CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3694|Reply: 5

Dakwah Ustaz Ebit Sangat Lembut, Tapi Jangan Sampai Jadi 'Alat Kapitalis' - PU R

[Copy link]
Post time 27-9-2018 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Safiey Illias adalah tiga usahawan terkenal yang paling mendapat perhatian masyarakat.


Apa saja dilakukan mereka pasti mendapat perhatian orang ramai dan terbaru, video penceramah Ebit Lew bertemu ketiga-tiga mereka tular di laman sosial.








Usaha dakwah yang mempertemukan Ebit dengan Aliff, Sajat dan Safiey mendapat perhatian orang ramai hingga diperkatakan di laman sosial.


Bagaimanapun, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan meluahkan rasa terkilannya berhubung perkara itu dan memberi peringatan kepada rakan seperjuangan lain supaya tidak menjadi 'alat kapitalis' yang mempergunakan agamawan sebagai dinding melariskan perniagaan.

"Beringatlah kita para asatizah (guru) daripada menjadi alat kapitalis yang jahat.

"Mereka menggunakan agamawan untuk menjadi dinding mereka. Menjadikan Hijrah sebagai pelaris perniagaan," katanya di laman Facebook.








Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat PU Rahmat yang mendakwa kebanyakan golongan LGBT menjadikan 'taubat' sebagai strategi pemasaran untuk melariskan perniagaan.




Geng kapitalis guna golongan agama sebagai benteng








Malah, orang ramai berharap Ebit serta pendakwah lain berhati-hati agar tidak 'dipijak' golongan sedemikian.










Cukuplah sekali kita terkena dengan Safiey

"Sampai hari ini aku tak percaya puak ni nak berubah. Gimik marketing je tu!" komen netizen.




Kredit foto: FB PU Rahmat









Menurut netizen, jika golongan seperti mereka sudah insaf, mereka pasti tidak akan menghina pendakwah lain. Tetapi, sebaliknya yang berlaku.




Kredit foto: FB PU Rahmat




Bukan tidak ada pendakwah lain berusaha menasihati golongan LGBT. Namun, usaha mereka bukan saja bagai mencurah air ke daun keladi, malah dihentam pelbagai pihak terutama penyokong golongan terbabit.







Sementara itu, beberapa pihak menggesa PU Rahmat supaya membuat satu video kesedaran berhubung perkara itu seperti yang pernah dilakukannya ketika mengulas tindakan penyampai media syarikat BFM Media Sdn Bhd, Aisyah Tajuddin yang menentang hukum hudud suatu ketika dahulu.







Tak dinafikan, kebanyakan manusia memang sifatnya suka mengambil kesempatan. Terpulang kepada individu untuk menilai antara yang baik dan buruk. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2018 04:21 PM | Show all posts
bila kenangkan si sapi lias tu penunggang agama terulung, meollss rasa ade btulnya harap para2 ustaz ustazah berhati2 la..lagi2 golongan kapitalis..meollss paling meluat tgok time vid ustaz ebit ngan toklip laki bini n sajat, leh lak tme ustaz tgah ckap2 si tok ponen ni gi minta kamera tlg zoom kat muka ponen tu n siap letak hp atas meja knon nk wat live kat socmed..so fake tau x..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah dia pun ambil kesempatan untuk promote diri. Lol.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Pening agama terulung! Semoga mendapat balasan setimpal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Doanya kali ni btl2 berubah la hendaknya. Jangan mempermainkan agama. Tak baik. Berdosa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpercaya lgsg si sapi ni nk berubah. Kalah betul dia nk berubah, dia jual semua hrta dia, deactivate fb n terus jd lelaki. Ckup la sekali kne tipu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.046631 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list