CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 1

[Tempatan] Lelaki masalah mental dapat rumah

[Copy link]
Post time 25-9-2018 08:37 AM | Show all posts |Read mode



TUMPAT - Kediaman seorang lelaki masalah mental di Kampung Bendang Pak Yong yang hampir roboh mendapat perhatian Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ­Kelantan.

Pengerusi PBSM Kelantan, Tuan Ghazali Tuan Long berkata, sebuah rumah baru dibina untuk Mat Yazid Abdul Rahman, 60.

“Kerja-kerja pembinaan rumah sedang dilakukan, dijangkakan siap dalam masa dua minggu.

“Kita bina di atas tanah keluarganya bersebelah dengan rumah lamanya,” katanya.

Beliau berkata, peruntukkan pembinaan rumah ini daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui PBSM.

Katanya, sumbangan PKINK digunakan untuk pembinaan rumah baru Mat Yazid agar dia mempunyai tempat tinggal selesa.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan rumah hampir runtuh menjadi tempat berlindung bagi seorang lelaki warga emas mental di kampung Bendang Pak Yong.

Mat Yazid tinggal bersendirian selepas bercerai dengan isterinya hampir 20 tahun lalu.

Keadaan rumah hampir runtuh itu dibimbangi menghempapnya.   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 08:38 AM | Show all posts
Tiang konkrit dalam gambar tu adalah rumah dia ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.080205 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list