View: 2130|Reply: 14
|
Nak Jadi James Bond? Universiti Ini Tawarkan Ijazah Perisikan, Jangan Lepaskan P
[Copy link]
|
|
Sedang berangan-angan menjadi perisik? Ini peluang anda mengikuti jejak langkah watak utama filem berasaskan perisikan, James Bond!
Anda tidak memerlukan paku atau bintang di bahu, yang diperlukan hanyalah segulung ijazah kerana Universiti Buckingham baru sahaja mengumumkan program Sarjana Muda dalam bidang keselamatan, kecerdasan dan ancaman siber kepada pelajar yang ingin menjadi perisik.
Foto: Google
Kursus ini akan dikelolakan oleh bekas pegawai risikan kerajaan, Julian Richards yang menghabiskan masa 20 tahun di lapangan perisikan dan pakar tentang Pakistan.
Kursus ini akan bermula pada Januari hadapan dan menawarkan saluran pendidikan baru kepada dunia pengintipan.
Dahulu, sesiapa yang ingin menjadi perisik perlu mendapatkan ijazah daripada Universiti Cambridge dalam bidang Hubungan Antarabangsa.
Bagaimanapun, Prof Richards memberitahu Times bahawa pelajar sedang mengubah arah dan ingin mencari jalan untuk diterima bertugas dalam bidang perkhidmatan perisikan.
Foto: Google
Richards mendakwa dalam kursus Hubungan Antarabangsa pada waktu ini terlalu tertumpu kepada 'kesan perang terhadap keganasan' dan sering mengkritik negara-negara Barat. Beliau menambah, semakin lama, kursus ini kehilangan terasnya iaitu tetang bagaimana setiap negara perlu berjuang melawan ancaman pengganas.
Bagaimanapun, menurut Mirror UK ,kursus ini telah dikritik kerana mengabaikan prinsip kerahsiaan dengan mengumumkan perkara ini secara terbuka.
Netizen bimbang berkemungkinan perisik sedia ada di negara itu memilih Universiti Buckingham sebagai tempat mereka berkumpul. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
bolehla ambik our one and only ex spy wanita yg work for the previous pm jd lecturer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Detektif Conan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia xde ke course ni. Ramai forumers kat sini kalau amik course tu sure bjaya dgn cemerlang. 4.0flat. Sbb tahaf csi diorg ni level langit pinya{:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
Ala bestnya course ni!! nasib dah kertu hahahaa kalau tak boleh juga try |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa sangka ada kursus sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh menarik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Daniel Craig is a bloody sexy agent! |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh,
Bes yer...
Ala2 Nora Zain(Ajen Wanita 001){:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
lol. baik ambil course cybersecurity je. tak pun join army. boleh hack OS, network, web. tp jadi mcm kawan james bond, si Q. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi spy tak boleh kena tangkap, siaplah kena siksa kena bunuh .. minat lagi ker? |
|
|
|
|
|
|
| |
|