CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 643|Reply: 2

[Tempatan] Gelandangan lemas di sangkar ikan

[Copy link]
Post time 25-9-2018 08:52 AM | Show all posts |Read mode



LELAKI gelandangan ditemui lemas di bawah sangkar ikan di Kampung Kemasik, Chukai, hari ini.

Mayat mangsa berusia 38 tahun itu ditemui penduduk kampung pada 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata polis percaya lelaki terbabit terjatuh ketika menyeberang sebuah titi di situ.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan di lokasi kejadian, polis percaya ketika kejadian mangsa meniti kayu terbabit untuk turun ke sangkar ikan sebelum terjatuh dan lemas.

“Mangsa adalah penduduk tempatan di kampung terbabit dan dipercayai tidak mempunyai ahli keluarga.

“Berdasarkan maklumat daripada penduduk kampung, mangsa sering dilihat berkeliaran dan hidup secara gelandangan di kampung berkenaan,” katanya.

Mohd Said berkata, sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai kejadian bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata, pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah dan berdasarkan keadaan mayat itu, mangsa dipercayai sudah lebih 24 jam meninggal dunia.

Katanya, jenazah mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 8:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 09:50 AM | Show all posts
kesian.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 04:08 PM | Show all posts
takziah... sedihnya hidup keseorangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.322090 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list