnah dalam kebakaran itu.

“Pihak bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Nuri Mohammad dengan menggunakan air dari jentera dan tangki air,” ­katanya.

Beliau berkata, kebakaran itu memusnahkan hampir 100 peratus dua pondok dan sebuah kediaman.

“Dalam kebakaran itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kita masih menyiasat punca dan kerugian berhubung kejadian itu.

“Kita serahkan kes ini untuk tindakan lanjut unit forensik bomba,” katanya.

Hanafi berkata, pihaknya juga mengalu-alukan maklumat orang ramai berhubung kejadian itu bagi siasatan lanjut.            


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 08:27 AM | Show all posts
Takziah kepada owner rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.220475 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list