CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 560|Reply: 2

[Tempatan] Azmil jejaka sado rembesan acik kepam bantu atas dasar tanggungjawab

[Copy link]
Post time 25-9-2018 08:29 AM | Show all posts |Read mode



JOHOR BAHRU - "Rasanya tak salah kita ringankan tugas anggota keselamatan," kata seorang lelaki apabila bertindak membantu polis memberkas dua lelaki di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhampiran Taman Pelangi Indah, di sini, kelmarin.

Mohd Azmil Zabidi, 31, berkata, kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke kediamannya dari arah Kota Tinggi.

Menurutnya, dia sempat menyaksikan adegan kejar-mengejar antara suspek dan polis sebelum motosikal ditunggangi kedua lelaki itu terbabas di kawasan berhampiran.

"Keadaan jalan masa itu sesak sikit, tiba-tiba nampak polis sedang mengejar motosikal dinaiki dua lelaki itu, sebelum mereka terbabas. Saya berhentikan kenderaaan, bila lelaki itu nak lari terus saya bantu kejar dan tangkap.

"Kereta masa itu banyak, boleh kata orang pun ramai, tetapi satu pun tak turun hanya melihat sahaja. Saya ingat ini tanggungjawab sebagai masyarakat, rasanya tak salah jika kita bantu ringankan tugas anggota keselamatan kita," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Azmil yang juga seorang jurulatih kecergasan dan seni mempertahankan diri itu turut memberitahu, sempat menggunakan kebolehannya ketika cuba membantu polis dalam kejadian itu.

"Saya tolong tangkap saja, bukan tumbangkan dengan seni mempertahan diri atau apa, mungkin ada sedikit gunakan kemahiran kecergasan itu sahaja.

"Kebetulan, saya ketika pergi ke Kota Tinggi sebelum itu adalah untuk mengajar orang ramai bersenam, saya ada kelas kecergasan. Jadi badan ini memang bersemangat sikit," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 08:30 AM | Show all posts
Memang sado. Jurulatih kecergasan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 yg tgk tu pakcik2 tua, org ada asma ke, dari nk tlg tangkap suspek, dorg pulak yg kena serangan jantung pulak kang. Tmbah keje polis pulak. Btw, tahniah la dpt tangkap, x sia2 la otot kekar tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.067102 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list