CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 2

[Tempatan] Kelantan, Pusat sekata isu tanah Orang Asli

[Copy link]
Post time 25-9-2018 08:31 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersetuju dengan dasar-dasar dilakukan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu tuntutan tanah melibatkan Orang Asli di Gua Musang.

Timbalan Menteri, R Sivarasa berkata, Kerajaan Pusat dan negeri juga bersetuju menggunakan pendekatan sama berdasarkan kes-kes diputuskan mahkamah sebelum ini.

“Secara dasar, kedua-dua pihak sudah setuju berdasarkan prinsip yang diputuskan kes di mahkamah. Jadi kita bincang guna garis panduan itu untuk bantu kita selesai isu.

“Manakala Orang Asli juga akan guna prinsip sama untuk sediakan manakah kawasan yang mereka mahukan perlindungan,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Selain isu tanah Orang Asli, isu kemudahan air bersih dan pengurusan serta pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung juga turut dibincangkan dalam pertemuan sejam itu.

Sementara itu, pada sidang media sama, Mohd Amar berkata, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mempunyai pandangan sama iaitu mengiktiraf hak Orang Asli.

Malah, menurutnya, Kerajaan Pusat juga mengakui isu tanah merupakan bidang kuasa kerajaan negeri dan tindakan pewartaan juga melibatkan cadangan dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Alhamdulillah dari perbincangan itu banyak pada asasnya sama dalam isu Orang Asli. Cuma saya sebut di Kelantan ini kita tidak iktiraf tanah adat. Sebab tanah adat ini hanya di Sabah dan Sarawak sahaja.

“Pihak kementerian juga telah minta JAKOA untuk turun ke padang semula untuk mengenal pasti adakah kawasan-kawasan tersebut sesuai ataupun tidak. Tapi untuk penetapan kedudukan Orang Asli, itu memang kita akui.

“Sebab itu kita ada kawasan penempatan Orang Asli, kita memang tidak ganggu. Jakoa yang akan angkat kawasan-kawasan ini kepada kerajaan negeri. Kita akan tengok, bila sudah selesai isu nanti kita akan wartakan,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, kerajaan telah mewartakan 1,500 hektar tanah yang melibatkan tujuh perkampungan di hulu Kelantan iaitu Jeli dan Gua Musang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 08:37 AM | Show all posts
1,500 hektar tanah diwartakan kepada orang asli? Rasanya hutan yang sempit inilah juga rumah kepada haiwan2 liar yang lain. Tengok dari Google Maps, hampir keseluruhan hutan di Kelantan diteroka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 04:23 PM | Show all posts
insulin replied at 25-9-2018 08:37 AM
1,500 hektar tanah diwartakan kepada orang asli? Rasanya hutan yang sempit inilah juga rumah kepada  ...

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
(Al-A'raaf 7:56)

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Ar-Ruum 30:41)


Pak lobai berani tentang kalam Allah SWT....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.513337 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list