CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511|Reply: 1

[Tempatan] Wajib tamat 30 juzuk al-Quran sebelum konvokesyen

[Copy link]
Post time 25-9-2018 08:35 AM | Show all posts |Read mode
MERSING - Seramai 13 peserta menyertai Majlis Konvokesyen Sanad Daerah Mersing selepas berjaya menamatkan pengajian dalam bidang al-Quran yang julung kali diadakan di Pusat Pengajian Darul Quran Mersing.

Penyelia al-Quran Daerah Mersing, Ahmad Darman berkata, penganjuran majlis itu mendapat sambutan memberangsangkan dari ahli Persatuan Qurra Daerah.

"Tujuan majlis ini adalah untuk menaik taraf al-Quran supaya diangkat sebagai ilmu yang paling agung bukan sekadar pelajaran di alaf baru semata-mata untuk mendapat anugerah.

"Kesemua peserta konvokesyen berusia 40 hingga 70 tahun. Di mana sebelum ini, mereka belajar di masjid-masjid sebelum tertubuhnya pusat pengajian Darul Quran, Mersing di bawah naungan Jabatan Agama Islam Daerah Mersing," katanya.

Jelasnya, peserta perlu menghabiskan bacaan al-Quran 30 juzuk dan mengikuti ujian tajwid daripada Penolong Pengarah Bahagian Masjid dan Surau Negeri sebelum layak diberikan ijazah tersebut.

Katanya, pengajian melibatkan taranum, qasidah, nasyid selain ahli perlu sentiasa aktif bergerak dalam kumpulan dan membuat persembahan di sekitar Mersing.

"Majlis ini sebagai penghargaan kepada ahli yang menamatkan pengajian. Kita berharap agar lebih ramai lagi ahli Qurra Daerah Mersing terus memajukan diri dan terus belajar tanpa henti agar ilmu al-Quran ini tetap disanjung," katanya.

Terdahulu, majlis berkenaan dirasmikan Kadi Daerah Mersing, Mohd Zaini Soleh.

Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Masjid dan Surau Negeri Johor, Ahmad Suhandi Masiran Al Hafiz, Penyelia al-Quran Daerah Pontian, Sarbini Maring.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2018 03:40 PM | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.087823 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list