|
|
Tom Yam atau kadangkala disebut Dom Yam adalah menu yang berasal dari Thailand. Di Malaysia, menu tom yam adalah sangat popular dan menu ini telah mengalami inovasi yang pelbagai tidak kira dari segi bahan yang digunakan, rasa dan juga gaya hidangannya.
Bagi masyarakt Malaysia yang travel ke Thailand sudah pasti tidak mahu ketinggalan untuk merasa tom yam 'pure' di negara itu. Dan biasanya tom yam yang sering kita jumpa antaranya tom yam seafood, tom yam ayam dan tom yam campur. Tetapi, jarang kita jumpa tom yam sardin.
Apa kata jom ikuti resipi tomyam sardin yang dikatakan hasil perkongsian dari chef negara Siam itu.
1 tin ikan sardin
1 batang serai (titik dan hiris)
daun limau purut
1 labu bawang besar
3 biji tomato
1 sudu pes tomyam thai
cili padi (ikut kepedasan)
1-2 biji limau nipis (ikut masam anda)
Sedikit sawi
Sedikit cendawan tiram
Cara membuatnya:
1. Didihkan air, masukkan serai dan pes.
2. Setelah hampir mendidih, masukkan sardin bersama kuahnya dan daun limau purut.
3. Masukkan air perahan limau, cendawan, sawi, tomato, cili padi dan bawang besar.
4. Perasakan dengan garam.
Siap.
Selamat mencuba! - CARI
Kredit: Masakan Malaysia
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|