CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 788|Reply: 5

[Tempatan] Kakitangan JPJ kini terlantar akibat kemalangan

[Copy link]
Post time 25-9-2018 08:30 AM | Show all posts |Read mode



PONTIAN - Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kegembiraan Rozita Paiman, 30, apabila suaminya Mohd Syamizar Mohamad Yahya, 35, dikunjungi Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid.  

Menurut Rozita, dia tidak menyangka suaminya yang kehilangan sebahagian tempurung kepala dan kini terlantar mendapat bayaran wang persaraan setiap bulan.

Menurutnya, Mohd Syamizar yang merupakan kakitangan JPJ di Kuala Kubu Selangor telah terlibat dengan nahas jalan raya semasa pulang dari tempat kerjanya dengan menaiki motosikal, dua tahun lalu.

Akibat kemalangan itu, suaminya kini tidak boleh bergerak dan bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas yang dimasukkan melalui tiub hidung.

“Bantuan peralatan pemulihan sebanyak RM13,000, bekalan lampin pakai buang dan susu formula khas telah diberikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada tahun lepas.

“Selain itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kulai tampil salur bantuan susu formula. Dianggarkan 15 tin susu formula khas diperlukan setiap bulan,” katanya.

Rozita kini menjaga suaminya sepenuhnya masa dan pasangan itu turut mempunyai seorang anak, Dhia Nur Iriesya Airis, 1.

Jelas Rozita, dia amat bersyukur di atas keprihatinan JPJ dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan bayaran pencen bulanan kepada suaminya.

“Selepas tamat belajar di Politeknik Port Dickson pada 2005, suami bekerja sementara di Kilang Perodua di Rawang dan seterusnya berkhidmat sebagai kakitangan JPJ.

“Namun segalanya berubah selepas dia terlibat dalam kemalangan. Saya reda dengan ujian ini dan mahu di samping suami menjaganya sehingga akhir hayat,” katanya.

Sementara itu, Shaharuddin berkata, bayaran pencen bulanan sebanyak RM470 diberikan kepada Mohd Syamaizar yang telah berkhidmat selama 9 tahun di JPJ.

Katanya, JPJ akan terus memberikan bantuan kepada Mohd Syamaizar memandangkan dia kini terlantar dan amat memerlukan bantuan.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 08:33 AM | Show all posts
Takziah kepada keluarga ni. Semoga Allah memurahkan rezeki keluarga ini.

Kos 15 tin susu khas untuk 1 bulan bukannya murah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga urusan suami dan isteri ini dipermudahkan. Besarnya dugaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 08:41 AM | Show all posts
Beberapa hari lepas saya juga nampak seorang dalam ward ynag kehilangan hampir sebelah tempurung kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:20 AM | Show all posts
Ya Allah kesianye muda lagi pulak tu

harap tabah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.075412 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list