Dengan berakhirnya program Big Stage (BS), maka berakhir jualah keletah pasangan pengacara yang dinobatkan sangat serasi ini iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar. Selama 8 minggu mereka menceriakan penonton dengan gurauan yang dianggap fresh, menyenangkan telinga mendengar dan paling penting tidak menyakitkan hati orang lain dengan pickup line tersendiri.
Bagi netizen, ini adalah pembaharuan yang sangat ditunggu-tunggu setelah banyak program di kaca televisyen terutamanya Astro menjadikan pelawak sebagai hos, maka kehadiran Sherry dan Alif adalah penyelamat kepada lawak merapu dan body shaming. Malahan, ramai yang mengharapkan pasangan ini menggantikan hos Gegar Vaganza 5 yang akan bersiaran minggu ini.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: IG
"Ini bukan bibir, ini cinta."
"RM25 pun boleh."
Ternyata dialog yang dituturkan oleh Sherry sama ada spontan atau pun telah dirancang sangat menghiburkan penonton bagi episod finale ini. Malahan bagi yang tidak pernah mengenali Sherry pun sanggup mengundinya bagi pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 ini.
Tidak lupa momen ketika Mas Idayu mahu memberi komen ke atas persembahan Baby Shima, sekali lagi Sherry membuat lawak dengan menjadikan adegan sinetron iaitu Ibu peri sebagai throwback.
"Mohon pelawak yang suka buat lawak bermodalkan body shaming pencen sebab ia dah tak relevan."
Apa yang pasti, penonton sudah bijak menilai, mereka tidak mahu lagi dimomokkan dengan lawak merapu serta membahankan bentuk fizikal orang lain sebagai satu kelucuan. Hinggakan ada yang meminta hos pelawak tidak mengacara lagi.
Pasangan pengacara serasi - Twitter
Dimensi baru dalam dunia hos dan pengacaraan apabila Alif dan Sherry diangkat antara individu yang berjaya memeriahkan suasana tanpa mempergunakan orang lain. Bagi netizen, hos tidak perlu terpekik hingga membingitkan telinga namun sebenarnya tiada apa pun isi yang berkualiti. Semoga Alif dan Sherry akan mendapat banyak lagi peluang menyinarkan bakat mereka. - CARI
|