CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2481|Reply: 25

[Tempatan] Mayat remaja lelaki, perempuan dalam parit

[Copy link]
Post time 25-9-2018 08:49 AM | Show all posts |Read mode



MAYAT remaja lelaki dan remaja perempuan berusia belasan tahun ditemui orang awam di dalam parit di Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, Kangar, hari ini.

Mangsa yang juga penuntut Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra, Muhammad Hayat Romzi, 19, dari Kuala Nerang, Kedah bersama rakannya yang tidak dikenali ditemui pada 5.30 petang bersama motosikal ditunggang mereka di dalam parit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, mayat ditemui seorang lelaki dalam keadaan terapung dan lengkap bertopi keledar dan mereka dipercayai terbabit dalam kemalangan sejak seminggu lalu.

“Berdasarkan hasil siasatan awal, mereka dipercayai menunggang motosikal Yamaha 135LC dari arah Kangar menuju ke Alor Setar.

“Motosikal mereka dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok sebelum tercampak ke dalam parit berikutan penemuan kesan rempuhan pada sebatang pokok di sebelah parit berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wari berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada mangsa mengalami kemalangan akibat ribut yang melanda Perlis, baru-baru ini memandangkan keadaan mayat sudah kembang dan berbau.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca nahas dan identiti wanita terbabit sedang dikenalpasti memandangkan ada laporan orang hilang yang dibuat di Balai Polis Jitra, dua hari lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk dibedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 9:37 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:03 AM | Show all posts
dah seminggu?xder org carik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:10 AM | Show all posts
mereka dipercayai terbabit dalam kemalangan sejak seminggu lalu.


jalan apa yg sampai x da org perasan tuuuu....

keadaan mayat sudah kembang dan berbau.


allah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian nya. Salam takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 25-9-2018 09:03 AM
dah seminggu?xder org carik ke?

Family igt dia kat kolej
Kwn2 igt dia lari blk kg..bdk laki jenis lantak kau lahhh...

Sedihnya...seminggu dah mati org baru tau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2018 09:43 AM | Show all posts
aku tak pernah drive balik kangar ikut jalan tu cz banyak traffic light & terusan sepanjang jalan. Takut jadi kes macam nie..  lagi suka ikut highway lalu changlun atau lalu hosba
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:53 AM | Show all posts
kesiannya....takziah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. ...sekarang ni tiada lagi plastik hitam. ..polis guna plastik putih untuk mayat. ...teringat balik sedara aku yang meninggal baru ni. ..plastik penuh darah. ..

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:59 AM | Show all posts
seminggu hilang takde sapa cari?
harap budak perempuan tu tak diiklankan hilang kat fb ikut kawan pastu kena kutuk berjemaah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:07 AM | Show all posts
innalillah..
takziah..
kesiannyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:10 AM | Show all posts
Kesiannya....
Innalilla hiwainnailaihirojiun.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:11 AM | Show all posts
Ya Allah..
kesiannya..xde siapa yg sedar..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:50 AM | Show all posts
noor2 replied at 25-9-2018 01:54 AM
Innalillah. ...sekarang ni tiada lagi plastik hitam. ..polis guna plastik putih untuk mayat. ...teri ...

ha'ah.. uols cakap, baru i perasan.. last 2 weeks ada eksiden kat area rumah iols, mayat ditutup dengan plastik putih.. tergerak hati juga masa tu, kenapa pakai plastik putih pulak.. kalau kat singapore, diorang siap letak khemah untuk tutup mayat.. jenis khemah yang budak-budak bawak gi camping tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 11:10 AM | Show all posts
allah .. kesiannya....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 11:20 AM | Show all posts
noor2 replied at 25-9-2018 09:54 AM
Innalillah. ...sekarang ni tiada lagi plastik hitam. ..polis guna plastik putih untuk mayat. ...teri ...

apa motif polis tukar kepada putih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 11:30 AM | Show all posts
alfatehah   
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 11:33 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. Jalan situ mmg kiri kanan ada terusan je..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.434191 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list