CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 2

[Tempatan] Masalah TVET kian meruncing

[Copy link]
Post time 25-9-2018 08:34 AM | Show all posts |Read mode
IPOH - Gerakan Penambahbaikan Pendidikan Kemahiran dan Vokasional (TVET) Kebangsaan akan ditubuhkan dalam masa terdekat sebagai langkah proaktif menyelesaikan pelbagai masalah yang kian meruncing.

Pengerusi Gabungan Institut Latihan Kemahiran Bumiputera Swasta (GILKBS), Nordin Abdul Malek berkata, gerakan itu akan dianggotai persatuan-persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkepentingan yang terlibat dalam TVET mengikut sektor iaitu di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi,  badan profesional, majikan dan industri. Beliau berkata, individu yang terlibat juga terdiri daripada kumpulan pakar,  bekas pegawai kanan kerajaan,  tokoh korporat dan ahli akademik.  

"Memandang isu TVET ini berhadapan masalah terburuk dalam sejarah pelaksanaannya, kita terpaksa adakan beberapa program proaktif untuk tarik perhatian menteri, timbalan perdana menteri malah jika perlu perdana menteri bagi menyelesaikan isu ini.

"Kita akan bergerak kenal pasti isu dan cadang langkah penambahbaikan kepada kerajaan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai masalah kewangan yang dihadapi oleh beberapa pusat-pusat latihan kemahiran di negara ini.

Nordin berkata, dalam masa terdekat juga, pihaknya akan mengadakan perhimpunan aman melibatkan lebih 3,000 orang terdiri daripada pelatih, ibu bapa, kakitangan pusat kemahiran dan pengusaha yang terjejas bagi menyatakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan.

Menurutnya, selain itu beberapa badan pendesak seperti pertubuhan belia juga dijangka akan menyertai himpunan yang mungkin diadakan di Putrajaya.

"Kita mahu desak kerajaan selesaikan segera dan kita mungkin adakan dalam masa dua atau tiga minggu dari sekarang. "Saya dapat banyak maklum balas di pelbagai peringkat bahawa krisis ini perlu diselesaikan segera melalui tindakan dan bukannya dengan kenyataan bersifr retorik," katanya.

Dalam pada itu, Nordin berkata, pihaknya turut berhasrat bertemu dengan ketua setiausaha negara untuk berbincang mengenai struktur kakitangan kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan TVET.

Menurutnya, perkara tersebut penting supaya hanya mereka yang benar-benar faham dan berpengalaman serta mempunyai keupayaan tinggi terhadap pelaksanaan TVET diletakkan di agensi berkaitan kerana kegagalan ini disebabkan antaranya oleh pegawai kerajaan.

"Keadaan ini dilihat cuba mencetuskan kembali zaman kehancuran TVET pada tahun 2003 yang ketika itu dikenali sebagai mimpi ngeri Program Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Sehingga kini tidak ada penyelarasan dalam pelaksanaan malah seperti dibangkitkan sebelum ini terdapat usaha menutup pusat latihan tanpa mengambil kira kesan dihadapi untuk tutup kelemahan.

"Saya menganggap ia sikap bodoh sombong dan mengulang sejarah lama. Kita sudah nasihat tapi sikap ego individu yang menerajui TVET ini sebabkan ia menjadi semakin parah," katanya.

Sementara itu, Nordin turut menegur pemimpin PH yang masih bermain politik dengan menyalahkan kerajaan terdahulu akibat masalah tersebut.

Beliau berkata, walaupun ia berlaku sejak dari zaman kerajaan BN sebelum ini, kerajaan yang ada kini sepatutnya membawa perubahan dan mencari jalan penyelesaian kerana ketika menjadi pembangkang sebelum ini mereka sudahpun sedia maklum tentang isu berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 08:39 AM | Show all posts
IPOH - Gerakan Penambahbaikan Pendidikan Kemahiran dan Vokasional (TVET) Kebangsaan akan ditubuhkan dalam masa terdekat sebagai langkah proaktif menyelesaikan pelbagai masalah yang kian meruncing.


meruncing sungguh masalah kewangan depa...bukan menteri bangsa hindu tu dah kata ka janji dia nak upkan vokasional..pi la mintak kat dia..hangpa kan sayang dengan dia...wakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 08:44 AM | Show all posts
JohnnySins replied at 25-9-2018 08:39 AM
meruncing sungguh masalah kewangan depa...bukan menteri bangsa hindu tu dah kata ka janji dia na ...

dia tipu jaaaaa
masalah dalaman dalam PTPK memang teruk sangat
menyampah betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.081954 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list