CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 7

[Tempatan] BN takut kalah jika bertanding di PD

[Copy link]
Post time 25-9-2018 08:35 AM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN - Tindakan BN yang memboikot PRK Port Dickson dengan tidak meletakkan calon bertan­ding pada PRK ini dilihat untuk menjaga imej parti semata-mata.

Timbalan Pengerusi Harapan Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar berkata, BN tidak berani mengambil risiko mele­tak­kan calon di Port Dickson berikutan mereka sendiri seakan sudah menjangka akan tewas sekiranya bertanding di kerusi parlimen itu.

“Jika BN letak calon bertanding dan mereka kalah sudah pasti akan memberi tekanan kepada pemimpin dan juga ahli BN itu sendiri.

“Kalau asyik berterusan kalah, akan lebih ramai lagi pemimpin dalam Umno bertindak keluar parti kerana tidak mampu bersama dengan parti yang semakin lemah dan me­rundum,” katanya.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan Datuk Danyal Balagopal Abdullah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasratnya untuk berada dalam Parlimen.

Surat perletakan jawatan Danyal Balagopal diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat 12 September lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 08:39 AM | Show all posts
Confirm takut kalah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Malu la asik kalah je...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bazir je buat prk..dah sah sah tempat dipilih kubu kuat.sapa je calon yg mampo lawan calon pm ke 8..harap sedar diri sebelum masuk bertanding
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:13 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 25-9-2018 10:14 AM

mungkin ada perancangan yg kita tak tahu....mungkin lepas prk PD....DSAI akan jadi PM, Zahid TPM...gabungan pakatan baru
PKR + UMNO membentuk kerajaan.


Umno cadang kemungkinan gabung dengan PKR bentuk Pakatan Malaysia
By
FMT Reporters -

September 17, 2018 6:49 PM
      
        
Khaled Nordin berkata, Umno masih sebuah parti mengagumkan dan sudah belajar daripada kesilapannya, serta lebih dominan daripada PPBM.PETALING JAYA: Empat bulan selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan mengejut dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membayangkan kemungkinan wujud pakatan baru.
Beliau merujuk pembentukan Pakatan Malaysia yang termasuk PAS, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Bersatu Sabah dan PKR.
Katanya, dengan formula betul, mereka boleh membentuk pakatan politik yang setanding Pakatan Harapan.
Dalam surat kepada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, beliau dipetik New Straits Times sebagai berkata: “Ketika ini, Malaysia dicorak sebuah gabungan politik berbanding banyak parti politik.

“Setiap satu mempunyai kekuatan sendiri dan setiap satu perlu menjadi strategik dan terbuka untuk terus bertahan.
“Tidak mustahil untuk sebuah gabungan baru, dengan PAS, MCA, MIC, GPS, Gabungan Bersatu Sabah dan PKR, untuk membentuk Pakatan Malaysia, berbanding Pakatan Harapan.”
Khaled berkata, Umno masih sebuah parti mengagumkan dan sudah belajar daripada kesilapannya, serta lebih dominan daripada PPBM.
“Kami akan terus menghidupkan Umno kerana ia adalah gerakan kebaikan untuk menguatkan bangsa Melayu. Ia adalah sebuah institusi politik Melayu dan bagi orang Johor seperti saya, ia sebahagian daripada hidup kami.”
Khaled berkata, Umno memahami isyarat yang rakyat hantar kepada mereka pada pilihan raya umum ke-14 lalu, tetapi tidak bermakna parti itu perlu berputus asa dan tidak membuat apa-apa.
“Sebaliknya, ia akan memperbaiki diri dan mengembalikan kredibilitinya.
“Kami akan belajar daripada kesilapan kami. Umno mendapat pengajaran besar dan kami berjanji tidak mengulangi kesilapan lampau. Insyallah, kami akan atasinya.”

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 11:07 AM | Show all posts

begitu mudah nak mengabiskan duit rakyat....dengan sengaja buat PRK..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2018 11:26 AM | Show all posts
rashiman replied at 25-9-2018 11:07 AM
begitu mudah nak mengabiskan duit rakyat....dengan sengaja buat PRK..

xper nanti kita buat tabung harapan vol. 2

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 11:36 AM | Show all posts
to me bukan takut kalah.. tak payah perahib duit sangat.. bagi jelah orang desperate tu emnang.. nak sangat jadi PM.. sampai orang kena resign bagi dia peluag ..menyusahkan rakyat , habis kan duit rakyat..sebab cita2 dan impian sendri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.226198 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list