View: 1275|Reply: 6
|
Media Salah Lapor, Saya Tidak Arah Tutup Pusat Tahfiz -Menteri Wilayah
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini tindakan Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad mencadangkan penutupan pusat tahfiz tidak berdaftar di Kuala Lumpur menerima pertikaian Timbalan Presiden PAS.
Menurut Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, cadangan Khalid Samad itu adalah tidak sepatutnya, sebaliknya wajar memberi fokus kepada penutupan lambakan premis rumah urut, pusat hiburan dan kilang haram di negara ini.
Kredit foto: www.freemalaysiatoday.com
Memetik laporan FMT, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Menteri Wilayah itu bukan sahaja membuat penafian malah bertindak menyalahkan media salah lapor kenyataannya berhubung isu itu.
“Kementerian Wilayah telah mengambil keputusan untuk mewajibkan semua pusat tahfiz di Kuala Lumpur didaftarkan untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz berada dalam keadaan baik."
“Oleh itu, laporan sesetengah media yang pusat-pusat tahfiz tidak berdaftar di Kuala Lumpur akan segera ditutup adalah tidak tepat dan salah lapor.”
Khalid berkata, pusat tahfiz yang beroperasi secara haram diberi masa sehingga 31 Disember ini untuk mendaftar dengan DBKL dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Kementerian Wilayah akan mempertimbangkan sokongan sewajarnya diberikan kepada pusat tahfiz yang gagal memenuhi keperluan keselamatan dalam memastikan ia mencapai syarat ditetapkan, tambahnya.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
cantik jam kau mad. harap kau sedar diri dan tidak terlalu gumbira dengan jawatan ye mad.... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan nama dia khalid ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus gak kalu ttup mana2 tahfiz xberdaftar..sbab sllu nye yg jnis xberdaftar ni banyak agenda2 keji cam kerah student kutip derma la, me^%#$^% la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak panggil dia ni mad. Sebab gila kuasa amat sangat. Bangga bukan main jeling2 sinis ke geng lama dalam Pas . Dah jadi menteri kannn
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang dah banyak kes seksual dah.. Nak tunggu apa lagi? |
|
|
|
|
|
|
| |
|