View: 1463|Reply: 8
|
[Tempatan]
Nazir Razak Umum Bakal Letak Jawatan Pengerusi CIMB Hujung Tahun Ini
[Copy link]
|
|
Selepas negara Malaysia bertukar kerajaan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari, banyak pemimpin-pemimpin terkenal yang memegang tampuk pemerintahan agensi kerajaan dan juga swasta melepaskan jawatan mereka. Mungkin inilah senario yang pasti berlaku apabila peralihan kuasa melibatkan kerajaan persekutuan.
Terbaru, adik kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak bakal melepaskan jawatan beliau sebagai Pengerusi Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB) yang akan berkuatkuasa 31 Disember 2018. Pengumuman itu dilakukan sendiri oleh beliau menerusi entri terbaru akaun Instagram miliknya.
Beliau mula menyertai kumpulan bank tersebut sejak tahun 1989 sebagai Pengarah Urusan dan dilantik sebagai pengerusi sejak tahun 2014. Menurut beliau, ahli lembaga pengarah CIMB Bank sudah mula mencari calon yang sesuai bagi menggantikan kerusi yang ditinggalkan Nazir dan sedang mencari tarikh yang sesuai untuk menyerahkan kuasa.
“Setelah lebih 29 tahun, saya merasa sangat bangga dengan perjalanan yang saya lalui bersama CIMB,” katanya.
View this post on Instagram
The sun is setting on my time in CIMB. I just announced that I will step down as Chairman of CIMB by 31st December 2018. The Board will now activate its succession plan to decide on the next Chairman and the exact date of handover. Over the last 29 years, I have had the privilege of a front row seat on the amazing CIMB journey from fledgling corporate finance franchise to leading Malaysian investment bank to an ASEAN universal bank. Thank you CIMB, #teamCIMB and #CIMBalumni. After our CEO transition in 2014 and then success of T18, CIMB is now financially strong, organisationally robust and firmly institutionalised. My CIMB mission is accomplished and final affirmation of success will come with my departure and CIMB continue grow from strength to strength. I am 52 years young. It is time for me to commit fully to my next mission on the Asean stage.
A post shared by Nazir Razak (@nazir.razak) on Sep 24, 2018 at 4:15am PDT
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ok kan? knp nk ltk jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
bagoslah letak jawatan,kao tu talam 3 muka..lalang |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ok je. Tapi kesian nya sbb dari kalangan family politik... |
|
|
|
|
|
|
|
2x5 gak. Satu family Tun Razak ni semua pelahap duit. bersengkokol. Eloklah resign. Terpalit taik abang dan kakak ipar
|
|
|
|
|
|
|
|
erkkkkkkkk yeke. sbb adik beradik dorg ni semua jenis muka sesuci embun pagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang jangan percaya sangat bila abang dia buat hal...dia konon2 againts it...padahal mereka elok jer semua dan perangai sama. Bini dia ni rude to the max dah la make up capuk2 bedak ala2 pakai temulawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah tanya kwn.
Ape mksd cimb?
Dia ckp Cina Melayu India Bank...
rupa2nya Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB) baru tauu |
|
|
|
|
|
|
| |
|