CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 9

[Tempatan] Jus Al Sunnah sah ada steroid

[Copy link]
Post time 25-9-2018 08:53 AM | Show all posts |Read mode



KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan produk dikenali sebagai Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar mengandungi bahan steroid iaitu dexamethasone dan prednisolone yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua jenis steroid berkenaan digunakan untuk merawat masalah bengkak dan radang yang serius.

Katanya, penggunaan secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing.

“Hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan ke atas produk berkenaan itu juga mendapati, syarikat yang mengedarkannya iaitu Sri Saga Marketing S/B tidak wujud dan melanggar Seksyen 16, Akta Makanan 1983.

“Sehubungan itu, KKM melarang penjualan produk berkenaan termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok untuk menghentikan serta-merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

“Ini kerana di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyedia atau menjual makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan adalah suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, orang awam disarankan segera mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan dan jika sudah mengambil produk terbabit dalam jangkamasa lama supaya tidak memberhentikan secara mendadak.

“Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 9:51 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sunnah habah dia la
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:37 AM | Show all posts
branding jek islamic..konsep meniaga tetap sama.
nak cakap ada steroid belambak lagi minuman tenaga dipasaran guna steroid..jgn prejudis biar adil.

bukan pengguna produk kesihatan local or non-local..i go for a healthy lifestyle.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
jus2 cenggini selalu kan die punya khasiat 1001 tu, macam too good too be true. pastu jual mahal2. aim kat orang tua2 yang dah terdesak nak sembuh ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
pembeli saman je pengeluar product camni..  dlm iklan kemaen ngencing..  product selamat bagai..  padahalll..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku makan pred ni masa kena hive. Tapi ttiba minum sebab nk rawat pyakit lain..hurrmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2018 10:25 AM | Show all posts
senang je org melayu kena tipu....boh nama2 islamik sikit bergerombolan dtg beli tak kira harga tak kira buat dari apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
buapakperut replied at 25-9-2018 09:42 AM
jus2 cenggini selalu kan die punya khasiat 1001 tu, macam too good too be true. pastu jual mahal2. a ...

Dah semacam mukjizat semua ada 1001
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 10:38 AM | Show all posts
kalau nama2 islamic ni rahin sungguh la orang beli kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:42 AM | Show all posts
Ayooo. Ada bahan terlarang rupanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.082660 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list