CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14100|Reply: 7

Soal Jawab Doktor Dan Pesakit Tentang KURAP

   Close [Copy link]
Post time 29-9-2018 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by noraidil_06 at 27-10-2018 08:11 AM

Soalan Berkenaan - ubat kurap, punca kurap, gejala kurap




Soalan:
Selamat pagi Doktor. Saya Cik A berusia 26 tahun, seorang veterinar. Saya seorang yang sihat dan tiada penyakit kronik. Sejak sebulan yang lalu, terdapat ruam berwarna kemerahan yang timbul di bahagian dagu saya. Pada mulanya, saiz ruam tersebut agak kecil, lalu saya abaikan kerana menganggap ia ruam biasa. Tetapi sekarang, saiznya semakin besar. Kadang-kadang turut terasa gatal terutama ketika saya berpeluh dengan banyak. Sebelum ini, saya pernah menyapu ubat ‘cream’ yang dibeli secara online di bahagian tersebut untuk menghilangkan jerawat saya.Sekarang, jerawat telah hilang, tetapi ruam ini pula yang timbul. Saya juga risau kerana ada ahli keluarga saya yang menghidap penyakit psoriasis. Adakah saya turut mengalami penyakit yang sama atau mungkin penyakit kulit lain seperti kurapatau ekzema?

Jawapan:
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan gejala yang diceritakan, berkemungkinan besar anda sedang menghidapi penyakit kulit yang dsebabkan oleh jangkitan kulat. Di Malaysia, penyakit ini turut dikenali sebagai kurap (Ringworm). Ia boleh berlaku atas beberapa faktor, dan sesetengah orang lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini. Beberapa ujian perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengesahkan diagnosis kurap. Sekiranya betul, anda perlu mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor untuk merawat dan mencegah penyakit ini daripada berulang semula.

Setelah diagnosis disahkan, rawatan akan dimulakan oleh doktor. Kaedah ubati bergantung kepada luas kawasan yang telah dijangkiti, kurap yang berulang, atau yang tidak sembuh setelah menerima rawatan pertama.
Sekiranya kawasan yang dijangkiti kecil dan terhad pada satu kawasan, maka ubat sapu krim akan diberikan.

Rawatan :

jika ini anda telah mengalami sakit ini lebih dari 1 minggu, 1 bulan atau pun bertahun-tahun, dapatkan rawatan segera. Jika anda masih menahan garu, ataupun menggaru sehingga merah-merah dan luka, ianya akan buatkan kawasan kurap itu makin membiak. Boleh klik di sini untuk kaedah rawatan berkesan

Apakah Komplikasi Yang Boleh Berlaku Akibat Kurap :
Selain orang tua, kanak-kanak, dan mereka yang lemah sistem imun tubuh badan, beberapa golongan lain juga turut berisiko untuk mendapat jangkitan kulat. Hal ini kerana mereka lebih kerap terdedah kepada sumber penyakit sama ada melalui pekerjaan ataupun pengambilan ubatan. Selain itu, kurangnya penjagaan kebersihan turut menjadi salah satu risiko.
Kumpulan ini termasuklah:
  • Veterinar dan penjaga zoo (terdedah kepada haiwan)
  • Pembantu makmal (terdedah kepada sampel kulat di dalam laboratori)
  • Pekebun (terdedah kepada tumbuhan yang dijangkiti kulat)
  • Atlet (sentiasa dalam keadaan lembab kerana berpeluh)
  • Pengambilan steroid (ubat sapu atau makan yang melemahkan sistem imun)
  • Berkongsi barang peribadi seperti baju atau sikat (kedai gunting rambut)


Dapatkan rawatan untuk KURAP . Penyakit ini remeh tapi merbahaya jika dibiarkan ditinggal tanpa dirawat












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi good sharing
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi good sharing
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo macam tu ke rupa kurap. Thank you
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2018 03:36 PM | Show all posts

sama2, sharing is caring <3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2018 03:37 PM | Show all posts
Idgaf replied at 29-9-2018 07:51 PM
Oo macam tu ke rupa kurap. Thank you

kurap ni menakutkan kalau tak disembuhkan , huhuhuhu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2018 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau artikel ni utk buat jualan i have to delete this thread
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 10:56 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 16-10-2018 12:09 AM
kalau artikel ni utk buat jualan i have to delete this thread

Delete je mod. Kalau setakat suruh pergi doktor & promote produk khusus baik takpayah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.094904 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list