CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5034|Reply: 9

Rumah paling mahal, besar di dunia, hanya untuk lima orang!

[Copy link]
Post time 26-9-2018 04:40 PM | Show all posts |Read mode

Bangunan menara 27 tingkat milik lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani. Foto Moment RM

BANGUNAN menara ini dipercayai sebagai rumah paling mahal dan terbesar di dunia, dengan kediamannya hanya menempatkan lima orang.

Menelan belanja £1 bilion (RM5.45 bilion), hartanah yang mengagumkan itu terletak di selatan Mumbai, India.

Ia dilengkapi dengan tiga helipad, sebuah pawagam, beberapa kolam renang dan mempunyai 600 kakitangan.

Ia turut mempunyai dewan besar yang mana 80 peratus silingnya dipasang dengan lampu candelier, malah mempunyai taman empat tingkat.



Bangunan menara ini mempunyai 600 kakitangan. Foto Moment RM

Bangunan 27 tingkat itu merupakan kediaman bagi lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani, bersama isterinya, Nita dan tiga anak mereka.

Mukesh Ambani, 61, merupakan seorang ahli perniagaan yang mempengerusikan dan mengendalikan syarikat gergasi minyak dan gas Reliance Industries, salah satu syarikat paling bernilai di India.

Syarikat tersebut ditubuhkan oleh arwah bapanya, Dhirubhai Ambani.

Ambani menamakan kediaman itu Antilia, sebagai penghormatan kepada sebuah pulau legenda.



Mukesh Ambani bersama isterinya, Nita. Foto Image Getty Images Europe

Hartanah itu diisytiharkan sebagai kediaman persendirian berbilion dolar pertama di dunia pada 2010.

Forbes menyenaraikan Ambani sebagai lelaki terkaya di India dalam senarai kekayaan pada 2016, dengan mendedahkan nilainya dianggarkan £34 bilion (RM185.32 bilion).

Selain Reliance, beliau turut merupakan pemilik bagi pasukan kriket Liga Perdana India, Mumbai Indians, dan sebuah universiti di negara itu. - Mirror Online UK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2018 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow, apa jadah nya umah 27 tingkat. Balik2 bilik tidur jgk yg dicari. Ke dia buat office sekali. X fhm ak citarasa org berada ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 08:57 AM | Show all posts
jenuh la nak mencari anak kalau umah 27tkt ni

nak2 anak kecik2 lg...suka lari sana sini

tp mesti setiap anak dia 4 5 org maid kot hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 11:21 AM | Show all posts
iols rasa konsep dia bila anak2 dia kawin dah beranak pinak ada cucu cicit semua duduk dalam bangunan tu je. lepas 100 tahun maybe la makin ramai penghuni bangunan tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 04:44 PM | Show all posts
bila duit dah banyak sangat sampai tak tau nak wat apa kot..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 04:02 PM | Show all posts
27 tingkat tue...prefer rumah yg macam kawasan jauh dari kesibukan kota.dikelilingi pokok-pokok kalau ada duit macam dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2018 12:40 PM | Show all posts
61 tahun nampak muda..tapi lagi best kalau dia buat rumah jauh dari kesesakkan kota..buat je 3 tingkat tapi luas, penuh dengan taman..full of flowers..wahh mesti cantik!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 11:40 AM | Show all posts
meklalala replied at 26-10-2018 04:40 AM
61 tahun nampak muda..tapi lagi best kalau dia buat rumah jauh dari kesesakkan kota..buat je 3 tingk ...

die ada helipad kan.. naik heli je la .. x kesah jem macam mana pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2018 09:10 AM | Show all posts
Dia nie fikir untuk susur galur dia, tu pasal sampai naik 27 tingkat..nak cukupkan konsep under one roof kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 11:00 PM | Show all posts
best ker rumah gitu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.067435 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list